Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Ridanieh
atau
Pertempuran Ridaniya
(
Turki
:
Ridaniye Muharebesi
;
Arab
:
????? ?????????
) berlaku pada 22 Januari 1517 di
Mesir
. Tentera
Uthmaniyyah
di bawah Sultan
Selim I
menewaskan tentera
Mamluk
di bawah pimpinan
Al-Ashraf Tuman bay II
. Tentera Uthmaniyah seterusnya berarak ke kota
Kaherah
dan kepala penguasa Mamluk yang terakhir, Tuman Bay II digantung di pintu gerbang Al Ghourieh.
[3]
Menurut versi yang lain, badan beliau telah digantung di pintu gerbang kota sebelum dikebumikan selepas digantung selama tiga hari.
[4]
Wazir Agung Uthmaniyah
Sinan Pasha
telah terkorban dalam konflik ini.
Setelah kekalahan Mamluk dalam
Pertempuran Khan Yunis
, saki baki tentera Mamluk telah diarahkan untuk berundur ke
Kaherah
bagi mempertahankan kota itu. Pada masa yang sama,
Tentera Laut Uthmaniyyah
akhirnya tiba dan membolehkan Sultan
Selim
memulakan perjalannya ke Mesir. Perjalanan melalui
Gurun Sinai
sedikit sukar tetapi hasil bantuan tentera laut yang menyalurkan bekalan kepada pasukan pejalan kaki Uthmaniyah di darat, mereka akhirnya sampai ke Mesir pada bulan Januari 1517.
Pada 22 Januari,
Tuman Bay
bertempur dengan pasukan Sultan
Selim
di Ridanieh yang terletak di pinggiran kota
Kaherah
. Mamluk telah membeli kira-kira 300 meriam dari
Venice
dan mereka telah menempatkan meriam-meriam tersebut di dalam parit. Sementara itu, Uthmaniyah telah menempatkan meriam mereka di atas bukit.
Duel
meriam antara kedua-dua belah pihak berakhir dengan kejayaan Uthmaniyah kerana Mamluk tidak mempunyai pengalaman untuk mengendalikan senjata baru itu. Tentera Uthmaniyah seterusnya mengirimkan tembakan ke arah kavalri Mamluk yang ingin menyerang kawasan bukit dan merampas meriam Uthmaniyah. Namun, serangan ini berjaya dipatahkan oleh askar
janissari
. Pada saat ini, Sultan Selim melaksanakan strategi
perang muslihat
yang mengejutkan tentera-tentera Mamluk. Tentera Mamluk akhirnya berpecah dan meninggalkan medan pertempuran.
- ^
E.J. Brill's First Encyclopaedia of Islam, 1913?1936
, Vol.9, Ed. Martijn Theodoor Houtsma, (BRILL, 1938), 432.
- ^
Dupuy, R. Ernest; Dupuy, Trevor N. (1993).
The Harper Encyclopedia of Military History
(ed. 4th). HarperCollins Publishers. m/s. 540.
- ^
Gharib, Samir (May 2000).
"The Soul of Old Cairo"
.
The UNESCO Courier
. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization.
53
(5): 6. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada July 8, 2008.
- ^
Muir, William (1896).
The Mameluke; Or, Slave Dynasty of Egypt, 1260?1517, A. D.
Smith, Elder.
Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam
domain awam
.