한국   대만   중국   일본 
Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia
PK-AXC, pesawat yang hilang, pada 2011
insiden
Tarikh 28 Disember 2014  ( 2014-12-28 )
Ringkasan Hilang
Tapak kejadian Selat Karimata , ke arah timur Pulau Belitung dan arah barat wilayah Kalimantan [1]
3°22′15″S 109°41′28″E  /  3.3708°S 109.6911°E  / -3.3708; 109.6911 Koordinat : 3°22′15″S 109°41′28″E  /  3.3708°S 109.6911°E  / -3.3708; 109.6911 [2]
Pesawat
Jenis pesawat Airbus A320-216
Pengendali Indonesia AirAsia
Kod pendaftaran PK-AXC
Asal penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda , Surabaya, Indonesia
Destinasi Lapangan Terbang Changi Singapura
Penumpang 155
Anak kapal 7
Kematian 7 (ditentu) [3]
162 (semua; dianggap)

Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia ( QZ8501 / AWQ8501 ) ialah penerbangan Airbus A320-216 Indonesia AirAsia yang hilang dalam perjalanan ke Singapura dari Surabaya , Indonesia pada 28 Disember 2014 [4] dengan 155 penumpang dan 7 krew di dalamnya. [5] Indonesia AirAsia ialah sebuah anggota gabungan syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia .

Kehilangan [ sunting | sunting sumber ]

Laluan penerbangan (atas) ditindih di atas imej satelit inframerah garis-wap-air warna-palsu pada 07:32 WIB (bawah). Biru melambangkan suhu lebih panas, manakala merah dan hitam melambangkan bahagian atas awan-awan altitud tinggi

Penerbangan ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda , Surabaya, pada 05:35 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB, UTC+7), dan telah dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 08:30 Waktu Piawai Singapura (SST, UTC+8). [6] Kapal terbang ini berada di bawah kawalan trafik udara Indonesia ketika ia meminta kebenaran untuk memesong dari laluan penerbangan asal disebabkan keadaan cuaca yang tidak baik. [7] Juruterbang meminta untuk terbang lebih tinggi pada altitud 38,000 kaki (11,600 m) untuk mengelak awan tebal, [8] namun ketinggian akhir yang dinyatakan oleh transponder dan dikumpul oleh Flightradar24 ialah 32,000 kaki (9,750 m). [6] Kapal terbang ini terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada 06:17 WIB [a] ketika melalui di atas Laut Jawa di antara Kalimantan (Borneo) dan Jawa , sedang ia masih berada di bawah kawalan trafik udara Indonesia pada altitud dan kelajuan penerbangan normal. [11] Analisis meteorologi menunjukkan bahawa pesawat tersebut sedang merentasi awan ribut beberapa minit sebelum kehilangannya. [12]

Tiada isyarat kecemasan dihantar daripada pesawat yang hilang tersebut, menurut Jabatan Pengangkutan Indonesia. [13] [14]

Garis masa kehilangan pesawat [ sunting | sunting sumber ]

Masa berlalu ( JJ:MM ) Masa Kejadian
UTC WIB
UTC+7
SST
UTC+8
00:00 27 Disember 28 Disember Pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda [6]
22:35 05:35 06:35
00:42 23:17 06:17 07:17 Hilang daripada radar kawalan trafik udara Indonesia [10]
00:49 23:24 06:24 07:24 Hubungan radio dengan kawalan trafik udara terputus [10]
01:55 28 Disember 07:30 08:30 Pesawat terlepas pendaratan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Changi Singapura (WSSS) [6]
00:30

Pesawat [ sunting | sunting sumber ]

Pesawat ini ialah pesawat Airbus A320-216 [b] dengan nombor siri 3648, dan didaftarkan sebagai PK-AXC. Ia pertama kali terbang pada 25 September 2008, dan dihantar sebagai pesawat baru ke AirAsia pada 15 Oktober 2008. Pesawat ini telah mengumpul kira-kira 23,000 jam penerbangan dalam kira-kira 13,600 penerbangan. Ia telah melalui penyelenggaran terjadualnya yang terkini pada 16 November 2014. [9] Pesawat ini digerakkan oleh dua enjin CFM International CFM56-5B6 dan diatur untuk menampung 180 penumpang. [15]

Penumpang dan anak kapal [ sunting | sunting sumber ]

Penumpang atas pesawat mengikut kerakyatan [16]
Negara Bil.
  Indonesia [c] 155
  Korea Selatan 3
  Perancis [d] 1
  Malaysia 1
  Singapura 1
  United Kingdom 1
Jumlah 162

AirAsia telah mengeluarkan senarai kerakyatan 162 penumpang dan anak kapal yang termasuk 144 orang dewasa, 17 kanak-kanak dan seorang bayi. Anak kapal di kabin terdiri daripada empat pramugari. Tambahan lagi, AirAsia mempunyai seorang jurutera penerbangan sebagai sebahagian daripada anak kapal. [17]

Juruterbang yang mengendali penerbangan ini adalah: [18]

  • Kapten Iriyanto, yang mempunyai 20,537 jam penerbangan, 6,100 daripadanya adalah bersama Indonesia AirAsia di dalam Airbus A320.
  • Pegawai pertama Remi Emmanuel Plesel, yang memiliki 2,275 jam penerbangan bersama Indonesia AirAsia. [19]

Nota [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Menurut kenyataan AirAsia, masa putus hubungan sepatutnya 07:24 WIB. [9] Namun, laporan-laporan bercanggah daripada pihak berkuasa penerbangan Indonesia menyatakan ia berlaku lebih awal pada 06:17 WIB. [10]
  2. ^ Pesawat ini ialah pesawat model Airbus A320-200; angka 16 menyatakan ia dilengkapi dengan enjin CFM International CFM56-5B6.
  3. ^ 149 penumpang dan 6 anak kapal, termasuk Kapten Iriyanto
  4. ^ 1 anak kapal, juruterbang kedua Remi Emmanuel Plesel

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "detikNews: TNI AL: KRI Bung Tomo Evakuasi Jenazah Penumpang AirAsia dan Dibawa ke Pangkalan Bun" . detikNews . Dicapai pada 30 Disember 2014 .
  2. ^ Simon Hradecky (30 Disember 2014). "Crash: Indonesia Asia A320 over Java Sea on Dec 28th 2014, aircraft went missing believed to have impacted waters" . The Aviation Herald . Dicapai pada 30 Disember 2014 .
  3. ^ Michael Bachelard (30 Disember 2014). "AirAsia flight QZ8501 crash: debris does belong to missing plane, missing plane found and 'emergency slide and plane door' spotted" . StuffNZ .
  4. ^ "AirAsia flight QZ8501 loses contact with air traffic control" . Reuters . 28 Disember 2014 . Dicapai pada 28 Disember 2014 .
  5. ^ Schabner, Dean; McGuire, Bill; Candea, Ben (28 Disember 2014). "Search and Rescue Operation Resume for Missing AirAsia Jet" . ABC News . Dicapai pada 28 Disember 2014 .
  6. ^ a b c d "QZ8501 / Indonesia AirAsia" . FlightRadar24 . Dicapai pada 28 December 2014 . Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Flightradar24" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ "AirAsia jet carrying 162 missing on way to Singapore - CNN.com" . CNN . Dicapai pada 28 Disember 2014 .
  8. ^ "Indonesia AirAsia flight QZ8501 to Singapore missing" . BBC News . Dicapai pada 28 Disember 2014 .
  9. ^ a b "[Updated statement] QZ8501" . AirAsia Facebook page . 28 Disember 2014 . Dicapai pada 28 Disember 2014 . Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "facebook" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  10. ^ a b c "AirAsia jet with 162 on board goes missing on way to Singapore" . CNN International Edition . 28 Disember 2014 . Dicapai pada 28 Disember 2014 .
  11. ^ "AirAsia (Indonesia) Flight QZ8501 Incident" . Transport Malaysia . Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-28 . Dicapai pada 28 Disember 2014 .
  12. ^ "AirAsia Flight 8501:Preliminary meteorological analysis - Weather Graphics" . Weather Graphics . Dicapai pada 28 Disember 2014 .
  13. ^ Nusatya, Chris; Fabi, Randy (28 Disember 2014). "AirAsia flight carrying 162 people goes missing in Southeast Asia - officials" . Reuters . Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-28 . Dicapai pada 28 Disember 2014 .
  14. ^ "Live: AirAsia flight from Indonesia to Singapore loses contact with air traffic control" . ABC News (Australia) . Australian Broadcasting Corporation. 28 Disember 2014 . Dicapai pada 28 Disember 2014 .
  15. ^ "Seat options" . Indonesia AirAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-09 . Dicapai pada 28 Disember 2014 .
  16. ^ "[Updated statement] QZ8501 (as at 6:54pm, GMT+8)" . AirAsia Facebook . 28 December 2014 . Dicapai pada 28 December 2014 .
  17. ^ AirAsia. "Indonesia AirAsia Flight QZ8501" . Dicapai pada 28 Disember 2014 .
  18. ^ "LIVE BLOG: AirAsia QZ8501 from Indonesia to Singapore missing" . Channel NewsAsia. 28 Disember 2014 . Dicapai pada 28 Disember 2014 .
  19. ^ AirAsia. "Indonesia AirAsia Flight QZ8501" . Dicapai pada 28 Disember 2014 .

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{ tunas }} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.