Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pereka
ialah seorang yang mencipta atau menemui
kaedah
, cara, atau
peranti
yang boleh melakukan sesuatu tugas. Istilah ini juga boleh merujuk kepada mereka yang telah diberikan
paten
. Bagaimanapun, banyak barang tidak boleh
dipatenkan
atau umumnya tidak dipatenkan, tetapi masih boleh dianggap sebagai hasil kerja seseorang pereka; contoh-contohnya termasuk kaedah atau keluaran baru yang berkait dengan penyataan kesenian atau
matematik
. Sebagaimana dengan perekaan rasmi (di bawah
undang-undang paten
), satu unsur utama jelasnya merupakan unsur ketersegaman yang dibangkitkan oleh rekaan tersebut ke atas mereka yang mahir dalam bidang yang berkaitan apabila mereka diberitahu rekaan tersebut.
Salah satu contoh pempatenan rasmi tentang kaedah/proses seseorang pelukis ialah paten yan dipohon oleh
Yves Klein
terhadap "Biru Klein" (
Kleinian Blue
) atau
Biru Klein Antarabangsa
,
[1]
sejenis warna
biru
.
[2]
Serupa juga, rekaan dalam bidang
matematik
boleh dikaitkan secara rapat dengan sesuatu orang, umpamanya
formula Stirling
dengan
James Stirling
.
Perkaitan antara hasil
kesenian
atau
matematik
dengan perekanya boleh dibezakan daripada penemuan yang mencirikan penciptaan tersebut. Ciri-ciri tersebut adalah lebih serupa dengan konsep
cap dagangan
yang rasmi, berbanding dengan konsep
rekaan
yang rasmi. Konsep yang kurang tepat ini boleh ditunjukkan dengan membubuh akhiran "esque" pada nama pereka, umpamnya "Wanita Rubenesque Mempunyai Muka Picassoesque".
[3]
Perbezaan antara ciri "-esque" dan cap dagangan pada nama pelukis adalah tidak ketara dan pernah dibicarakan dalam
mahkamah
.
[4]
Taraf pereka
ialah penentuan utama untuk mengasaskan hak
paten
. Sistem paten telah diasaskan untuk menggalakkan para pereka dengan memberikan mereka tempoh
monopoli
yang terhad untuk rekaan yang dipertimbangkan sebagai cukup
baru
,
berguna
, dan
tidak ketara
.
Fasal harta intelektual
dalam
Perlembagaan Amerika Syarikat
membenarkan (tetapi tidak mewajibkan)
undang-undang
diluluskan untuk mengasaskan hak-hak harta intelektual di negara tersebut.
- Adalah didakwa bahawa keupayaan untuk mereka boleh dikembangkan. Sila lihat
TRIZ
, teori
penyelesaian masalah
yang bersifat daya cipta.