Perdana Menteri Israel
(
Bahasa Ibrani
:
Rosh HaMemshala
(??? ??????), harfiah
Ketua Kerajaan
) merupakan ketua kerajaan dan ketua eksekutif bagi negara
Israel
. Israel adalah sebuah negara republik dengan presiden sebagai ketua negara. Walau bagaimanapun, kuasa presiden sebahagian besarnya digunakan untuk upacara rasmi kerajaan sahaja. Kediaman rasmi perdana menteri adalah di
Beit Aghion
, terletak di Baitulmaqdis.
Benjamin Netanyahu
dari parti
Likud
, menjadi perdana menteri ke-9 (tidak termasuk penjaga) pada 29 Disember 2022.
Selepas berakhirnya pilihan raya umum, presiden akan mencalonkan ahli Knesset untuk menjadi perdana menteri selepas bertanya kepada pemimpin parti yang mereka sokong untuk jawatan itu. Calon pertama yang dicalonkan oleh presiden mempunyai 28 hari untuk menyusun gabungan untuk mendapat sokongan majoriti ahli dewan. Beliau kemudiannya membentangkan platform atau manifesto kerajaan dan mesti menerima undi percaya daripada
Knesset
untuk menjadi disahkan menjawat jawatan perdana menteri. Pada praktiknya, perdana menteri biasanya merupakan pemimpin parti terbesar dalam gabungan pemerintah. Pada tahun 1996 dan 2001, perdana menteri dipilih secara langsung oleh presiden dan secara berasingan daripada Knesset.
Tidak seperti kebanyakan perdana menteri di republik parlimen, Perdana Menteri adalah ketua eksekutif
de jure
dan
de facto
. Ini kerana Undang-Undang Dasar Israel secara eksplisit memberikan kuasa eksekutif dalam pemerintahan, yang mana perdana menteri adalah pemimpinnya.
Sekiranya Perdana Menteri semasa meninggal dalam jawatannya, kabinet akan memilih Perdana Menteri sementara untuk menjalankan pemerintahan sehingga pemerintahan baru dilantik untuk berkuasa.
Yigal Allon
telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri sementara setelah kematian
Levi Eshkol
, begitu juga
Shimon Peres
dilantik selepas pembunuhan
Yitzhak Rabin
.
[1]
Menurut undang-undang Israel, jika seorang Perdana Menteri sementara tidak mampu mentadbir kerajaan dan tidak meninggal dunia, kuasa tersebut akan dipindahkan kepada pemangku Perdana Menteri, sehingga Perdana Menteri baharu dipilih, sebagai contoh
Ehud Olmert
mengambil alih jawatan dari
Ariel Sharon
, berkhidmat sehingga 100 hari. Sekiranya Perdana Menteri dinyatakan tidak mampu secara tetap, atau jangka waktu itu berakhir, Presiden Israel akan mengawasi proses penggabungan pemerintahan baru, dan sementara itu pemangku perdana menteri atau menteri yang ada sekarang dilantik oleh kabinet untuk berperanan sebagai Perdana Menteri interim.
Dalam kes Sharon, pilihan raya telah dijadualkan dalam waktu 100 hari dari awal koma; oleh itu, proses pembentukan gabungan selepas pilihan raya telah mendahului peruntukan darurat untuk pemilihan Perdana Menteri baru. Walaupun begitu, Olmert terus dilantik sebagai Perdana Menteri sementara pada 16 April 2006, setelah pilihan raya, hanya beberapa hari sebelum dia membentuk pemerintahan pada 4 Mei 2006, menjadi perdana menteri yang rasmi.
Selama tempoh jawatannya, Perdana Menteri akan tinggal di Yerusalem. Sejak tahun 1974, kediaman rasmi Perdana Menteri adalah di Beit Aghion, di antara Balfour dan Smolenskin di Rehavia.