Pertempuran Legnica
|
---|
Sebahagian daripada
serangan Mongol ke atas Poland
|
Raja Henry II terkorban dalam Pertempuran Legnica. Diambil daripada manuskrip 1451.
|
Tarikh
| 9 April 1241
|
---|
Lokasi
| |
---|
Keputusan
|
Kemenangan muktamad
Mongol
|
---|
|
Pihak yang terlibat
|
---|
Empayar Mongol
|
Kerajaan Poland
Markgrafschaft Mahren
Kesateria Templar
|
Komandan dan pemimpin
|
---|
Baidar
Kadan
Orda Khan
|
Henryk II Pobo?ny
†
Mieszko II Otyły
Sulisław dari Cracow
†
Boleslaus D?polt
†
|
Unit terlibat
|
---|
Kavalri
kebanyakannya pemanah berkuda
|
Infantri, tentera upahan Poland, Bavaria dan tentera berkuda
|
Kekuatan
|
---|
Antara 3,000
[1]
dan 8,000
[2]
|
2,000-3,000,
[3]
3,800?4,300,
[4]
[5]
8,000,
[6]
65?88 Kesateria Templar
[7]
|
Kerugian dan korban
|
---|
Tidak diketahui
|
Hampir seluruh tentera dimusnahkan
|
Pertempuran Legnica
(
Poland
:
bitwa pod Legnic?
), juga dikenali sebagai
Pertempuran Liegnitz
(
Jerman
:
Schlacht von Liegnitz
) atau
Pertempuran Wahlstatt
(
Jerman
:
Schlacht bei Wahlstatt
) merupakan pertempuran yang tercetus antara
Empayar Mongol
dan tentera gabungan Eropah di
Legnickie Pole
(
Wahlstatt
) berhampiran kota
Legnica
yang terletak di
Silesia
pada 9 April 1241.
Selepas
Genghis Khan
meninggal dunia pada tahun 1229, anaknya iaitu
Ogedei
menjadi
Khan Agung
Mongol. Ogedei merupakan seorang pemerintah yang unggul dengan berjaya memperkenalkan dasar cukai dan membangunkan ibu kota
kerajaan Mongol
,
Karakorum
. Beliau turut mengembangkan
Hukum Yassa
, menubuhkan perkhidmatan pos, memperkenalkan penggunaan mata wang kertas, menjalankan peperiksaan kepada semua orang serta menerapkan kebudayaan ke dalam toleransi beragama. Perubahan besar-besaran ini menyaksikan kehidupan masyarakat Mongol bersifat nomad menuju ke kehidupan birokrasi. Hal ini mewujudkan satu tempoh kemakmuran dan keamanan yang dikenali sebagai
Pax Mongolica
.
Dalam beberapa dekad berikutnya, kempen
penaklukan Mongol
bertumpu kepada tiga arah utama iaitu
China
,
Asia Tengah
seterusnya ke
Iran
dan
Timur Tengah
serta
Rusia
dan
Eropah Timur
. Pada tahu 1235,
Kurultai
memutuskan untuk menghantar satu angkatan besar Mongol bagi
menyerang Eropah
. 130,000 tentera yang diketuai oleh anak kepada
Jochi
,
Batu Khan
menuju ke kawasan tersebut. Pada tahun 1237, suku
Volga Bulgaria
telah ditewaskan Mongol. Seterusnya, kawasan
Crimea
serta tanah-tanah milik suku
Kipchak
,
Alan
dan suku-suku lain yang mendiami kawasan berhampiran menjadi sasaran Mongol berikutnya pada musim panas tahun yang sama. Akhirnya, seluruh kawasan yang terletak di timur
Sungai Don
berada di bawah kekuasaan Mongol.
Pada bulan November, Batu Khan telah mengirimkan utusannya ke istana
Yuri II
, putera
Vladimir-Suzdal
untuk meminta beliau supaya tunduk kepada kekuasaan Mongol. Namun, ia tidak jelas apakah nasib yang melanda kepada utusan Mongol tersebut. Akan tetapi pada Februari 1238, kota
Vladimir
yang merupakan ibu kota kerajaan Vladimir-Suzdal telah dibakar oleh Mongol. Antara tahun 1238 dan 1239, banyak
kerajaan-kerajaan Rus
telah dimusnahkan oleh Mongol sebelum ibu kotanya dibumi hanguskan oleh mereka. Tentera Mongol bergerak dengan begitu pantas dan melancarkan penaklukan sepanjang laluan mereka untuk mematahkan harapan Rus menyatukan kembali kerajaan-kerajaannya.
Pertempuran
terbuka tercetus antara Mongol dengan Rus berhampiran
Sungai Sit
yang berakhir dengan kemenangan muktamad Mongol. Sementara itu, kota-kota besar yang hanya berjaya terlepas daripada kemusnahan dahsyat ini ialah
Novgorod
dan
Pskov
kerana mereka setuju untuk berada di bawah naungan Mongol.
Pada hujung tahun 1239, tentera Mongol kembali menuju ke seberang Sungai Don. Batu telah mengirimkan beberapa pasukannya ke selatan untuk menjalankan kempen penaklukan
Caucasus
sementara tentera yang dipimpin oleh
Mongke
dipanggil pulang ke
Mongolia
. Maka, Mongol menghabiskan musim bunga pada tahun 1240 dengan merekrut suku-suku tempatan untuk menyertai gerombolan mereka. Pada musim panas tahun yang sama, Mongol kembali merencanakan serangannya. Kota kerajaan Rus terbesar dan termakmur pada masa itu,
Kiev
telah
dikepung
pada bulan September. Utusan Mongol yang dikirim ke kota itu telah dibunuh. Kiev akhirnya jatuh ke tangan Mongol setelah pengepungan berlangsung selama tiga bulan. 50,000 penghuni kota tersebut telah dibunuh beramai-ramai. Kerajaan-kerajaan Rus kini menjadi milik
Golden Horde
. Tentera Mongol seterusnya beralih kepada
Eropah Tengah
.
Pedagang Venice
membawakan kerjasama mereka dengan
Subutai
. Mereka telah menyediakan maklumat berharga tentang kerajaan yang bakal dihadapi oleh Mongol. Perkara ini membolehkan Subutai untuk melancarkan operasi penghancuran terhadap keseluruhan Eropah. Pada Disember 1240, tentera Mongol telah bersedia untuk menyambar
Poland
dan
Hungary
. Dua utusan telah dihantar masing-masing kepada Duke Poland,
Henry II
dan Raja Hungary,
Bela IV
namun kedua-dua utusan tersebut telah dibunuh.
Tentera Mongol
menyerang Eropah Tengah
melalui tiga pembahagian pasukan. Pasukan pertama ditugaskan untuk
menceroboh Poland
yang diterajui oleh
Baidar
,
Kadan
dan
Orda Khan
bersama dengan dua unit
Tumen
. Pasukan kedua merupakan pasukan yang utama dipimpin oleh
Subutai
dan
Batu Khan
bersama dengan tiga hingga empat tumen. Pasukan ini meredah
Pergunungan Carpathia
melalui
Genting Verecke
. Pasukan ketiga pula meneruskan kemaraan dengan mengikut laluan
Sungai Danube
.
Pada akhir tahun 1240, pasukan Mongol pertama mara ke dalam wilayah
Poland
dengan kelajuan luar biasa iaitu 50 batu/hari. Kota
Lublin
dan
Sandomierz
telah dimusnahkan oleh Mongol pada Februari 1241. Kemudian, tentera Mongol berpecah kepada dua pasukan lagi. Pasukan pertama dipimpin oleh Orda mara menuju ke bahagian tengah Poland manakala satu pasukan lagi dipimpin oleh Baidar dan Kadan menuju ke selatan sebelum mereka berjaya mengalahkan tentera Poland dalam
Pertempuran Tursko
pada lewat Februari 1241. Ibu kota kerajaan Poland iaitu
Cracow
telah dijarah, dirompak dan dibakar oleh tentera Mongol. Kemudian, tentera Mongol beralih ke kota terpenting di
Silesia
,
Wrocław
yang telah dibiarkan tanpa kawalan pertahanan oleh bangsawan Poland. Hal ini demikian kerana bangsawan Poland berharap dapat mengumpulkan lebih ramai tentera walaupun memakan masa yang agak sedikit panjang. Semasa tentera Mongol mengepung kota itu, Baidar dan Kadan mendapat berita bahawa sebuah rombongan tentera yang besar menuju ke arah mereka. Perkara ini membuatkan tentera Mongol berundur dari pengepungan kota Wrocław sebelum mereka bertembung dengan tentera Poland. Namun, tentera Mongol masih sempat untuk menyatukan angkatannya dengan tentera
Bohemia
yang berada dalam skala yang besar.
Kedua-dua pihak iaitu
Mongol
dan
Poland
bertembung di sebuah dataran lapang yang dikenali sebagai
Legnica
. Tentera Poland diketuai oleh
Henry II
memiliki kekuatan seramai 7,000 hingga 8,000 tentera yang kebanyakannya berasal dari Poland bersama dengan kontinjen dari
Moravia
,
Bavaria
dan
Kesatria Templar
. Sementara itu, jumlah tentera Mongol di bawah pimpinan
Baidar
ialah sedikit lebih kecil iaitu sekitar 6,000 perajurit. Tentera Poland terdiri daripada kavalri berat, infantri dan petani manakala tentera Mongol pula terdiri daripada pemanah berkuda serta kavalri berat bersenjatakan tombak. Medan pertempuran ini ialah tanah yang lapang dikelilingi oleh sungai-sungai kecil.
Bahagian tengah tentera Kristian terdiri daripada tiga barisan kavalr. Infantri pula diletakkan di bahagian sayap manakala terdapat tentera kecil yang mengiringi Henry II di bahagian belakang. Di pihak tentera Mongol pula, Baidar telah membahagikan pasukannya kepada empat bahagian. Setiap bahagian tersebut mempunyai pemanah berkuda yang bergabung dengan kavalri berat.
Barisan hadapan tentera Poland iaitu kavalri telah memulakan serangan awal ke atas barisan hadapan Mongol. Namun, tentera Mongol berjaya menangkis serangan awal tersebut sehingga memaksa Henry II mengirimkan semua tentera berkudanya mara ke medan pertempuran. Tekanan yang hebat dikenakan ke atas tentera Mongol ini membuatkan tentera Mongol bertindak untuk berundur. Tentera berkuda Poland terus memburu dan menyerang Mongol sehingga mereka terpisah jauh daripada barisan infantri yang lain. Isyarat segera diberikan oleh panglima Mongol untuk membakar tanaman-tanaman yang tumbuh di padang tersebut lalu menghasilkan asap yang tebal sehingga menyukarkan pandangan untuk dilihat dari kem tentera Kristian. Perkara ini bermakna tentera Kristian tidak dapat mengetahui situasi sebenar medan pertempuran ini dengan jelas kerana pemandangan mereka terbatas dan dihalang oleh asap tebal tersebut. Pada saat tersebut, tentera Mongol mula melancarkan serangan tembakan anak panah ke atas tentera berkuda Poland yang sedang bertempur di tengah-tengah medan pertempuran. Tentera berkuda Poland dilamun kebingungan sambil menjadi tidak tentu arah akibat penghasilan asap tebal yang dilakukan oleh Mongol. Akhirnya, barisan tentera berkuda Poland tersebut dimusnahkan oleh Mongol.
Buat masa ini, baki tentera Poland yang tinggal hanyalah golongan petani yang tidak bersenjata di bahagian sayap. Oleh kerana tiada halangan, tentera Mongol tidak mempunyai masalah untuk menghancurkan pasukan sayap musuhnya. Henry II cuba meninggalkan medan pertempuran namun beliau telah dikejar oleh pasukan berkuda Mongol yang pantas. Beliau akhirnya telah ditangkap dan dipancung. Kepalanya yang putus kemudiannya telah dicacak dengan tombak oleh Mongol di depan gerbang kota
Legnica
untuk menakutkan penduduk kota.
Tentera
Mongol
telah melancarkan
serangan
ke atas
Hungary
yang dipimpin oleh
Batu Khan
dan
Subutai
. Tentera Hungary telah dimusnahkan oleh Mongol dalam
Pertempuran Mohi
. Dalam jangka masa selama dua hari, kerajaan yang terkuat di
Eropah Tengah
telah ditundukkan oleh Mongol. Dilaporkan bahawa kerajaan Hungary telah kehilangan populasinya seramai kira-kira 500,000 orang.
Bulgaria dan Serbia
seterusnya telah diceroboh oleh tentera Mongol. Tanah-tanah mereka telah dijarah dan
Bulgaria
dipaksa untuk menjadi negeri naungan kepada kerajaan Mongol buat selama beberapa dekad. Melihat keadaan menjadi bertambah buruk,
Paus
telah melaungkan seruan Perang Salib anti-Mongol. Sementara itu,
Empayar Suci Rom
mula mengerahkan tenteranya dan membina pertahanan untuk menghadapi ancaman Mongol.
Mongol merancang untuk meluaskan penerokaan mereka hingga ke
Laut Atlantik
memandangkan tidak ada kerajaan yang cukup ampuh untuk menandingi kekuatan mereka. Walau bagaimanapun,
Khan Agung
Mongol iaitu
Ogedei
telah meninggal dunia pada Disember 1241. Batu bersama dengan sebahagian besar pasukannya harus pulang ke
Mongolia
untuk terlibat dalam pemilihan pemimpin kerajaan Mongol yang baru. Eropah terselamat daripada ancaman ini.
- ^
John France. "Journal of Medieval Military History, Volume 8". Page 115. Article: "Numbers in Mongol Warfare", by Carl Sverdrup. Published 18 Nov 2010.
ISBN
9781843835967
- ^
Tartar Relation
, Giovanni da Pian del Carpine, ~1248. Page 80.
- ^
John France. "Journal of Medieval Military History, Volume 8". Page 115. Article: "Numbers in Mongol Warfare", by Carl Sverdrup. Published 18 Nov 2010.
ISBN
9781843835967
- ^
Jerzy Maro?.
Koczownicy i rycerze. Najazd Mongołow na Polsk? w 1241 roku na tle sztuki wojennej Europy XII i XIII wieku
. Oficyna Wydawnicza Arboretum. Wrocław. 2001.
ISBN
978-83-932793-2-6
- ^
Maro?'s total includes 250 knights from Silesia, 36 Templar knights, 10 knights from Lesser and Greater Poland, 10 'guest' knights, and a handful heavy cavalry mercenaries
- ^
Wacław Korta.
Najazd Mongołow na Polsk? i jego legnicki epilog
. ?l?ski Instytut Naukowy. Katowice. 1983.
ISBN
83-00-00646-X
- ^
name="Burzy?ski, p. 24"