Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Permainan kad dagangan
merupakan sejenis
permainan kad
yang menggabungkan ciri pembinaan dek berstrategi dengan ciri kad dagangan, yang dipertunjukkan pada kali pertama oleh
Magic: The Gathering
pada tahun 1993.
[1]
Permainan kad dagangan ditakrifkan secara umumnya sebagai permainan dengan pemain yang mendapatkan kad untuk koleksi peribadinya, dan mereka membina dek persendirian dan mencabar pemain lain dalam pertarungan. Kad permainan biasa sudah wujud sejak seawal kurun ke-14. Pada tahun 1996, Luke Peterschmidt, pereka Guardians, berpendapat bahawa tidak seperti permainan berpapan dan pemain permainan berperananan, pemain kad dagangan nampaknya bersangka bahawa mereka hanya boleh main 1 permainan kad dagangan pada satu-satu masa. Suatu paten yang asalnya diwartakan pada tahun 1997 kepada Richard Garfield adalah untuk "kaedah dan komponen permainan istimewa yang menjunjung inti pati kad dagangan" termasuk permainan yang mempunyai peraturan berciri Magic The Gathering (MTG) atau gabungannya. Contoh permainan kad dagangan ialah
Magic: The Gathering
,
Yu-Gi-Oh!
,
Pokemon
, Cardfight!! Vanguard dan lain-lain.