Persebaya Surabaya
yang sempat berganti namanya menjadi
Persebaya 1927
[1]
ialah sebuah kelab bola sepak profesional di negara
Indonesia
yang bertapak di bandar raya
Surabaya
, negeri
Jawa Timur
yang diasaskan pada 18 Jun 1927 dengan nama Soerabajasche Indische Voetbal Bond (SIVB) (
Melayu
:
Kelab Bolasepak Indonesia Surabaya
). Persebaya pernah digantung selama 3 tahun oleh Persatuan Sepak Bola Indonesia
(PSSI)
namun kemudianya dimansuhkan pada kongres tahunan PSSI di
Bandung
pada 8hb Januari 2017.
Persebaya diasaskan oleh Paijo dan M. Pamoedji pada 18 Jun 1927. Pada awal ditubuhkanya, Persebaya dinamai dengan menggunakan bahasa Belanda
Soerabajasche Indische Voetbal Bond (SIVB)
(
Melayu
:
Kelab Bolasepak Indonesia Surabaya
)
[2]
. Pada masa itu pula di bandar Surabaya juga terdapat sebuah kelab bolasepak lain yang lebih dulu wujud bernama Soerabajasche Voetbal Bond (SVB)(
Melayu
:
Kelab Bolasepak Surabaya
), SVB ini ditubuhkan pada tahun 1910 dan pemainnya adalah orang-orang Belanda yang ada di Surabaya.
Setelah ditubuhkanya Persatuan Bolasepak Kebangsaan Indonesia (
PSSI
) pada 19hb April 1930, kemudian dilaksanakanlah kompetisyen tahunan kelab-kelab bolasepak antara bandar di Indonesia atau yang disebut dengan Kompetisyen Persyarikatan (
Indonesia
:
Kompetisi Perserikatan
).
Di musim pertama kompetisyen rasmi pada tahun 1938, SIVB berhasil mara ke perlawanan akhir meski akhirnya takluk kepada
VIJ Jakarta
.
Ketika terjadi perang pasifik 1942, majoriti pemain SIVB yang adalah orang bumiputera dan sebahagian kecil kaum cina kembali mara ke perlawanan akhir namun lagi-lagi kecundang apabila kalah kepada
Persis Solo
.
Pada tahun 1943 SIVB berganti nama menjadi Persibaja singkatan daripada
(Persatuan Sepak Bola Indonesia Soerabaja)
. Pada masa ini Persibaja diterajui oleh Dr. Soewandi. Dan di masa inilah Persibaja mencapai puncak kejayaan dengan meraih trofi juara berturut-turut pada tahun 1950, 1951, dan 1952. Setelah era Dr. Soewandi, Persebaya kembali meraih juara pada tahun 1978 dan 1988.
Pada tahun 1960, nama Persibaja diganti sekali lagi dengan mengikut kepada ejaan bahasa yang baru, menjadi Persebaya
(Persatuan Sepak Bola Surabaya)
.
Pada era persyarikatan ini, Persebaya adalah merupakan satu antara gergasi bolasepak di Indonesia bersama
PSMS Medan
,
PSM Makassar
,
Persib Bandung
dan
Persija Jakarta
. Persebaya lima kali mengangkat trofi juara dan sebelas kali meraih peringkat naib juara.
Pada tahun 1994,
PSSI
membentuk kompetisyen baru yang lebih moden yang diberi nama
Liga Indonesia
. Di era Liga Indonesia ini Persebaya berjaya mengangkat trofi juara di tahun 1997. Bahkan Persebaya juga mencipta sejarah apabila tampil sebagai tim pertama yang mampu meraih trofi juara Liga Indonesia untuk kali kedua di tahun 2005.
Pada tahun 2010, kerana konspirasi elit PSSI, Persebaya harus turun divisyen ke Divisyen Utama (sekarang
Liga 2
)
[3]
, namun Persebaya tak tinggal diam dan kemudianya melakukan perlawanan. Bersama dengan beberapa kelab yang tak puas hati dengan PSSI, mereka mengisytiharkan keluar daripada PSSI dan mengikuti kompetisyen baru diluar PSSI yang disebut dengan istilah 'Breakaway League' pada tahun 2010 . Liga yang diasaskan oleh
Arifin Panigoro
, seorang ahli perniagaan terkemuka Indonesia tersebut kemudianya dinamai
Indonesian Premier League
(IPL)
.
Ketika mengikuti kompetisyen IPL tersebut, Persebaya sekali lagi merubah namanya menjadi
Persebaya 1927
dan juga merubah logonya.
[4]
Setelah sengkarut bolasepak Indonesia berakhir antara tahun 2014 hingga 2016
(hingga Indonesia kena ban oleh
FIFA
)
, setelah hukuman dari FIFA berakhir kemudian PSSI memilih presiden yang baru pada tahun 2016. Presiden PSSI yang baru iaitu
Lt.Jen. Edy Rahmayadi
kemudianya membaikpulih status Persebaya 1927 dan menerimanya kembali menjadi anggota PSSI pada 8hb Januari 2017 sempena annual congress PSSI di Bandung. Namun Persebaya 1927 harus memulai kompetisyen pada tahap kedua liga iaitu
Liga 2
di season 2017.
Dan sekali lagi Persebaya yang kembali menggunakan nama kebesaranya
Persebaya Surabaya
menunjukkan reputasinya sebagai kelab gergasi yang penuh tradisi di Indonesia yang hanya dalam semusim berjaya mengangkat trofi juara Liga 2 di tahun 2017 untuk membolehkanya naik ke tahap tertinggi Liga Indonesia iaitu
Liga 1
pada tahun 2018.
Gelanggang rumah bagi Persebaya adalah
Stadium Gelora Bung Tomo
yang berada sebelah barat pusat bandaraya Surabaya negeri Jawa Timur.
Sebelum berhome ground di Stadium Gelora Bung Tomo, stadium rumah keramat bagi Persebaya adalah
Stadium Gelora 10 November
yang berada di pusat bandaraya Surabaya, Jawa Timur.
- Juara (6):
1941
,
1950
,
1951
,
1952
,
1978
,
1988
- Naib Juara (11): 1938, 1942, 1960, 1965, 1967, 1971, 1973, 1977, 1981, 1987, 1990
- Juara (3):
1996?97
,
2004
- Naib Juara:
1998?99
- Juara (1):
2006
- Juara (1):
2007
- Piala Ketua Polis Banyuwangi
- Juara (1):
2005
Penyokong Persebaya dikenali dengan nama
Bonek
, Bonek adalah singkatan daripada perkataan Jawa yakni 'Bondo Nekat'.
Bondo
bermakna aset, sumber atau modal,
Nekat
ertinya berkeras hati, dengan keras atau kuat kemauan, terlalu berani (tanpa fikir panjang), tidak mahu menyerah.
Bonek
adalah dua perpaduan kata yang dapat menyiratkan secara penuh bagaimana kebiasaan penyokong bola sepak yang memikul nama ini.
[6]
Bonek merupakan satu antara kumpulan penyokong bola sepak terbesar di Indonesia, menurut laman sesawang
thetopten.com
, Bonek berada di peringkat kedua di bawah
Bobotoh
yang merupakan kumpulan penyokong kelab
Persib Bandung
.
[7]
Seperti halnya penyokong-penyokong kelab bola sepak lainya, Bonek juga mempunyai
rival
ataupun musuh. Musuh tradisi Bonek adalah penyokong kelab
Arema FC
yang dikenali sebagai
Aremania
, Meskipun antara Persebaya dan Arema masih dalam satu negeri (Jawa Timur) namun pertembungan kedua kelab yang bertajuk
Derbi Jawa Timur
ini merupakan
Super Big Match
kedua terbesar di Indonesia setelah
El Classico
antara
Persija Jakarta
melawan
Persib Bandung
.
[8]
Berikut adalah senarai pemain Persebaya Surabaya musim 2022
[9]
yang mengharungi perlawanan
Liga 1
yang dahulu dikenali dengan nama
Liga Super Indonesia
- Sehingga 15 Januari 2022
[10]
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah
peraturan kelayakan FIFA
. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah
peraturan kelayakan FIFA
. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.