Iraq ( Bahasa Arab : ?????? al-‘Ir?q atau al-Er?q , ?????? ( bantuan · maklumat ) , Bahasa Kurdish : ??????), secara rasminya Republik Iraq , adalah negara Timur Tengah di Asia Barat-Daya merangkumi kebanyakan Mesopotamia , juga merangkumi barat laut pergunungan Zagros dan bahagian timur daripada Padang Pasir Syria . Ia berkongsi sempadan dengan Kuwait dan Arab Saudi hingga ke selatan, Jordan di barat, Syria di barat laut, Turki di utara, dan Iran ( Kurdistan wilayah ) ( Parsi ) di timur. Ia mempunyai bahagian sempit pada tepi pantai di Umm Qasr pada Teluk Parsi .