Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Planet karbon
(
Jawi
:
?????? ?????
), juga dirujuk sebagai
planet berlian
atau
planet karbid
,
[1]
adalah jenis planet theori yang dikemukakan oleh Marc Kuchner yang boleh terbentuk sekiranya cakera protoplanet adalah kaya dengan karbon dan kekurangan
oksigen
. Menurut sains planet, ia akan terbentuk berbeza dari
Bumi
,
Marikh
dan
Zuhrah
, planet yang sebahagian besarnya terdiri daripada sebatian silikon-oksigen. Teori ini menjadi semakin popular dan kini dikatakan oleh para penyelidik seperti Jade Bond
[2]
sebagai dibina berasaskan idea berpatutan, khususnya bahawa sistem suria berbeza akan memiliki kadar karbon dan oksigen yang berbeza, dan planet bumian sistem suria kita sebenarnya condong ke arah "planet oksigen".
Planet PSR J1719-1438 b, dijumpai pada 25 Ogos 2011, kemungkinannya planet yang sedemikian.
Planet sedemikian kemungkinannya memiliki teras yang kaya dengan
besi
atau
keluli
seperti
planet bumian
. Mengelilinginya kemungkinannya
silikon karbida
dan
titanium karbida
cair. Di atasnya, lapisan karbon dalam bentuk
grafit
, kemungkinannya dengan substratum setebal satu kilometer
berlian
sekiranya terdapat tekanan yang mencukupi. Semasa letusan gunung berapi, adalah mungkin berlian dari dalam akan keluar ke permukaan, menghasilkan gunung berlian dan silikon karbida. Permukannya akan memiliki hidrokarbon beku atau cair (contoh:
tar
dan
metana
) dan
karbon monoksida
.
[3]
Terdapat kemungkinan planet karbon ketiadaan air. Kehidpuan
makhluk ruang angkasa
mungkin ada sekiranya air hadir, tetapi persekitaran yang berkurangan menyebabkan metabolisme mengambil pendekatan bertentangan dari hidupan bumi, dengan sebatian mengandungi oksigen dimakan sebagai makanan bagi bertindak balas dengan atmosfera berasaskan karbon.
Planet karbon dijangka memiliki jejari yang sama dengan planet silika dan air berjisim yang sama, berpotensi menyukarkan bagi membezakan antara mereka.
[4]
Ciri geologikal yang setaraf dengan Bumi juga mungkin wujud, tetapi dengan komposisi berlainan. Sebagai contoh, sungai mungkin terdiri dari minyak. Sekiranya suhu cukup rendah (di bawah 350 K), gas mungkin boleh disintesis fotokimia menjadi hidrokarbon rantaian panjang, yang mampu menghujani permukaan..
NASA
membatalkan misi, yang digelar
Pencari Planet Bumian (TPF - "Terrestrial Planet Finder")
, yang akan menjadi pencerapan lebih besar dari
Hubble
yang mungkin berupaya mengesan planet sedemikian. Spektra planet karbon akan kekurangan air, tetapi menunjukkan kehadiran sejumlah besar bahan berkarbon, seperti karbon monoside.