Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Politik
Lubnan
bersifat
demokrasi berparlimen
.
Antara syarat yang terkandung dalam Perjanjian Taif ialah pembahagian kuasa secara adil antara golongan-golongan yang terlibat. Oleh itu, Presiden Lubnan mesti merupakan seorang beragama Kristian
Maruni
, Perdana Menteri adalah sentiasa seorang pengikut Sunah, dan Speaker Parlimen adalah sentiasa seorang pengikut Syiah.
Pada 14 Februari 2005, bekas Perdana Menteri,
Rafik Hariri
telah dibunuh akibat ledakan bom kereta di Beirut. Pembunuhan ini disyaki diarahkan oleh pemimpin Syria. (Pihak Syria telah mencampur tangan dalam sistem politik Lubnan sejak Perang Suadara 1975-1990.) Pembunuhan ini telah mangakibatkan krisis politik yang membabitkan pihak pro-Syria dan pihak anti-Syria. Pihak pro-Syria termasuklah Presiden
Emile Lahoud
, Speaker
Nabih Berri
, Jeneral
Michel Aoun
dan kumpulan Hezbollah. Pihak anti-Syria termasuklah Perdana Menteri
Fouad Siniora
,
Amine Gemayel
,
Samir Geagea
dan anak Hariri,
Saad Hariri
.
Perang antara Hezbollah dan Israel pada Julai 2006 dan pembunuhan pemimpin Kristian Maruni
Pierre Amine Gemayel
pada November 2006 telah memburukkan lagi krisis tersebut. Gerakan pro-Syria telah mengadakan pelbagai protes dan demonstrasi sejak Disember 2006 meminta kerajaan Siniora meletak jawatan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
dengan kerjasama kerajaan telah meluluskan satu Mahkamah Khas Lubnan untuk menyiasat pembunuhan Rafik Hariri.