Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Posisi pemadang dekat.
Pemadang dekat
(
bahasa Inggeris
:
shortstop
) atau dipendekkan kepada
SS
, ialah posisi pemain dalam sukan
besbol
dan
sofbol
yang terletak di antara
tapak kedua
(
second base
) dan
tapak ketiga
(
third base
). Posisi ini dianggap sebagai antara posisi pertahanan yang paling diperlukan. Tradisinya, posisi ini diserahkan kepada pakar dalam pertahanan tetapi tidak hebat dalam pukulan serta diletakkan dalam kedudukan terendah dalam
susunan pukulan
(
batting order
). Pada hari ini, ramai pemadang dekat mempunyai kemampuan memukul bola dengan baik dan mereka banyak disusun di kedudukan teratas dalam susunan pukulan.
Kebanyakan bola yang dipukul akan pergi menuju ke arah posisi pemadang dekat berbanding mana-mana posisi lain. Hal ini didorong oleh faktor ramai pemukul bertangan kanan dalam besbol berbanding pemain kidal. Pemadang dekat juga seperti
penjaga tapak kedua
(
second baseman
) yang memerlukan ketangkasan. Misalnya dalam permainan
double play
. Pemain ini juga seolah-olah pemain
penjaga tapak ketiga
(
third baseman
) yang memerlukan kekuatan lengan untuk menyambut bola yang menuju ke arah bahagian dalam kiri daiman bagi menyingkirkan pemukul dari pasukan lawan dengan membaling bola ke arah
penjaga tapak pertama
(
first baseman
) sebelum pemukul itu berlari untuk mendapatkan dan memijak tapak pertama (
first base
).
Bekas pemadang dekat
Yankees
,
Derek Jeter
bersiap sedia di posisinya.