Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemvaksinan
atau
vaksinasi
ialah pemasukan bahan
antigen
(iaitu
vaksin
) untuk merangsang sistem keimunan individu untuk mengembangkan
keimunan
adaptif
terhadap sesuatu
patogen
. Vaksin boleh mencegah atau memperbaiki
kesan buruk
jangkitan
. Keberkesanan pemvaksinan telah dikaji dan disahkan secara meluas; contohnya,
vaksin influenza
,
[1]
vaksin HPV
,
[2]
dan
vaksin cacar air
.
[3]
Pemvaksinan adalah kaedah yang paling berkesan dalam mencegah penyakit berjangkit;
[4]
keimunan menyeluruh daripada pemvaksinan merupakan faktor utama bagi terhapusnya
cacar
di seluruh dunia, serta sekatan terhadap penyakit-penyakit seperti
polio
,
demam campak
, dan
tetanus
di kebanyakan negara.
Agen aktif sesuatu vaksin mungkin merupakan bentuk
patogen
penyebab penyakit yang dalam keadaan baik tetapi dilumpuhkan (tidak berjangkit) atau dilemahkan (kurang daya berjangkit), atau komponen-komponen patogen yang ditulenkan dan didapati tinggi imunogen (contoh,
protein
lapisan luaran
virus
).
Toksoid
dihasilkan untuk pengimunan terhadap penyakit berasaskan
toksin
, misalnya pengubahsuaian toksin
tetanospasmin
pada
tetanus
untuk membuang kesan toksiknya sambil memelihara kesan
imunogennya
.
[5]
Cacar merupakan penyakit pertama yang cuba dicegah oleh manusia dengan sengaja menginokulasi dirinya dengan jangkitan lain
[6]
[7]
, malah ia merupakan penyakit pertama yang mendapat vaksin sendiri.
Vaksin cacar
dicipta pada tahun 1796 oleh pakar perubatan British bernama
Edward Jenner
. Sungguhpun hanya sekurang-kurangnya enam orang pelopor lain yang telah menggunakan prinsip yang sama sebelum beliau,
[8]
namun Jenner merupakan tokoh pertama yang berjaya menerbitkan bukti keberkesanan vaksin tersebut serta panduan penggunaannya.
Louis Pasteur
memajukan konsep vaksin menerusi usaha perintisan beliau dalam bidang mikrobiologi. Pengimunan itu bergelar
pemvaksinan
bersempena sejenis
virus
yang menyerang lembu iaitu
Variolae vaccinae
(
Vaccinae
berakar daripada
vacca
yamg bermaksud
lembu
dalam
bahasa Latin
).
[6]
[8]
Cacar merupakan penyakit berjangkit pembunuh yang menyebabkan kematian 20?60% orang dewasa terjangkit dan lebih 80% kanak-kanak terjangkit
[9]
, bahkan ia telah menyebabkan kematian sebanyak kira-kira 300?500 juta orang pada abad ke-20 sahaja sehingga tahun 1979 apabila penyakit tersebut telah dihapuskan langsung dengan rasminya.
[10]
[11]
[12]
Secara amnya, proses pencetusan imuniti secara buatan dilakukan melalui 'perangsangsediaan' sistem imun dengan sejenis 'imunogen' sebagai suatu ikhtiar perlindungan daripada penyakit yang berjangkit. Perangsangan tindak balas imun dengan agen jangkitan ini dikenali sebagai
pelalian
. Vaksinasi itu sendiri merangkumi pelbagai kaedah pemberian imunogen kepada pesakit.
[13]
Ada vaksin yang diberikan setelah pesakit menghidap suatu penyakit itu sendiri. Vaksin yang diberikan selepas berlakunya jangkitan cacar mengakibatkan penyakit tersebut teratenuat dalam masa tiga hari, manakala pemvaksinan selepas seminggu jangkitan penyakit itu berkemungkinan memberi perlindungan ataupun mengurangkan kesan-kesan daripada penyakit tersebut.
[14]
Pemvaksinan
penyakit anjing gila
yang pertama dilakukan oleh saintis Perancis iaitu
Louis Pasteur
kepada seorang kanak-kanak yang terkena gigitan anjing yang menghidap penyakit tersebut. Penemuan-penemuan yang menyusul mendapati empat dos vaksin penyakit ini yang disampingi rawatan luka dalam individu yang punya sistem imun yang tidak terjejas mencegah penyebaran penyakit tersebut secara efektif.
[15]
Kebanyakan vaksin diberikan dalam bentuk suntikan hipodermik kerana vaksin-vaksin ini tidak dapat diserapkan sepenuhnya melalui usus-usus manusia. Vaksin-vaksin polio hidup yang teratenuat, sesetengah jenis tifus serta kolera diambil secara oral atau mulut untuk menghasilkan imuniti dalam perut. Meskipun pemvaksinan memberikan suatu kesan yang berpanjangan, ia perlukan tempoh yang panjang (beberapa minggu misalnya) agar keberkesanannya dapat dilihat.
Imuniti pasif
melalui pemindahan antibodi pula mempunyai kesan yang ketara.
[16]
- ^
Fiore AE, Bridges CB, Cox NJ (2009). "Seasonal influenza vaccines".
Curr. Top. Microbiol. Immunol
. Current Topics in Microbiology and Immunology.
333
: 43?82.
doi
:
10.1007/978-3-540-92165-3_3
.
ISBN
978-3-540-92164-6
.
PMID
19768400
.
CS1 maint: multiple names: authors list (
link
)
- ^
Chang Y, Brewer NT, Rinas AC, Schmitt K, Smith JS (2009). "Evaluating the impact of human papillomavirus vaccines".
Vaccine
.
27
(32): 4355?62.
doi
:
10.1016/j.vaccine.2009.03.008
.
PMID
19515467
.
CS1 maint: multiple names: authors list (
link
)
- ^
Liesegang TJ (2009). "Varicella zoster virus vaccines: effective, but concerns linger".
Can. J. Ophthalmol
.
44
(4): 379?84.
doi
:
10.3129/i09-126
.
PMID
19606157
.
- ^
- ^
http://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/downloads/tetanus.pdf
- ^
a
b
Lombard M, Pastoret PP, Moulin AM (2007). "A brief history of vaccines and vaccination".
Rev. - Off. Int. Epizoot
.
26
(1): 29?48.
PMID
17633292
.
CS1 maint: multiple names: authors list (
link
)
- ^
Behbehani AM (1983).
"The smallpox story: life and death of an old disease"
.
Microbiol. Rev
.
47
(4): 455?509.
PMC
281588
.
PMID
6319980
.
- ^
a
b
Plett PC (2006).
"[Peter Plett and other discoverers of cowpox vaccination before Edward Jenner]"
.
Sudhoffs Arch
(dalam bahasa Jerman).
90
(2): 219?32.
PMID
17338405
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-02-15
. Dicapai pada
12 Mac
2008
.
- ^
Riedel S (2005).
"Edward Jenner and the history of smallpox and vaccination"
.
Proc (Bayl Univ Med Cent)
.
18
(1): 21?5.
PMC
1200696
.
PMID
16200144
.
- ^
Koplow, David A. (2003).
Smallpox: the fight to eradicate a global scourge
. Berkeley: University of California Press.
ISBN
0-520-24220-3
.
- ^
"UC Davis Magazine, Summer 2006: Epidemics on the Horizon"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-12-11
. Dicapai pada
3 Januari
2008
.
- ^
How Poxviruses Such As Smallpox Evade The Immune System
, ScienceDaily, 1 Februari 2008
- ^
Kwong, Peter D. (3 Febuari 2017). "What Are the Most Powerful Immunogen Design Vaccine Strategies? A Structural Biologist's Perspective".
Cold Spring Harbor Perspectives in Biology
: a029470.
doi
:
10.1101/cshperspect.a029470
.
ISSN
1943-0264
.
PMID
28159876
.
- ^
"Vaccine Overview"
(PDF)
.
Smallpox Fact Sheet
. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 2008-01-02
. Dicapai pada
2 Januari
2008
.
- ^
Rupprecht CE, Briggs D, Brown CM, dll. (Mac 2010). "Use of a reduced (4-dose) vaccine schedule for postexposure prophylaxis to prevent human rabies: recommendations of the advisory committee on immunization practices".
MMWR Recomm Rep
(dalam bahasa Inggeris).
59
(RR?2): 1?9.
PMID
20300058
.
- ^
"Immunity Types"
. Centers for Disease Control and Prevention (Pusat-Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat)
. Dicapai pada
20 Oktober
2015
.