Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perjanjian Belfast
(
Ireland
:
Comhaontu Bheal Feirste
,
bahasa Inggeris
:
Belfast Agreement
) umumnya disebut
Perjanjian Jumaat Agung
[atau
Jumaat Suci
] (
Ireland
:
Comhaontu Aoine an Cheasta
,
bahasa Inggeris
:
Good Friday Agreement
) merupakan suatu perkembangan utama dalam
proses perdamaian Ireland Utara
. Perjanjian ini terdiri daripada dua dokumen saling berkaitan yang dipersetujui di
Belfast
pada keraian
Jumaat Agung
, 10 April 1998:
- suatu persetujuan oleh pelbagai parti politik Ireland Utara (the
Multi-Party Agreement
);
- perjanjian antarabangsa antara
Kerajaan United Kingdom
dengan pemerintah Republik Ireland (the
British-Irish Agreement
).
Perjanjian ini menetapkan beberapa set peruntukan rumit yang meliputi beberapa bidang termasukla:
- Status dan sistem pemerintahan Ireland Utara dalam United Kingdom. (Set 1)
- Hubungan antara Ireland Utara dan Republik Ireland. (Set 2)
- Hubungan antara Republik Ireland dan United Kingdom. (Set 3)
Isu-isu berkaitan
kedaulatan
,
hak umum
dan
hak budaya
, pelucutan senjata paramiliter, pengurangan kuasa tentera, hal keadilan dan hal polis ditumpukan dalam perjanjian ini.
Perjanjian ini diterima para pengundi seluruh
pulau Ireland
melalui dua buah referendum yang dilangsungkan pada 22 Mei 1998; para pengundi di Ireland Utara ditanya sama ada bersetuju dengan perjanjian pelbagai parti ini. manakala pengundi di
Republik Ireland
ditanya sama ada kebenaran bileh diberi kepada penandatangan perjanjian serta perubahan kepada perlembagaan Ireland dapat dilakukan untuk memudahkan penandatangan tersebut.
Perjanjian ini dikuatkuasakan dengan bantuan Perdana Menteri
Tony Blair
pada 2 Disember 1999.
[1]
[2]
Parti Kesatuan Demokratik
merupakan satu-satunya parti politik utama di Ireland Utara yang membangkang perjanjian ini.
[3]