PlayStation Portable. (PSP)
|
Reka bentuk model dan logo asal PSP
|
Pengilang
| Sony Computer Entertainment
|
---|
Keluarga produk
| PlayStation
|
---|
Jenis
| Konsol permainan video mudah alih
|
---|
Generasi
| Ke-7
|
---|
Ketersediaan runcit
| Jepun
: 12 Disember 2004
A.S.
&
Kanada
: 24 Mac 2005
Eropah
&
Australia
: 1 September 2005
|
---|
Bil. dijual
| Seluruh dunia: 82 juta
(sehingga November 2013)
[1]
[2]
[3]
|
---|
Media
| UMD
,
pengedaran digital
|
---|
CPU
| MIPS
berasaskan R4000; terjam daripada 1 hingga 333 MHz
|
---|
Muatan storan
| Memory Stick
Duo dan Memory Stick PRO Duo (2, 4, 8 atau 16 GB)
|
---|
Ingatan
| 32
MB
, atau 64 pada model 2000, 3000 dan PSPGo.
|
---|
Paparan
| LCD
TFT 480 x 272 piksel dengan 16.8 juta warna, 16:9 skrin lebar, 3.8 in (97 mm) (PSP GO), 4.3 in (110 mm) (model lain)
|
---|
Ketersambungan
| Wi-Fi
(
802.11b
),
IrDA
,
USB
|
---|
Dimensi
| PSP1000/2000:
74 mm (2.9 in)
(t)
170 mm (6.7 in)
(l)
23 mm (0.91 in)
(d)
PSP3000:
71 mm (2.8 in)
(t)
169 mm (6.7 in)
(l)
19 mm (0.75 in)
(d)
PSPGO:
69 mm (2.7 in)
(t)
128 mm (5.0 in)
(l)
16.5 mm (0.65 in)
(d)
|
---|
Berat
| PSP1000:
280 gram (9.9 oz)
PSP3000:
189 gram (6.7 oz)
PSP GO:
158 gram (5.6 oz)
|
---|
Permainan terlaris
| Monster Hunter Freedom Unite
(3.5 juta)
(sehingga 30 Jun 2010)
|
---|
Pengganti
| PlayStation Vita
|
---|
PlayStation Portable
(
PSP
) (?? プレイステ?ション?ポ?タブル) adalah sebuah konsol permainan video mudah alih yang dibangunkan oleh
Sony Computer Entertainment
[4]
. Pembangunan mengenai konsol ini diumumkan pada acara E3 2003
[5]
, dan telah diperkenalkan pada
11 Mei
2004
semasa sidang akhbar Sony sebelum bermulanya acara E3 2004
[6]
. Konsol ini dilancarkan di
Jepun
pada
12 November
2004
[7]
, di kawasan
Amerika Utara
pada
24 Mac
2005
[8]
dan di kawasan yang menggunakan
PAL
pada
1 September
2005
[9]
. Konsol ini bersaing dengan beberapa konsol utama lain seperti
Nintendo DS
sebagai sebahagian daripada generasi ketujuh konsol permainan video.
PlayStation Portable merupakan konsol mudah alih pertama yang mampu bersaing secara terus dengan konsol
Nintendo DS
oleh kerana spesifikasinya yang dianggap berkuasa, berbanding dengan konsol mudah alih lain seperti
Neo Geo Pocket
dan
Nokia N-Gage
yang gagal memecahkan dominasi
Nintendo
dalam pasaran konsol permainan video mudah alih
[10]
. Konsol ini memiliki cip mikropemproses grafik yang berupaya memaparkan grafik yang lebih mendalam
[11]
serta memiliki keupayaan memainkan bahan media lain seperti memainkan video dan paparan saluran
televisyen
, menjadikan PlayStation Portable ini sebuah peranti mudah alih multimedia yang banyak digunakan pada ketika itu
[12]
. Ianya juga memiliki sambungan yang boleh digunakan untuk menyambung konsol ini kepada
PlayStation 3
serta PSP lain dan juga sambungan
Internet
[13]
[14]
.
Model asal PSP (PSP-1000) kemudian digantikan dengan model semakan (PSP-2000) atau
Slim & Lite
yang menawarkan perubahan dari segi penampilan fizikal pada tahun 2007. Model semakan berikutnya, PSP-3000 menawarkan fungsi mikrofon terbina serta rekaan skrin yang baru yang dikeluarkan pada tahun
2008
. Model semakan terakhir yang dikenali sebagai PSP Go diperkenalkan pada tahun 2009, diikuti dengan model bajet, PSP-E1000 dikeluarkan pada tahun 2011. PlayStation Portable akhirnya digantikan dengan
PlayStation Vita
yang dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember 2011 di
Jepun
dan pada bulan Februari
2012
di seluruh dunia.
Pasaran PlayStation Portable ditamatkan secara rasmi sekitar tahun 2014 di seluruh dunia
[15]
, yang telah mencatatkan jualan sebanyak 80 juta unit terjual setelah 10 tahun dilancarkan
[1]
.
Nintendo merupakan pengeluar konsol permainan video mudah alih utama dunia. Mereka telah mendominasi pasaran ini sejak tahun 1989 dengan pengenalan konsol
Game Boy
dan menerima saingan daripada beberapa konsol lain seperti
Game Gear
keluaran
Sega
dan
WonderSwan
keluaran
Bandai
. Walau bagaimanapun, konsol permainan video yang dikeluarkan Nintendo masih lagi kukuh di pasaran sehinggalah Sony mengumumkan akan niat mereka yang ingin memasuki pasaran ini.
Sony mula mengumumkan pembangunan konsol PlayStation Portable menerusi sidang akhbar yang diadakan sebelum bermulanya acara E3 200
[16]
. Walaupun tiada prototaip diperkenalkan
[16]
, Sony mengumumkan butiran lanjut mengenai spesifikasi teknikal berkaitan konsol terbaru ini
[17]
. Ketua pengarah eksekutif
Sony Computer Entertainment
pada ketika itu, Jose Villeta, menganggap konsol ini sebagai "Walkman pada abad ke-21" yang merujuk kepada keupayaan konsol ini memainkan pelbagai bahan media
[18]
. Beberapa laman reviu permainan video sangat tertarik akan keupayaan konsol ini dan mengharapkan sesuatu yang positif akan keupayaan konsol ini sebagai
platform
permainan video
[5]
[16]
[19]
.
Gambaran konsep pertama PSP muncul pada bulan November
2003
dalam mesyuarat korporat
Sony
dan ianya memaparkan konsol PSP dengan butang yang rata serta ketiadaan kayu analog
[20]
. Ramai yang menyatakan rasa hampa mereka kerana kayu analog ini tidak disertakan
[21]
, Sony meneruskan pengumuman rasmi mereka mengenai konsol PlayStation Portable ini dalam sidang akhbar semasa acara E3 2004 berlangsung
[22]
. Dalam sidang akhbar itu juga, Sony mengumumkan butiran lanjut mengenai konsol ini serta aksesori tambahan yang boleh digunakan
[23]
serta senarai 99 buah syarikat pembangun permainan video yang menyatakan sokongan akan konsol ini
[24]
.
Pada
17 Oktober
2004
, Sony mengumumkan bahawa PSP akan dilancarkan di
Jepun
pada
12 Disember
2004
, dengan harga pengenalan sebanyak ¥19,800 untuk model asas dan ¥24,800 untuk pakej
Value System
[25]
. Pada hari pertama konsol ini dilancarkan, ianya telah terjual lebih dari 200000 unit
[26]
. Pada
3 Februari
2005
, Sony mengumumkan bahawa PSP akan mula dijual di kawasan
Amerika Utara
pada
24 Mac
2005
, pada harga US$249/CA$299
[27]
. Ada di antara pengguna yang merungut akan harga yang lebih tinggi
[28]
, US$20 lebih daripada harga jualan untuk pasaran
Jepun
dan lebih dari $100 tinggi berbanding dengan konsol
Nintendo DS
[29]
. Di sebalik kebimbangan ini, pelancaran konsol PSP di kawasan Amerika Utara berjaya
[30]
[31]
, walaupun terdapat laporan yang menyatakan bahawa hasil jualan konsol ini tidak seperti yang diharapkan
[32]
, di sebalik dakwaan Sony yang menyatakan bahawa 500 000 unit telah terjual pada dua hari pertama
[33]
.
Pada awalnya, konsol PSP dijangka akan dilancarkan serentak bagi kawasan
Amerika Utara
dan kawasan yang menggunakan
PAL
[23]
, namun begitu, pada
15 Mac
2005
, Sony mengumumkan bahawa pelancaran di kawasan PAL ditangguhkan akibat permintaan yang tinggi di
Jepun
dan
Amerika Utara
[34]
. Sebulan kemudian, pada
25 April
2005
, Sony mengumumkan bahawa konsol PSP akan dilancarkan di kawasan
PAL
pada
1 September
2005
, dengan harga pengenalan sebanyak €249/£179
[35]
. Sony mempertahankan pengenalan harga yang tinggi, lebih US$100 daripada harga di kawasan Amerika Utara dengan alasan bahawa pengguna di kawasan Amerika Utara perlu membayar cukai jualan tempatan dan cukai
Cukai barangan dan perkhidmatan
VAT adalah lebih tinggi di kawasan
United Kingdom
berbanding di
Amerika Syarikat
[36]
. Di sebalik pengenalan harga yang tinggi, pelancaran konsol PSP di kawasan
PAL
dikatakan berjaya, telah terjual sebanyak lebih 185000 unit di kawasan United Kingdom sahaja, kehabisan stok di kesemua kedai elektronik dalam masa tiga jam selepas pelancaran, lebih dua kali ganda rekod jualan hari pertama yang dicatatkan oleh konsol
Nintendo DS
sebanyak 87000 unit.
Model
|
Imej
|
Sambungan/storan
|
Sambungan tanpa wayar
|
RAM dan storan terbina
|
CPU
|
Paparan
|
Tarikh pengeluaran asal
|
Versi asal perisian sistem
|
Bateri
|
Status pengeluaran
|
PSP-1000
|
|
USB 2.0
,
UMD
,
Sambungan serial
, Bicu audio,
Memory Stick PRO Duo
|
802.11b
Wi-Fi
,
IRDA
|
32 MB, 32 MB Perisian sistem
|
MIPS R4000 berkelajuan 1~333 MHz
|
4.3 in (110 mm) 16:9 TFT pada 480 × 272, 16.77 juta warna
|
12 Disember 2004 (Jepun)
|
1.00
|
3.6 V DC 1800 mAh, Naiktaraf sehingga 2200 mAh
|
Tidak dikeluarkan
|
PSP-2000
|
|
USB 2.0
,
UMD
,
Video Out
, Bicu audio,
Memory Stick PRO Duo
|
802.11b
Wi-Fi
|
64 MB, 64 MB Perisian sistem
|
September 2007
|
3.60
|
3.6 V DC 1200 mAh, Naiktaraf sehingga 2200 mAh
|
Tidak dikeluarkan
|
PSP-3000
|
|
USB 2.0
,
UMD
, Video Out,
Mikrofon
, Bicu audio,
Memory Stick PRO Duo
|
Oktober 2008
|
4.20
|
Tidak dikeluarkan
(2012)
|
PSP Go (PSP-N1000)
|
|
Sambungan semua dalam satu
, Bicu audi, Mikrofon,
Memory Stick Micro (M2)
|
802.11b
Wi-Fi
,
Bluetooth
2.0 + EDR
|
64 MB, 16 GB Data pengguna berkongsi dengan perisian sistem
|
3.8 in (97 mm) 16:9 TFT pada 480 × 272, 16.77 juta warna
|
Oktober 2009
|
5.70
|
3.6 V DC Bateri terbina
|
Tidak dikeluarkan
(2011/2013)
|
PSP Street (PSP-E1000)
|
|
USB 2.0
,
UMD
, Bicu audio,
Memory Stick PRO Duo
|
Tidak
|
64 MB, 64 MB Perisian sistem
[37]
|
4.3 in (110 mm) 16:9 TFT pada 480 × 272, 16.77 juta warna
|
Oktober 2011
|
6.50
|
Tidak dikeluarkan
(2014)
|
- ^
a
b
"
Sony to Stop Selling PlayStation Portable by End of Year
"
. Time. 3 Jun 2014. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 3 Jun 2014
. Dicapai pada
30 Disember
2016
.
- ^
Metro.co.uk, David Jenkins for (27 November 2013).
"
Xbox One v PlayStation 4: Who will win the next-gen console race?
"
. Dicapai pada
30 Disember
2016
.
- ^
Moriarty, Colin (17 November 2014).
"
Vita Sales Are Picking Up Thanks to PS4 Remote Play
"
. Dicapai pada
30 Disember
2016
.
- ^
"
PSP Technical Specifications
"
. Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-03-13
. Dicapai pada
12 Mac
2008
.
- ^
a
b
"
E3 2003: Sony Goes Handheld!
"
. IGN. 13 Mei 2005
. Dicapai pada
12 Mac
2008
.
- ^
Miller II, Stanley A. (11 Mei 2004).
"
Sony aims to take on rivals
"
. Milwaukee Journal Sentinel.
- ^
"
PSP Japanese launch impressions
"
. 1UP. 11 Disember 2004. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2004-12-25
. Dicapai pada
12 Mac
2008
.
- ^
Thorsen, Tor (24 Mac 2005).
"
The US PSP Launch
"
. GameSpot
. Dicapai pada
12 Mac
2008
.
- ^
"
Sony PSP launches across Europe
"
. The BBC. 1 September 2005
. Dicapai pada
12 Mac
2008
.
- ^
Patsuris, Penelope (7 Jun 2004).
"
Sony PSP Vs. Nintendo DS
"
. Forbes
. Dicapai pada
17 Mei
2017
.
- ^
Roper, Chris (28 Mac 2005).
"
Sony PSP vs. Nintendo DS
"
. IGN. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-04-12
. Dicapai pada
12 Mac
2008
.
- ^
Waters, Darren (30 Ogos 2005).
"
Sony promotes vision of mobile video
"
. BBC News.
- ^
"
User's Guide ? Remote Play
"
. Sony Computer Entertainment
. Dicapai pada
12 Mac
2008
.
- ^
"
Support ? PSP ? Connecting to the Internet
"
. Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 13 Mac 2008
. Dicapai pada
12 Mac
2008
.
- ^
"
Sony to Stop Selling PlayStation Portable by End of Year
"
.
Majalah Times
. Time Inc. 3 Jun 2014. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 4 Jun 2014
. Dicapai pada
4 Jun
2014
.
- ^
a
b
c
Bramwell, Tom (13 Mei 2003).
"
E3 2003: Sony announces PlayStation Portable
"
. Eurogamer
. Dicapai pada
13 Mac
2008
.
- ^
"
E3 2004: PSP press release
"
. gamedaily.com. 13 Disember 2003. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 23 Mac 2008
. Dicapai pada
13 Mac
2008
.
- ^
Parker, Sam (13 Mei 2003).
"
Sony announces PSP handheld
"
. GameSpot
. Dicapai pada
13 Mac
2008
.
- ^
"
E3 2003: More details about the PSP
"
. ps2fantasy.com. 13 Mei 2003
. Dicapai pada
13 Mac
2008
.
- ^
Fahey, Rob (5 November 2005).
"
Sony's PSP concept model causes a stir
"
. gamesindustry.biz. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-12-16
. Dicapai pada
13 Mac
2008
.
- ^
Harris, Craig (4 November 2003).
"
PSP Concept System
"
. IGN
. Dicapai pada
13 mac
2008
.
- ^
"
The PSP FAQ
"
. IGN. 28 mei 2004
. Dicapai pada
13 Mac
2008
.
- ^
a
b
Thorsen, Tor (11 Mei 2004).
"
Sony shows off the PSP at E3
"
. GameSpot
. Dicapai pada
13 Mac
2008
.
- ^
Guttridge, Luke (11 Mei 2004).
"
E3 2004: Sony debut eagerly awaited PSP handheld
"
. play.tm.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2012-05-30
. Dicapai pada
13 Mac
2008
.
- ^
"
Japanese Price and Date set
"
. IGN. 17 Oktober 2004. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2011-08-25
. Dicapai pada
15 Mac
2008
.
- ^
Locklear, Fred (13 Disember 2004).
"
200k pretty sweet purchases during Sony's Japan PSP launch
"
. Ars Technica
. Dicapai pada
15 Mac
2008
.
- ^
"
PSP (PlayStation Portable) set to release on March 24 across North America
"
. Sony Computer Entertainment. 3 Februari 2005
. Dicapai pada
15 Mac
2008
.
- ^
Casamassina, Matt (3 Februari 2005).
"
PSP US Launch Date and Price Revealed
"
. IGN. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-05-30
. Dicapai pada
15 Mac
2008
.
- ^
Smith, Tony (4 Februari 2005).
"
Sony names US PSP launch date, price
"
. The Register
. Dicapai pada
15 Mac
2008
.
- ^
"
PSP Launch: The Sony Metreon
"
. IGN. 24 Mac 2005. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-05-30
. Dicapai pada
15 Mac
2008
.
- ^
Thorsen, Tor; Tim Surette (24 Mac 2005).
"
Spot On: The US PSP Launch
"
. GameSpot
. Dicapai pada
15 Mac
2008
.
- ^
Lyman, Jay (5 April 2004).
"
Sony PSP Sales get off to lackluster start
"
. technewsworld.com
. Dicapai pada
15 Mac
2008
.
- ^
"
PSP (PlayStation Portable) sells more than a half million units in its first two days
"
. Sony Computer Entertainment. 6 April 2005
. Dicapai pada
15 Mac
2008
.
- ^
"
PSP Release Postponed in Europe
"
. GamingWorldX. 15 Mac 2005. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 11 Mei 2008
. Dicapai pada
15 Mac
2008
.
- ^
Miles, Stuart (25 April 2005).
"
Sony sets launch date in Europe for PSP
"
. pocket-lint.co.uk
. Dicapai pada
15 Mac
2008
.
- ^
"
PSP European launch in September
"
. The BBC. 26 Mac 2005
. Dicapai pada
18 Mei
2017
.
- ^
"
PSP E-1004 Review
"
.
PSP E-1000 Review
. Eurogamer
. Dicapai pada
21 Februari
2012
.