Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemindahan Dunkirk
(atau pengosongan Dunkirk) , yang bernama kod
Operasi Dynamo
dan juga dikenali sebagai
mukjizat Dunkirk
, merupakan pengosongan
Tentera Bersekutu
dari pesisiran pantai dan pelabuhan
Dunkerque
,
Perancis
antara 26 Mei dan 4 Jun 1940, semasa
Perang Dunia Kedua
. Operasi tersebut diputuskan apabila bilangan besar tentera British, Perancis, Belgium dan Kanada dipisahkan dan dikepung oleh
Tentera Jerman
semasa
Pertempuran Perancis
. Dalam sebuah ucapan di
Dewan Rakyat British
, Perdana Menteri British memanggil kejadian di Perancis sebagai "malapetaka ketenteraan yang besar", berkata bahawa seluruh akar, teras dan otak
Tentera British
telah terkandas di Dunkirk dan kelihatan hampir dimusnahkan atau tertangkap.