Penyiaran Multimedia Digital

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Korea kelihatan satu untuk menonton DMB telefon bimbit

Penyiaran Multimedia Digital ( bahasa Inggeris : Digital Multimedia Broadcasting , DMB ) ialah sistem pemancaran radio digital bagi menyampaikan multimedia ( radio , TV , dan datacasting ) kepada peranti mudah alih seperti telefon bimbit . Teknologi yang adakalanya dipanggil " televisyen mudah alih " ( mobile TV ) ini merupakan cabang Penyiaran Audio Digital yang asalnya dimajukan sebagai projek penyelidikan bagi pihak Kesatuan Eropah (projek Eureka #EU147). DMB dimajukan di Korea Selatan di bawah IT kebangsaan, mula-mulanya sebagai teknologi digital generasi akan datang yang bakal menggantikan radio FM . [1] Perkhidmatan TV mudah alih rasmi pertama di dunia bermula di Korea Selatan pada Mei 2005 setelah menjalani ujian awal-awal lagi. DMB boleh beroperasi melalui pancaran satelit ( S-DMB ) atau terestrial ( T-DMB ). DMB adalah berdasarkan piawaian Penyiaran Audio Digital (DAB) Eureka 147 , dan ada beberapa persamaan dengan piawaian pesaingnya iaitu DVB-H . [2]

Sepertilah DAB, T-DMB direka untuk pemancaran melalui frekuensi radio jalur III ( VHF ) dan jalur L ( UHF ), bagi siaran terestrial. Oleh sebab Amerika Syarikat dan Kanada masih memperuntukkan jalur pertama untuk siaran televisyen (saluran VHF 7 hingga 13) dan AS pula menyimpan jalur L untuk kegunaan tentera, DMB masih tidak terdapat di Amerika Utara. Sebaliknya, MediaFLO milik Qualcomm digunakan di sana. Di Jepun , 1seg dijadikan piawaian dengan menggunakan ISDB .

T-DMB menggunakan MPEG-4 Part 10 ( H.264 ) untuk video dan MPEG-4 Part 3 BSAC atau HE-AAC V2 untuk audionya. Audio dan videonya diringkaskan dalam format MPEG-2 TS . Strim ini berkodkan RS dan kata paritinya ialah panjang 16 bait. Terdapat pengantaralembaran berlingkar dalam strim ini, kemudian strim ini disiarkan dalam mod strim data melalui DAB . Untuk mengurangkan kesan-kesan saluran seperti pudar dan pembayangan, modem DMB menggunakan modulasi OFDM - DQPSK . Penerima T-DMB bercip tunggal turut disediakan oleh penyahmultipleks strim pengangkutan MPEG-2 . DMB dipakai dalam peralatan-peralatan seperti telefon bimbit, TV mudah alih, PDA dan peranti telematik untuk kereta .

T-DMB merupakan satu piawaian ETSI (TS 102 427 and TS 102 428). Pada 14 Disember 2007, ITU secara rasminya meluluskan T-DMB sebagai piawaian global bersama tiga piawaian lain iaitu DVB-H , 1seg , dan MediaFLO . [3]

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ The Introduction of DMB in Korea
  2. ^ "T-DMB" . Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-13 . Dicapai pada 2008-07-17 .
  3. ^ [1] ITU approves Mobile TV Standards]

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]

Rasmi [ sunting | sunting sumber ]