한국   대만   중국   일본 
Perbezaan sebutan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Perbezaan sebutan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seperti bahasa bahasa lain, bahasa Melayu perbualan mempunyai banyak loghat , sejauh Kelantan dan Brunei . Setiap mempunyai sebutannya tersendiri dan boleh dikenali dengan mudah oleh penutur ibunda. Bahasa Melayu piawai telah pun wujud sebagai daftar piawai sejak zaman Kesultanan Johor , berdasarkan dialek Johor manakala Bahasa Indonesia, daftar piawai di Indonesia, wujud pada 1901 .

Perbezaan antara bahasa Melayu piawai di Semenanjung Malaysia dan bahasa Indonesia terletak pada sebutan akhir perkataan-perkataan yang mempunyai huruf vokal a dan u , dan huruf r . Contoh contoh ditunjukkan di bawah:

Vokal a ultima [ sunting | sunting sumber ]

Pengguguran bunyi vokal a kepada e pepet [?] di Semenanjung Malaysia dan pengekalannya di Indonesia untuk perkataan yang berakhir dengan "a". Sebelum pembaharuan ejaan di Malaysia, huruf a yang bersebutan baku [?] ditulis ? , seperti dalam Bahasa Romania .

Bahasa Melayu
Tulisan Semenanjung Malaysia Indonesia
apa [ap ? ] [ap a ]
siapa [siap ? ] siap a ]
mana [man ? ] [man a ]
benda [bend ? ] [bend a ]

Pengguguran bunyi vokal a ini adalah mengikut sebutan Johor-Riau , iaitu piawai bagi bahasa Melayu yang digunakan oleh MABBIM .

Vokal u ultima [ sunting | sunting sumber ]

Apabila huruf vokal u diapit dua huruf konsonan dalam suku kata akhir, pengguna bahasa Melayu Semenanjung Malaysia selalunya menggugurkan bunyi u dan menggantikannya dengan bunyi o . Sebelum pembaharuan ejaan 1972, perkataan u ultima dieja o

Bahasa Melayu
Tulisan Semenanjung Malaysia Indonesia
telur [t?l o (r)] [t?l ? r]
gemuk [g?m o ?] [g?m ? ?]
takut [tak o t] [tak ? t]
batuk [bat o ?] [bat ? ?]

Pengguguran r hujung [ sunting | sunting sumber ]

Pengguguran ini sememangnya terlalu biasa dilakukan di Semenanjung Malaysia kerana dianggap sebagai tidak rhotic :

Bahasa Melayu
Tulisan Semenanjung Malaysia Indonesia
kotor [koto (r) ] [koto r ]
hancur [hant??o (r) ] [hant??? r ]
ekor [eko (r) ] [eko r ]

Pengguguran r tengah [ sunting | sunting sumber ]

Pengguguran bunyi ini tidak semestinya dilakukan oleh penutur bahasa Melayu Semenanjung Malaysia. Kadang kala bunyi r disebut terlalu laju sehingga kedengaran seolah-olah digugurkan:

Bahasa Melayu
Tulisan Semenanjung Malaysia Indonesia
permainan [p? (r) mainan [p? r mainan]
kertas [k? (r) tas] [k? r tas]
terduduk [t? (r) dudo?] [t? r dud??]

Vokal i hujung [ sunting | sunting sumber ]

Penukaran bunyi vokal i kepada e taling sering dilakukan di Semenanjung Malaysia:

Bahasa Melayu
Tulisan Semenanjung Malaysia Indonesia
itik [it e ?] [it ? ?]
cirit birit [t??ir e t bir e t] [t??ir ? t bir ? t]
piring [pir e ŋ] [pir ? ŋ]

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]