Sony PlayStation
(
プレイステ?ション
,
Pureisut?shon
)
(PS atau PS One) adalah sebuah
konsol permainan video
32-bit generasi kelima keluaran
Sony
. Konsol ini dilancarkan secara rasmi pada Januari 3 1994 di kawasan
Jepun
[3]
, Januari 5 1994 di kawasan
Amerika Utara
, 15 Januari 1994 di kawasan
Eropah
dan Januari 15 1994 di
Australia
. Sony PlayStation merupakan konsol pertama yang dikeluarkan di bawah produk PlayStation. Pesaing utama konsol ini adalah
Nintendo 64
dan
Sega Saturn
.
Konsol PlayStation merupakan antara konsol permainan video paling popular di dunia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 102.49 juta unit setakat Mac 2005.
[2]
. Pada tahun 2000, Sony telah mengeluarkan versi
Slim
yang dikenali sebagai
PSone
yang menawarkan rekabentuk yang lebih kecil dan ringan berbanding versi asal yang berwarna kelabu
[4]
.
Pada tahun 1999,
Sony
mengumumkan pengganti konsol PlayStation iaitu
PlayStation 2
, yang memiliki keupayaan memainkan permainan video yang dilepaskan untuk konsol ini dan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2000. Konsol PlayStation model PSone dijual buat kali terakhir sekitar musim sejuk tahun 2004 sebelum pasaran dihentikan secara rasminya pada bulan Mac 2005. Manakala permainan video untuk konsol PlayStation masih lagi dibangunkan selepas tarikh penamatan pemasaran konsol ini sehingga
23 Mac
2006
, tarikh akhir yang ditetapkan Sony untuk menghentikan sokongan terhadap konsol PlayStation ini, kurang setahun sebelum pengumuman konsol
PlayStation 3
[5]
.
Menurut buku "Game Over" karangan David Scheff, konsep PlayStation mula muncul seawal 1986 semasa
Nintendo
yang sedang popular dengan konsol
Famicom
sedang berusaha membangunkan teknologi cakera yang dirancang untuk digunakan dalam konsolnya yang lebih baru
[6]
[7]
, tetapi
media storan
tersebut menghadapi masalah seperti mudah dipadam serta mudah dicetak rompak. Semasa
Sony
dan
Phillips
sedang membangunkan format
CD-ROM/XA
(yang menggabungkan data komputer, audio dan visual agar ketiga-tiganya dapat dicapai serentak), Nintendo segera berunding dengan Sony untuk membangunkan sejenis CD-ROM bagi format Nintendo, yang dinamakan secara sementaraan sebagai "SNES-CD"
[8]
. Pada masa itu, Nintendo memilih untuk bekerjasama dengan Sony kerana
Ken Kutaragi
yang dikenali sebagai "Bapa PlayStation"
[9]
telah memperkenalkan cip
mikropemproses
Sony SPC-700 untuk digunakan sebagai cip sintesis audio bagi konsol
Super Famicom/SNES
. Selain itu, Sony juga merancang untuk membina konsol serasi Nintendo berjenama sendiri yang boleh memainkan kesemua katrij permainan Nintendo serta format baru CD-ROM SNES yang hendak dibangunkan, memberikan Sony darjah kawalan yang lebih besar terhadap Nintendo.
Pada tahun 1989, projek SNES-CD sepatutnya diumumkan semasa Pertunjukan Elektronik Pengguna, tetapi dibatalkan secara mengejut oleh Nintendo kerana Hiroshi Yamauchi telah membaca kontrak tahun 1988 antara Nintendo dengan Sony dan sangat marah dengan syarat yang terkandung di dalam kontrak tersebut. Sebaliknya, Nintendo mengambil keputusan untuk membatalkan kerjasama dengan Sony dan seterusnya bekerjasama pula dengan Phillips dengan syarat Nintendo mempunyai lebih kuasa terhadap projek tersebut yang bakal dikeluarkan oleh Phillips. Pengumuman tersebut amat mengejutkan, terutamanya di kalangan komuniti bisnes
Jepun
kerana ia dianggap satu pengkhianatan besar - sebuah syarikat Jepun tergamak menikam syarikat Jepun lain dan seterusnya bersekongkol dengan syarikat asing - satu perkara yang dianggap tidak masuk akal di kalangan dunia korporat Jepun.
Sungguhpun Nintendo menamatkan kerjasama dengan Sony, namun Sony tetap membangunkan projek tersebut yang dinamakan sebagai Play Station. Tindakan tersebut membawa kepada perbalahan di dalam mahkamah, di mana Nintendo menuntut agar Sony berhenti membangunkannya atas alasan kononnya nama Play Station dimiliki oleh Nintendo. Namun demikian, mahkamah menolak tuntutan Nintendo.
Pada penghujung 1992, Sony dan Nintendo mencapai persefahaman di luar mahkamah, di mana Sony masih boleh membangunkan konsol baru tersebut, tetapi Nintendo memiliki hak menerima keuntungan bersih daripada permainan bagi konsol tersebut. Selain itu, konsol baru itu juga seharusnya mempunyai satu port yang membolehkan permainan lama Nintendo dimainkan. Dalam masa yang sama juga, Nintendo akan terus menggunakan cip buatan Sony di dalam konsol SNES. Namun demikian, Sony menyedari bahawa teknologi SNES sudah dianggap lapuk, maka Sony membangunkan semula konsol baru tersebut daripada mula tanpa menyertakan port untuk katrij Nintendo, dan konsol buatan Sony tersebut dinamakan semula sebagai "PlayStation", tanpa jarak antara kedua-dua perkataan tersebut.
PS One yang lebih kecil dengan
monitor
LCD.
Pada tahun 1999, versi PlayStation yang lebih kecil iaitu PS One diperkenalkan. Sejak dilancarkan, PlayStation menjadi konsol yang paling lama dikeluarkan di dalam industri permainan video. Pengeluaran PlayStation ditamatkan pada
23 Mac
2006
[5]
.
Konsol PlayStation dilancarkan secara rasmi di
Jepun
pada 3 Disember 1994
[10]
, kawasan
Amerika Utara
pada 9 September 1995
[11]
, kawasan
Eropah
pada 29 September 1995
[12]
dan di kawasan
Oceania
pada 15 November 1995
[13]
. Konsol ini menerima sambutan hangat di Jepun, di mana ianya telah terjual lebih dari 2 juta unit pada enam bulan pertama ianya dipasarkan
[14]
. Di
Amerika Syarikat
, 800 000 unit telah terjual pada tahun 1995. Walaupun pasaran konsol PlayStation meningkat secara mendadak, ianya masih lagi tidak dapat menandingi hasil jualan konsol
SNES
dan
Sega Genesis
yang pada ketika itu telah dilepaskan lebih awal
[15]
. Harga yang ditawarkan di kawasan Amerika Utara ialah US$299
[11]
. Beberapa permainan video yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation juga menerima sambutan hangat seperti Battle Arena Toshinden, Warhawk, Air Combat, Philosoma, Ridge Racer dan Rayman dan beberapa sekuel telah dibangunkan untuk konsol ini
[16]
[17]
.
Beberapa slogan telah digunakan dalam pengiklanan konsol PlayStation ini, slogan "You Are Not Ready" (
Melayu
:
Anda Belum Bersedia
) atau "U R NOT E. (E dengan warna merah)" Slogan ini sangat popular di kalangan penggemar permainan video yang memberikan respon "mari saya tunjukkan kepada anda bagaimana saya sudah bersedia."
[18]
Konsol PlayStation menggunakan cip mikropemproses 32-bit dari jenis RISC. Manakala pengaturcaraan C digunakan dalam cip ini berserta dengan kesemua permainan video yang dikeluarkan untuk konsol ini.
Sistem teras
|
Cip mikropemproses
|
Cip 32 bit RISC MIPS serasi R3000A (R3051) pada kelajuan 33.8688 MHz
|
RAM
|
2 MB
|
RAM video
|
1 MB
|
Grafik dan suara
|
Palet warna
|
16.7 billion warna
|
Resolusi skrin
|
256px x 224px sehingga 640px x 480px
|
Saluran audio
|
24 saluran ADPCM, 512 kB RAM untuk audio
|
Alat pengawal original untuk konsol PlayStation.
Alat pengawal PlayStation ialah alat pengawal pertama yang dikeluarkan
Sony
untuk kesemua konsol di bawah keluarga PlayStation. Versi awal iaitu model SCPH-1010 dikeluarkan bersama-sama dengan konsol PlayStation pada 3 Disember 1994
[19]
. Alat pengawal ini menawarkan beberapa
butang
tambahan untuk kawalan permainan video
berkonsep tiga dimensi
, namun bilangan butang terlalu banyak dipasang pada alat kawalan (terutamanya butang di tengah-tengah alat pengawal) mendorong Sony menambah getah cengkaman di bawah alat pengawal untuk memberikan keselesaan kepada pengguna.
[20]
.
Alat pengawal ini juga menawarkan label yang unik untuk kawalan arah iaitu label segi tiga berwarna hijau, bulatan berwarna merah, label 'X' berwarna biru serta kotak berwarna merah jambu (
,
,
,
), berbanding penggunaan huruf dalam konsol-konsol sebelum ini. Label-label ini kemudiannya dijadikan tanda dagangan rasmi PlayStation sehingga hari ini. Teiyu Goto, pereka alat pengawal PlayStation memberitahu makna di sebalik simbol ini: Bulatan bermaksud "ya", tanda X bermaksud "tidak", segi tiga menggambarkan sudut pandangan manakala kotak bersamaan dengan sehelai kertas yang menyenaraikan menu-menu
[21]
.
Beberapa aksesori tambahan dikeluarkan untuk konsol PlayStation, antaranya ialah:
Setakat
30 Jun
2007, terdapat sejumlah 7 918 judul permainan video yang telah dikeluarkan untuk konsol ini di seluruh dunia, termasuk juga permainan video yang sama yang memiliki perbezaan judul di sesebuah kawasan
[22]
. Setakat
31 Mac
2007, sejumlah 962 juta unit judul permainan video telah dipasarkan
[23]
. Judul permainan video terakhir yang dilepaskan untuk konsol ini ialah
FIFA Football 2005
yang dikeluarkan untuk pasaran
Amerika Utara
. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa judul permainan video yang dikeluarkan dalam bentuk cetakan kembali yang dilepaskan beberapa tahun selepas itu.
Metal Gear Solid: The Essential Collection
telah dilepaskan pada
26 Julai
2007, mengandungi permainan video
Metal Gear Solid
dalam format asal yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation. Pada tahun 2012,
Square Enix
melepaskan permainan video
Final Fantasy 25th Anniversary Ultimate Box
yang terdiri daripada kesemua judul permainan video
Final Fantasy
dadlam format asal yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation
[24]
[25]
.
Butang "ya" atau OK dan "tidak" dalam kebanyakkan permainan video PlayStation untuk kawasan Jepun diterbalikkan fungsinya dalam keluaran dalam pasaran
Amerika Utara
dan
Eropah
. Di Jepun, butang
digunakan sebagai fungsi "ya", manakala butang
digunakan untuk pembatalan. Di kawasan Amerika Utara dan Eropah pula, butang
atau
digunakan sebagai fungsi "ya", manakala butang
atau
digunakan sebagai fungsi pembatalan. Perbezaan fungsi-fungsi butang kawalan dalam permainan video untuk PlayStation adalah disebabkan ketiga-tiga bahagian
Sony Computer Entertainment
iaitu Sony America (SCEA), Sony Europe (SCEE) dan Sony Japan (SCEJ) memiliki dokumen pembangunan dan penyelidikan yang berbeza di antara satu sama lain
[26]
.
Selain dari keupayaan membaca
CD
permainan video, beberapa model PlayStation berkeupayaan memainkan
Audio Digital CD
(CD-DA);manakala model yang dikhususkan untuk pasaran Asian SCPH-5903 juga berkeupayaan memainkan
VCD
[27]
. Seperti pemain CD yang biasa, konsol PlayStation berupaya untuk memainkan lagu dalam turutan yang ditetapkan, mengulang satu lagu atau kesemua lagu di dalam CD. Untuk mengakses pemain Audio Digital CD, pengguna hanya perlu menghidupkan konsol tanpa memasukkan CD permainan video atau menghidupkannya dengan membiarkan penutup CD dibuka
[28]
.
Model semakan yang menggunakan kod SCPH-1001 (bawah), SCPH-5001 (tengah) and SCPH-9001 (atas). Model SCPH-900x menyaksikan ketiadan sambungan I/O parallel manakala bicu RCA dibuang pada model semakan SCPH-500x.
Konsol PlayStation memiliki beberapa jenis model yang setiap satunya berlainan di antara satu sama lain. Dari luaran, perbezaan paling ketara dilihat ialah bilangan sambungan dan bicu yang semakin berkurangan. Bicu RCA telah dibuang pada model semakan pertama manakala sambungan I/O parallel dibuang pada model semakan terakhir
[29]
. Setiap model semakan ini mempunyai kod model itu sendiri.
Pada tahun 1997, Sony mengeluarkan kit pembangun yang dikenali sebagai Net Yaroze. Kit ini mengandungi konsol PlayStation yang diubahsuai untuk pembangun, sejumlah dokumen dan perisian yang diperlukan untuk membangunkan permainan video untuk PlayStation
[30]
. Kit ini tidak dijual dan hanya boleh diperolehi menerusi tempahan awal.
PS one (atau ditulis sebagai PS One, PSOne atau PSone) adalah model semakan konsol PlayStation yang lebih kecil. Ianya telah dikeluarkan pada
7 Julai
2000
[31]
dan telah terjual melebihi daripada konsol pengganti
PlayStation 2
itu sendiri
[32]
. Konsol ini berkeupayaan memainkan kesemua permainan video yang telah dikeluarkan untuk model asal PlayStation.
Bagi model PS one ini sendiri terdapat beberapa versi yang setiap satunya memiliki perbezaan di antara satu sama lain. Beberapa perbezaan termasuklah ketiadaan sambungan
serial
dan
parallel
dari belakang konsol, serta ketiadaan butang
reset
yang digabungkan dengan butang kuasa.
Sony juga mengeluarkan versi PS one dengan paparan
LCD
bersaiz 5 inci yang dikenali sebagai pakej kombo
[33]
. Terdapat juga bicu audio untuk sambungan kepada fon telinga atau peranti audio lain serta bicu AV mini yang boleh disambungkan kepada perakam video digital atau peranti lain.
- ^
"SCEE 1995?Key Facts and Figures"
. Sony Computer Entertainment Europe
. Dicapai pada
2006-11-25
.
- ^
a
b
"PlayStation Business Data"
. PlayStation.com. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2014-01-13
. Dicapai pada
2007-09-05
.
- ^
"
Business Development/Japan
"
. Sony Computer Entertainment Inc. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 22 April 2004
. Dicapai pada
19 Disember
2007
.
- ^
Cohen, D.S. (15 Oktober 2016).
"
The History of the Sony PlayStation
"
. LifeWire
. Dicapai pada
17 April
2017
.
- ^
a
b
Sinclair, Brendan (24 Mac 2006).
"Sony stops making original PS"
. GameSpot
. Dicapai pada
2 Oktober
2015
.
- ^
Fahey, Rob (27 April 2007).
"
Farewell, Father
"
.
Eurogamer.net
. Dicapai pada
8 Mac
2012
.
- ^
Cowan, Danny (25 April 2006).
"
CDi: The Ugly Duckling
"
.
1UP.com
. Dicapai pada
8 Mac
2012
.
- ^
Nutt, Christian.
"
Birthday Memories: Sony PlayStation Turns 15
"
.
Gamasutra
. Dicapai pada
8 Mac
2012
.
- ^
Blake Snow (4 Mei 2007).
"
The 10 Worst-Selling Consoles of All Time
"
. GamePro.com. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 8 Mei 2007
. Dicapai pada
25 November
2007
.
- ^
"
Which Game System is the Best!?
".
Next Generation (magazine)
. Imagine Media (12): 36?85. Disember 1995.
- ^
a
b
"
Business Development/North America
"
. Sony Computer Entertainment Inc. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 27 Februari 2012
. Dicapai pada
16 November
2015
.
- ^
"
Business Development/Europe
"
. Sony Computer Entertainment.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2004-04-22
. Dicapai pada
17 April
2017
.
- ^
"
SCEE 1995?Key Facts and Figures
"
. Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 12 Ogos 2009
. Dicapai pada
16 November
2015
.
- ^
"
Sega and Sony Go to War
".
GamePro
. International Data Group (IDG) (84): 138. September 1995.
- ^
"
16-Bit Surge
".
GamePro
. No. 91. International Data Group (IDG). April 1996. m/s. 16.
- ^
"
Namco Museum Volume 1 - PS1
"
.
PlayStation
. PlayStation US
. Dicapai pada
17 April
2017
.
- ^
"
Namco Vol. 1 Reviews
"
.
Gamefaqs
. Gamefaqs
. Dicapai pada
17 April
2017
.
- ^
"
Sony TV: Turn On, Tune In, Buy Hardware
".
Next Generation (magazine)
. No. 14. Imagine Media. Februari 1996. m/s. 72?73.
- ^
Maru-Chang.
"SCPH"
.
MiragePalace
. Dicapai pada
17 April
2017
.
It's the second type of controller for PlayStation. The cable became long, and the noise filter was added. Other functions are the same as SCPH-1010. April 2, 1996 for ¥2500.
- ^
"
An interview with Ken Kutaragi
",
Next Generation
, Burlingame, California: Imagine Publishing,
1
(6), m/s. 53, Jun 1995,
ISSN
1078-9693
- ^
Luke Plunkett (26 Ogos 2010).
"What Do The Buttons On The PlayStation Controller Mean?"
.
Kotaku
. Dicapai pada
17 April
2017
.
- ^
"
Cumulative Software Titles
"
. Sony Computer Entertainment Inc. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 21 September 2008
. Dicapai pada
19 September
2014
.
- ^
"
Cumulative Production Shipments of Software Titles
"
. Sony Computer Entertainment. 31 Mac 2007. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 23 September 2008
. Dicapai pada
19 September
2014
.
- ^
"
Gamefaqs Product page
"
. Gamefaqs.com. 18 Mac 2008
. Dicapai pada
11 November
2010
.
- ^
Leo, John (31 Ogos 2012).
"Final Fantasy 25th anniversary Ultimate Box collection announced"
. GameSpot.com
. Dicapai pada
5 Mac
2014
.
- ^
"
Sony Computer Entertainment Announces Changes in Corporate Officers
"
(PDF)
(Siaran akhbar). Tokyo: Sony Computer Entertainment. 1 Julai 2002. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 2004-12-08
. Dicapai pada
23 Mac
2010
.
- ^
"
PlayStation Systems - The Official PlayStation Museum
"
. Dicapai pada
13 Disember
2013
.
- ^
Edge staff (24 April 2009).
"
The Making Of: PlayStation
"
.
Edge
. Future Publishing. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 16 Mei 2012
. Dicapai pada
7 Mac
2012
.
- ^
"
PlayStation 1: The audiophile's dream?
"
.
Destructoid
. Audiophile
. Dicapai pada
19 Ogos
2014
.
- ^
"Net Yaroze"
. IGN
. Dicapai pada
28 Februari
2014
.
- ^
"
SCEE 2000?Key Facts and Figures
"
. Sony Computer Entertainment Europe
. Dicapai pada
25 November
2006
.
- ^
Smith, Tony (6 Jun 2000).
"
Sony PS One sales rocket as PS Two famine continues
"
. theregister.co.uk
. Dicapai pada
22 Ogos
2008
.
- ^
"PsOne LCD Screen"
.
Bit-Tech
. Bit-Tech
. Dicapai pada
19 Ogos
2014
.
|
---|
1970-an
| |
---|
1980-an
| |
---|
1990-an
| |
---|
2000-an
| |
---|
2010-an
| |
---|
2020-an
| |
---|