한국   대만   중국   일본 
Pesawat pengintip - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Pesawat pengintip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah pesawat rekonaisans berkelajuan tinggi SR-71 USAF
TR-1 versi U-2 USAF
Pesawat rekonaisans CP-140A Arcturus RCAF
USAF MQ-1/RQ-1 Predator

Pesawat pengintip adalah sebuah reka bentuk pesawat tentera yang dipandu manusia atau tanpa pemandu, atau disesuaikan, untuk membuat rekonaisans udara . Peranannya ialah mengumpul risikan imej , risikan semboyan , dan risikan tanda dan pengukuran .

Sejarah [ sunting | sunting sumber ]

Belon digunakan untuk peninjauan oleh pihak Perancis semasa pertempuran

Semasa Perang Napoleon dan Perang Perancis-Prusia , belon telah digunakan sebagai rekonaisans udara oleh pihak Perancis. [1]

Dalam Perang Dunia I , kapal terbang telah dikerah semasa peringkat awal memegang peranan rekonaisans (mata-mata tentera) untuk membantu tentera darat. [1]

Rekonaisans udara kebanyakannya dijalankan oleh versi standard pesawat pejuang dan pesawat pengebom yang dilengkapi dengan kamera. [2] Selepas Perang Dunia II dan semasa Perang Dingin , pihak Amerika membangunkan beberapa reka bentuk khas pesawat rekonaisans, termasuk U-2 dan SR-71 , untuk menangani ancaman nuklear dari Soviet Union . [3]

Hari ini, banyak peranan strategik telah diserahkan kepada satelit , [4] dan peranan taktikal kepada Pesawat Udara Tanpa Pemandu . Ini dibuktikan dengan kejayaan yang digunakan oleh Israel dan operasi Desert Storm oleh Amerika Syarikat. [5]

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ a b http://centennialofflight.net/essay/Air_Power/WWI-reconnaissance/AP2.htm
  2. ^ During World War II, "F-Planes" Weren't Fighters | Defense Media Network
  3. ^ http://www.centennialofflight.net/essay/Air_Power/cold_war/AP34.htm
  4. ^ "Satelite.Com Spy Satellites" . Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-17 . Dicapai pada 2016-09-01 .
  5. ^ https://fas.org/irp/program/collect/docs/97-0349.pdf

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]

Kategori berkenaan Pesawat pengintip di Wikimedia Commons