Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
(
bahasa Inggeris
:
Universal Declaration of Human Rights
,
UDHR
) ialah satu pengisytiharan makluman yang diamalkan oleh
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(A/RES/217,
10 Disember
1948
di
Palais de Chaillot
,
Paris
). Perisytiharan ini terdiri daripada 30 perkara yang menggariskan pandangan Perhimpunan Agung terhadap
hak asasi manusia
yang dijamin ke semua rakyat. Rang Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa terdiri daripada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat,
Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
, dan
Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Awam dan Politik
dan dua Protokol Pilihannya. Pada tahun 1966, Perhimpunan Agung mengamalkan dua Perjanjian terperinci yang melengkapkan Rang Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa; pada tahun 1976, setelah perjanjian-perjanjian tersebut ditandatangani sebilangan negara individu yang mencukupi, maka Rang Undang-undang ini memegang kuasa perundangan antarabangsa.
[1]
Sebelum Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat diisytiharkan, beberapa negara telah mengisytiharkan pengisytiharan yang seumpamanya, termasuk
Undang-undang Hak Asasi
England
,
Undang-undang Hak Asasi
di
Amerika Syarikat
, dan
Perisytiharan Hak Asasi Manusia dan Warganegara
di
Perancis
.
Oleh sebab kekejaman yang dilakukan
Jerman Nazi
semakin jelas selepas Perang Dunia Kedua, maka masyarakat sejagat bersependapat bahawa
Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu
tidak cukup mendefinasikan hak-hak asasi yang dimaksudkannya
[
perlu rujukan
]
, maka timbulnya keperluan untuk satu perisytiharan sejagat yang menerangkan secara terperinci hak-hak individu
[2]
.
John Peters Humphrey
dari
Kanada
diundang oleh
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
untuk mengerjakan projek ini lalu menjadi menggubal utama Perisytiharan. Humphrey dibantu oleh
Eleanor Roosevelt
dari
Amerika Syarikat
,
Jacques Maritain
dan
Rene Cassin
dari
Perancis
,
Charles Malik
dari
Lubnan
,
P. C. Chang
dari
Republik China
, dan lain-lain. Perisytiharan ini diratifikasi ketika Perhimpunan Agung pada
10 Disember
1948
melalui undian 48 setuju, 0 tidak setuju, serta 8 pengecualian (semua negara Blok Soviet, Afrika Selatan dan Arab Saudi).
[3]
Sungguhpun peranan utama yang dimainakn oleh warga Kanada tersebut, namun Kerajaan Kanada mula-mulanya mengecualikan diri daripada mengundi mengenai draf Perisytiharan, tetapi kemudian mengundi untuk menyokong draf muktamadnya di Perhimpunan Agung.
[4]
Dokumen ini dibentangkan mengikut tradisi
undang-undang awam
, termasuk satu
mukadimah
diikuti 30 artikel. Dokumen ini dijadikan sebagai satu kenyataan objektif-objektif yang perlu diikuti kerajaan-kerajaan sedunia. Sebilangan peguam antarabangsa percaya bahawa Deklarasi ini membentuk sebahagian
undang-undang antarabangsa adat
setta menjadi alatan yang berkuasa dalam menggunakan tekanan diplomatik dan moral terhadap mana-mana kerajaan yang mencabuli mana-mana artikelnya.
Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia
1968 memberikan nasihat agar perisytiharan ini "membentuk satu kewajipan untuk ahli-ahli masyarakat antarabangsa" kepada semua orang. Perisytiharan ini telah berfungsi sebagai asas untuk dua waad hak asasi manusia PBB tanpa ikatan yang asal, iaitu
Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Awam dan Politik
, dan
Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
. Sehingga masa ini, perisytiharan ini masih dipuji oleh para akademik, penyokong, dan mahkamah-mahkamah perlembagaan.
- "Keseluruhannya, Perwakilan Amerika Syarikat percaya bahawa ini adalah satu dokumen yang bagus ? dokumen yang unggul pun ? dan kami mencadangkan untuk memberi sokongan penuh kepadanya. [...] Sambil memberi kelulusan kami kepada Perisytiharan pada hari ini adalah penting sekali untuk kami mengingati dengan jelas perwatakan asas dokumen tersebut. Ini bukan satu perjanjian; ini bukan satu persetujuan antarabangsa. Perisytiharan ini bukan dan tidak bertujuan menjadi kenyataan undang-undang atau kewajipan mengikut undang-undang. Perisytiharan ini ialah Perisytiharan prinsip-prinsip asas hak asasi dan kebebasan[....] Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat bakal menjadi
Magna Carta
antarabangsa bagi semua manusia di merata tempat."
- Eleanor Roosevelt
, pengerusi wanita pertama
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(CHR) yang menggubal Perisytiharan ini,
[5]
9 Disember
1948
.
- "Demi semangat muhibah di kalangan manusia seluruh dunia, dokumen itu lebih daripada perkataan sahaja: Dokumen itu ialah bukti
kemanusiaan
sedunia, satu standard yang mana sesiapa sahaja di Bumi boleh menghadap pengadilan mana-mana kerajaan di Bumi."
- bekas
Presiden Amerika Syarikat
Ronald Reagan
(Mac 1989, US Department of State Bulletin)
- Dalam satu ucapan pada
5 Oktober
1995
,
Paus John Paul II
menggelar UDHR sebagai "salah satu ekspresi
nurani
manusia teragung di zaman kita".
- Kenyataan oleh
Marcello Spatafora
bagi pihak
Kesatuan Eropah
pada
10 Disember
2003
: "Selama 55 tahun yang lalu, kemanusiaan telah menjalani kemajuan yang luar biasa dalam memupuk dan melindungi hak asasi manusia kerana daya kreatif yang dijana oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, tidak boleh dinafikan bahawa inilah salah satu dokumen yang paling berpengaruh dalam sejarah. Ini ialah dokumen yang luar biasa, penuh dengan idealisme tetapi juga padat dengan keazaman untuk menerima pengajaran dari zaman silam dan tidak mengulangi kesalahan-kesalahan yang sama. Penting sekali, dokumen ini meletakkan hak asasi manusia di kedudukan terpenting perangkaan prinsip-prinsip dan kewajipan untuk membentuk hubungan dalam
masyarakat antarabangsa
."
- Negara-negara majoriti
Islam
, seperti
Sudan
,
Pakistan
,
Iran
, dan
Arab Saudi
, sering mengkritik Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat kerana kelihatan gagal mengambil kira konteks kebudayaan dan keagamaan negara majoriti
Muslim
. Pada tahun 1981, wakil Iran ke
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
, Said Rajaie-Khorassani, menyatakan pendirian negaranya mengenai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, dengan berkata bahawa UDHR ialah "satu pemahaman
sekular
mengenai tradisi
Yahudi-Kristian
" yang tidak mampu dilaksanakan oleh umat Islam tanpa melanggar undang-undang Islam.
[6]
Walaubagaimanapun, deklarasi ini mendapat kritikan hebat dari Bangsa Bangsa Bersatu kerana banyak memihak kepada perundangan Syariah tanpa menghiraukan hak mereka yang bukan Islam
[10]
[11]
[12]
[13]
- Jeane Kirkpatrick
,
Duta Amerika Syarikat
ke
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
, membincangkan bahawa
hak ekonomi
tertentu tidak boleh menjadi
hak asasi manusia
, kerana hak ekonomi perlu disediakan oleh orang lain melalui pengekstrakan secara paksa, contohnya
cukai
, dan bahawa hak ekonomi menidakkan hak-hak orang lain yang tidak terpisah.
[14]
Kirkpatrick mengibaratkan Perisytiharan itu dengan "surat untuk
Santa Claus
",
[15]
iaitu mengatakan "Sifat, pengalaman, atau kebarangkalian pun tidak memaklumkan senarai-senarai 'hak' ini yang tidak tertakluk kepada batasan kecuali yang ditetapkan pemikiran dan kehendak pengarangnya."
[16]
- Perkara 29(3) UDHR menyatakan bahawa "Hak-hak dan kebebasan ini tidak boleh sama sekali diamalkan secara bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu." Sesetengah pihak mendakwa bahawa ini membolehkan PBB mengatasi undang-undang sendirinya, maka menjadikannya hipokrit, sementara yang lain menunjukkan bahawa "tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip" PBB mengertikan prinsip-prinsip dan matlamat-matlamat yang dipersetujui Negara-negara Ahlinya, dan bertujuan memupuk keamanan sedunia dan bukannya memaksudkan mana-mana fungsi atau operasi PBB selaku pertubuhan.
- Kadang-kala, peruntukan tertentu terdedah kepada kritikan kerana kandungannya. Contoh: Perkara 26 memupuk ide pendidikan sejagat percuma, dan kadang-kadang dipersendakan sebagai "hak memaksa orang lain membiayai pendidikan anak saya." Hak untuk memiliki harta secara berkongsi dengan orang lain kadang-kadang ditentang aktivis-aktivis anti-korporat. Hak untuk kahwin di luar kasta atau kaum sendiri turut ditentang ramai penyokong dasar segregasi.
- ^
Paul Williams
, Ed., "The International Bill of Human Rights", Entwhistle, 1981. This is the first book edition (
ISBN 0-034558-07-8
) of the Universal Declaration of Human Rights, with a forward by
Jimmy Carter
.
- ^
http://www.universalrights.net/main/creation.htm
- ^
Lihat
http://www.unac.org/rights/question.html
Diarkibkan
2012-09-12 di
Wayback Machine
di bawah "Who are the signatories of the Declaration?"
- ^
"salinan arkib"
(PDF)
. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 2006-08-29
. Dicapai pada
2006-08-29
.
- ^
Eleanor Roosevelt: Address to the United Nations General Assembly
- ^
Littman, David. "Universal Human Rights and Human Rights in Islam".
Midstream
, February/March 1999
http://mypage.bluewin.ch/ameland/Islam.html
- ^
http://www.oic-oci.org/
- ^
"salinan arkib"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2007-10-12
. Dicapai pada
2007-11-28
.
- ^
"salinan arkib"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2005-08-28
. Dicapai pada
2007-11-28
.
- ^
Brems, E (2001). "Islamic Declarations of Human Rights". Human rights: universality and diversity: Volume 66 of International studies in human rights. Martinus Nijhoff Publishers. pp. 241?84.
ISBN 90-411-1618-4
.
- ^
Kazemi, F (2002). "Perspectives on Islam and Civil Society". In Hashmi SH (ed.). Islamic Political Ethics: Civil Society, Pluralism and Conflict. Princeton University Press. p. 50.
ISBN 0-691-11310-6
.
- ^
https://web.archive.org/web/20081031135736/http://www.iheu.org/node/3162
- ^
Paul Kurtz, Austin Dacey, and Tom Flynn. "Defaming Human Rights". Free Inquiry. February/March 2009, Vol. 29, No. 2.
- ^
See
Capitalism Magazine - United Nations Declaration of Human Rights Destroys Individual Rights
Retrieved 22 June 2006.
- ^
"salinan arkib"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2007-12-24
. Dicapai pada
2007-11-28
.
- ^
"salinan arkib"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2007-09-28
. Dicapai pada
2007-11-28
.
10. Brems, E (2001). "Islamic Declarations of Human Rights". Human rights: universality and diversity: Volume 66 of International studies in human rights. Martinus Nijhoff Publishers. pp. 241?84.
ISBN 90-411-1618-4
.
11. Kazemi, F (2002). "Perspectives on Islam and Civil Society". In Hashmi SH (ed.). Islamic Political Ethics: Civil Society, Pluralism and Conflict. Princeton University Press. p. 50.
ISBN 0-691-11310-6
.
12.
https://web.archive.org/web/20081031135736/http://www.iheu.org/node/3162
13. Paul Kurtz, Austin Dacey, and Tom Flynn. "Defaming Human Rights". Free Inquiry. February/March 2009, Vol. 29, No. 2.
|
Wikisumber
mempunyai teks asal berkaitan rencana ini:
|