Perissodactyla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ungulat berjari ganjil
Julat zaman: 56?0  Ma ?Lewat Paleosen - Kini
Telapuk kuda
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Infrakelas:
Superorder:
Order:
Perissodactyla

Owen , 1848
Families [1]

Perissodactyla ( Yunani : περισσ??, perissos , "tidak sekata", + δ?κτυλο?, daktylos , "jari") merupakan sebuah order mamalia yang telapuknya mempunyai bilangan jari yang ganjil (1, 3, atau 5 batang). [2] Selalunya, jari tengah di setiap telapuknya lebih besar daripada jari-jari lain. Ahli Perissodactyla lazimnya merupakan haiwan peragut yang besar-besar, tetapi tidak seperti ahli Artiodactyla berjari genap yang ruminan , ianya mempunyai perut yang agak ringkas kerana menapai di usus belakang, mencerna selulosa tumbuhan di dalam usus daripada dalam perut. Antara ahlinya ialah kuda , tenuk , dan badak sumbu .

Taksonomi [ sunting | sunting sumber ]

Ahli-ahli order ini terbahagi kepada dua suborder :

  • Hippomorpha , ungulat berjari ganjil yang kini berupa pelari laju berkaki panjang dengan sebatang jari sekaki. Satu-satunya famili dalam suborder ini ialah Equidae (yang hanya tinggal genus Equus ), terdiri daripada kuda , kuda belang , keldai , dan spesies-spesies berkaitan. Makhluk pupus Brontotheriidae yang seakan-akan badak sumbu turut tergolong dalam suborder ini. Kedua-dua keluarga mungkin keturunan Palaeotheriidae .
  • Ceratomorpha , memiliki beberapa batang jari yang berfungsi; lebih berat dan bergerak lebih perlahan daripada Hippomorpha. Suborder ini ada dua famili yang wujud, iaitu: Tapiridae (tapir) dan Rhinocerotidae (badak sumbu). Chalicotheriidae yang pupus mungkin tergolong dalam suborder ini.

Tiga famili Perissodactyla yang masih wujud digolongkan seperti berikut:

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Hooker, 2005, p. 206.
  2. ^ American Heritage Dictionary of the English Language , 3rd edition, 1992, p. 1348