Pengepungan Buda
(4 Mei hingga 21 Ogos 1541) berakhir dengan penawanan kota
Buda
di
Hungary
oleh
Empayar Uthmaniyyah
sekali gus memulakan penguasaan Uthmaniyah ke atas Hungary selama 150 tahun. Pengepungan ini sebahagian daripada
Perang Kecil Hungary
merupakan salah satu kemenangan Uthmaniyah terbesar ke atas
Empayar Habsburg
semasa
Perang Uthmaniyyah-Habsburg
di Hungary dan
Balkan
.
Pada dekad 1530-an,
Hungary
telah dilanda
peperangan
apabila rajanya,
John I Zapolya
yang disokong oleh Sultan
Uthmaniyyah
,
Sulaiman al-Qanuni
berperang dengan abang Maharaja
Charles V
iaitu
Ferdinand
. Walaupun dengan bantuan ketenteraan Sultan Sulaiman telah membolehkan John I untuk menguasai sebahagian besar Hungary, namun akhirnya mereka telah menerima tekanan oleh kerajaan-kerajaan jiran yang berpihak kepada Ferdinand.
Raja Poland
iaitu
Sigismund I
sangat bersungguh-sungguh untuk memastikan keselamatan sempadannya terjamin menentang ancaman Uthmaniyah dengan cara menjadi sekutu kuat kepada Hungary. Sementara itu, isterinya yang merupakan puteri kepada
Duke Milan
iaitu
Bona Sforza
secara adatnya menentang pemerintahan
Habsburg
. Beliau ingin mengahwinkan anaknya,
Isabella
dengan John I untuk membina pakatan Poland-Hungary. Kedua-dua pihak ini bersama dengan utusan dari
Empayar Rom Suci
dan golongan paderi tempatan memaksa John I untuk menandatangani
Perjanjian Nagyvarad
secara rahsia daripada pengetahuan Uthmaniyah pada Februari 1538. Berdasarkan perjanjian itu, Ferdinand mengiktiraf John I sebagai Raja Hungary selain John I menyerahkan kawasan barat Hungary kepada Ferdinand. Di samping itu, John I juga berjanji akan menjadikan Ferdinand sebagai pewaris takhtanya.
John yang telah berusia 50-an dijangka tidak akan berkahwin dan tidak mempunyai anak tetapi beliau telah berkahwin dengan Isabella Jagiellon pada Februari 1539. Perkahwinan mereka telah mengejutkan pihak Habsburg dan ia telah memaksa Ferdinand untuk memberitahu kepada Sultan Sulaiman mengenai perjanjian rahsia itu dengan harapan sultan Uthmaniyah itu akan melepaskan kepercayaannya terhadap John I. Tindakan Sultan Sulaiman tidak begitu jelas tetapi dilihat beliau memutuskan untuk menunggu dan melihat sendiri situasi baru yang bakal menyusul. Pada masa yang sama, penyokong Ferdinand iaitu
Stephen Majlath
mencetuskan pemberontakan di
Transylvania
pada musim bunga 1540. John mara menentang pemberontakan dan berjaya meraih kemenangan mudah. Pada bulan Julai tahun yang sama, isterinya telah melahirkan anak yang diberi nama
John Sigismund
. Keputeraan anaknya telah mengubah pandangan John I terhadap perjanjian rahsia sebelum ini dan anaknya itu telah didikte oleh uskup
George Martinuzzi
yang menandakan John Sigismund akan diumumkan sebagai pewaris takhta Hungary. John I kemudiannya meninggal dunia dua minggu kemudian.
Ramai bangsawan Hungary yang dipimpin oleh Martinuzzi tidak mempunyai keinginan untuk bernaung di bawah pemerintahan Habsburg. Pada bulan Ogos, mereka telah menolak pelawaan Ferdinand untuk menawarkan takhta kepada Martinuzzi. Kurang daripada sebulan kemudian, mereka mengisytiharkan John Sigismund sebagai raja dan Ratu Isabella sebagai
pemangku raja
. Surat-surat telah dihantar ke
Krakow
dan
Constantinople
untuk memperoleh sokongan daripada Poland dan Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, sokongan bagi pihak ratu tidak terlalu kukuh apabila ramai bangsawan Hungary mula berpaling tadah kepada Habsburg. Hal ini membolehkan Ferdinand memulakan kempennya untuk merebut takhta Hungary pada awal bulan Oktober. Beliau berjaya menguasai
Visegrad
,
Pecs
,
Szekesfehervar
dan kota-kota lain dengan mudah. Pada 21 Oktober 1540, jeneral Ferdinand iaitu
Leonhard von Fels
mengepung
ibu kota Hungary,
Buda
. Perincian peristiwa tersebut tidak berapa jelas tetapi sumber-sumber mendakwa
wabak
telah melanda kem tentera yang mengepung kota itu sambil pemimpin-pemimpin Habsburg dan Hungary sedang bertengkar. Pada masa yang sama, Martinuzzi berjaya menyebarkan khabar angin bahawa tentera Uthmaniyah akan sampai dekat Buda tidak lama lagi. Perkara ini membuatkan Habsburg mengundurkan tentera-tenteranya dari Buda.
Walau bagaimanapun, putera Habsburg itu tidak berputus asa dengan begitu saja. Antara bulan Februari dan Mac 1541, tentera Habsburg di Hungary telah ditambah sehingga mencecah hampir 40,000 tentera dan perintah telah diberikan kepada veteran
Pengepungan Vienna
,
Wilhelm von Roggendorf
. Sebagai tindak balas, Sultan Sulaiman lekas menghimpunkan tentera-tenteranya yang berjumlah dari 20,000 hingga 50,000 tentera yang mula berarak dari
Edirne
.
Wilhelm von Roggendorf
tiba di
Buda
yang dipertahankan oleh lebih kurang 3,000
orang Hungary
dan
Serbia
pada 3 Mei 1541. Ratu
Isabella
bersama pengikutnya telah dikerah mempertahankan benteng dan membina kubu pertahanan beberapa bulan sebelum ketibaan tentera Habsburg. Komander Habsburg itu tidak berminat sama ada untuk mengepung mahupun menyerbu kubu baru ini. Beliau juga cuba berunding dengan Isabella dengan memberikan jaminan keselamatan kepadanya dan anaknya yang masih lagi bayi dihantar pulang ke
Poland
sekiranya tuntutan Ferdinand ke atas takhta Hungary telah dipersetujui. Walaupun ratu itu bersedia untuk menerima rundingan tersebut, bangsawan Hungary telah menentang tindakan beliau sekeras-kerasnya lalu memenjarakannya. Tentera Habsburg memutuskan untuk menggunakan
artileri
bagi membedil pertahanan kota. Antara 4 hingga 6 Mei, meriam mereka berjaya merosakkan bahagian benteng namun pasukan pertahanan dapat membaiki semula bahagian kerosakan pada benteng tersebut pada setiap malam.
Von Roggendorf telah mengarahkan tentera-tenteranya untuk menggali parit bagi membolehkan artileri dapat dibawa hampir menuju ke benteng kota. Pada 1 Jun, parit kini telah digali dan meriam yang telah dibawa hampir berjaya meledakkan kubu kota yang telah menghasilkan dua penembusan. Pada keesokan harinya, unit Habsburg telah melancarkan serangan melalui benteng yang telah ditembusi oleh bedilan meriam Habsburg. Namun, pasukan pertahanan Hungary telah menangkis serangan tersebut dengan berkesan di kawasan tersebut. Pasukan Hungary bukan sahaja dapat menangkis serangan itu bahkan mereka merencanakan serangan balas dengan berjaya mengorbankan ramai tentera musuh sebelum mereka berundur ke dalam kota. Malangnya bagi pihak pasukan pertahanan, mereka telah kehilangan korban separuh daripada jumlah bilangan keseluruhan di samping bekalan-bekalan semakin berkurangan pada akhir bulan Jun. Kemudian, sampai satu kiriman oleh Sultan Sulaiman yang menyatakan tenteranya akan tiba di Buda dengan segera. Beberapa hari kemudian, seorang bangsawan Hungary yang bernama
Balint Torok
berjaya menyelinap masuk ke dalam kota sambil membawa bekalan-bekalan dan sedikit bala ketenteraan. Von Roggendorf merumuskan bahawa beliau perlu memastikan kota ini akan dilanda kebuluran.
Pada awal bulan Julai, sekumpulan penyokong ratu cuba membuka pintu gerbang kota untuk memberikan laluan masuk kepada tentera Habsburg tetapi pasukan pertahanan berjaya menghalang percubaan ini. Pada 10 Julai, kavalri
Uthmaniyah
mula mengganggu tentera Habsburg dari arah selatan. Peluang von Roggendorf untuk memecahkan kumpulan kavalri Uthmaniyah telah gagal apabila komander Uthmaniyah iaitu
Hosrov Pasha
memimpin pasukan kavalrinya yang pantas untuk menarik dan memusnahkan unit kecil musuh. Sepanjang bulan Julai, semakin bertambah jumlah tentera Uthmaniyah yang tiba di kawasan itu. Hal ini telah memaksa von Roggendorf untuk melemahkan bulatan pengepungan di sekeliling kota dan menempatkan ramai tentera di bahagian sayap di kawasan selatan sebagai titik penting yang diberi perhatian olehnya. Tindakan ini telah terbukti satu kesilapan apabila Sultan Sulaiman tiba pada 20 Ogos. Ekoran itu, tentera Habsburg ternyata terkejut semasa diserang oleh tentera Uthmaniyah dari arah timur. Serangan ini telah memusnahkan pasukan Habsburg di timur.
Pasukan sultan yang kini bergabung dengan pasukan pertahanan Buda mara ke selatan dan mereka telah menggunakan pasukan barisan hadapan untuk membuka jalan memecahkan pasukan masing-masing menentang musuh. Perincian seterusnya yang berlaku tidak jelas tetapi kavalri Uthmaniyah terus mengejar tentera Habsburg. Secara keseluruhannya, 20,000 tentera Habsburg telah terkorban bersama dengan komandernya sendiri yang terkorban akibat kecederaan parah dialaminya.
Buat selama beberapa hari, Sultan
Sulaiman
meraikan kejayaan ini bersama dengan sekutu Hungary. Walau bagaimanapun, sambutan kejayaan ini ternyata merupakan satu helah. Golongan bangsawan Hungary bersama ratu menghabiskan beberapa hari di kem-kem Uthmaniyah yang turut disertai oleh pasukan pertahanan kota. Sementara itu, tentera Uthmaniyah memasuki kota
Buda
dan membiarkan penduduknya meraikan sama kegembiraan. Perkara ini merupakan satu muslihat untuk menguasai kota Buda secara aman dan ia telah berhasil seperti yang diinginkan oleh sultan.
Pada 29 Ogos, sultan mengisytiharkan bahawa beliau mengiktiraf anak Ratu
Isabella
iaitu
John II
sebagai
Raja Hungary
tetapi wilayah yang berada di bawah kekuasaan John II dihadkan ke
Transylvania
dan kawasan di timur
Sungai Tisza
. Buda dan semua wilayah di timur Hungary dan selatan Transylvania akan dipindahkan ke dalam
pashalik
Uthmaniyah yang ditadbir oleh
Beylerbeyli Rumelia
. Dengan itu, Sultan Sulaiman berangkat pulang ke ibu kotanya.
- Garnier, Edith.
L'Alliance Impie.
Editions du Felin, Paris 2008.
ISBN
978-2-86645-678-8
Interview
- Pach, Zsigmond.
History of Hungary, 1526?1686.
Editor: R. Varkonyi, Agnes. Academy Publisher, Budapest, 1985.
ISBN
963-05-0929-6
- 1541-1542-ig tarto korszak esemenyei Magyarorszagon
- Liptai Ervin.
Military History of Hungary, 1.
Zrinyi Military Publisher, Budapest, 1984.
ISBN
963-326-320-4
|
---|
ke-14
| |
---|
ke-15
| |
---|
ke-16
| |
---|
ke-17
| |
---|
ke-18 & ke-19
| |
---|
Kekalahan Uthmaniyyah dalam huruf
italik
.
|