Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya kecil Balingian 2014
diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi
Balingian
pada peringkat
DUN Sarawak
. Hari penamaan calon bermula pada 17 Mac 2014 manakala undian pada 29 Mac 2014.
[1]
Sebelumnya, kawasan ini dipegang oleh
Ketua Menteri Sarawak
,
Abdul Taib Mahmud
yang meletak jawatan pada 28 Februari 2014.
[2]
Kerusi tersebut diisytiharkan kosong setelah beliau mengambil alih peranan sebagai
Yang di-Pertua Negeri Sarawak
, menggantikan
Abang Muhammad Salahuddin
yang tamat tempoh menjawat pada 28 Februari.
[3]
Abdul Taib merupakan ADUN daripada
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
, sebuah parti komponen
Barisan Nasional
(BN). Beliau menjadi pengerusi parti tersebut setelah mendapat majoriti 5,154 undi menentang dua calon lain dalam
pilihan raya 2011
.
[4]
Pilihan raya ini merupakan pertandingan satu lawan satu di antara
Pakatan Rakyat
dan Barisan Nasional. Yussibnosh Balo telah mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu sementara Abdul Jalil Bujang mewakili
Parti Keadilan Rakyat
(PKR), sebuah parti komponen Pakatan Rakyat.
[5]
[6]
Kempen di kawasan ini telah dicemari oleh dakwaan bahawa Ketua Menteri yang baru,
Adenan Satem
menyalahgunakan kuasanya apabila empat pemimpin PKR telah dihalang daripada memasuki Sarawak sepanjang tempoh berkempen.
[7]
Yussibnosh Balo berjaya mengekalkan kerusi BN dengan majoriti 6,911 undi.
[8]
[9]