Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penapaian ialah proses mengekstrak tenaga daripada redoks pengoksidaan sebatian organik, seperti karbohidrat menggunakan
penerima elektron
endogenus
, yang juga selalunya sebatian organik. Sebaliknya pula,
respirasi
pula berlalu dengan elektron didermakan kepada penerima elektron eksogenus seperti oksigen melalui pengangkutan elektron berantai. Penapaian amat penting dalam keadaan
anaerobik
apabila tiada
pemfosforilan oksidatif
untuk mengawal penghasilan ATP (
adenosina trifosfat
) oleh
glikolisis
. Semasa penapaian,
piruvat
bermetobilasi kepada beberapa sebatian. Penapaian homolaktik ialah penghasilan
asid laktik
daripada piruvat; penapaian alkohol ialah penukaran piruvat kepada
etanol
dan
karbon dioksida
; dan penapaian heterolaktik ialah penghasilan asid laktik dan juga asid lain serta alkohol.
Penapaian tidak semestinya perlu dijalankan dalam keadaan anaerobik. Contohnya, walaupun dalam kehadiran oksigen yang banyak, sel
yis
lebih menyukai penapaian berbanding pemfosforilan oksidatif, selagi adanya
gula
untuk kegunaan (satu fenomena yang dikenali sebagai
kesan Crabtree
). Aktiviti antibiotik daripada
bunga
Humulus lupulus
juga merencat metabolisma aerobik dalam yis.
Gula menjadi
substrat (biokimia)
umum untuk proses penapaian, dan contoh tipikal hasil produk penapaian ialah seperti
etanol
,
asid laktik
,
laktosa
, dan
hidrogen
. Namun, sebatian eksotik juga boleh terhasil daripada proses penapaian seperti
asid butirik
dan
aseton
. Yis menjalanakan proses penapaian menghasilkan etanol dalam Bir,
wain
, dan minuman keras yang lain, berserta dengan penghasilan kuantiti karbon dioksida yang banyak. Penapaian berlaku di dalam sel mamalia apabila berlakunya senaman intensif dengan bekalan oksigen terhad, mengakibatkan penghasilan asid laktik.
Probiyotik