Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penyembuhan
merupakan proses pemulihan
kesihatan
pada organisma yang tidak imbang, berpenyakit atau cedera, baik secara fizikal mahupun psikologi dan sentiasa mengambil kira kesalingterimaan kedua-dua dimensi kesihatan manusia ini. Berkenaan kecederaan atau penyakit yang dialami oleh suatu organisma, penyembuhan melibatkan pembaikpulihan
tisu
,
organ
dan
sistem biologi
secara keseluruhan serta pemulihan kefungsian normal. Inilah proses yang mana
sel-sel
dalam
badan
tumbuh semula dan membaik pulih untuk mengecilkan kawasan yang rosak atau
mati
dan menggantikannya dengan tisu hidup yang baru. Penggantian ini boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu secara
tumbuh semula
iaitu sel yang mati diganti oleh sel baru yang membentuk tisu yang serupa dengan yang asal; atau
baik pulih
yang mana tisu yang cedera diganti dengan
tisu parut
. Kebanyakan
organ
menyembuh dengan campuran kedua-dua mekanisme.