Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Asqalan
mengambil tempat di
Asqalan
pada 12 Ogos 1099 dan merupakan pertempuran terakhir di dalam
Perang Salib Pertama
.
Tentera-tentera Salib telah menjalankan rundingan dengan kerajaan
Fatimiyah
Mesir
dalam perjalanan mereka ke
Baitulmaqdis
, namun tidak mendapat kata sepakat dari kedua-dua belah pihak di dalam rundingan tersebut - di mana melalui rundingan tersebut kerajaan Fatimiyah bersedia untuk melepaskan wilayah
Syam
tetapi tidak sesekali melepaskan wilayah
Palestin
dan ini sangat tidak dipersetujui oleh para Salibi kerana amat bercanggah dengan matlamat utama mereka mendapatkan
Gereja Makam Kudus
di
Baitulmaqdis
. Baitulmaqdis dirampas daripada kerajaan Fatimiyah pada 15 Julai 1099 selepas pengepungan yang mengambil masa yang panjang. Tidak lama selepas itu, pihak Salibi telah mengetahui kerajaan Fatimiyah sedang dalam usaha untuk mengambil kembali tanah
Palestin
.