Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peluh
,
keringat
atau
perspirasi
(
Ubt.
[1]
) adalah cecair yang terhasil daripada rembesan
kelenjar peluh
pada
kulit
mamalia
.
[2]
Terdapat dua jenis kelenjar peluh ini yang terdapat pada manusia iaitu
kelenjar ekrin
dan
apokrin
,
[3]
di mana jenis kelenjar yang pertama ini dijumpai di hampir seluruh bahagian badan manusia.
Tujuan utama badan
manusia
berpeluh adalah untuk
mengawal suhu
melalui perembesan keluar air daripada kelenjar ekrin. Seorang dewasa boleh menghasilkan peluh sebanyak 2?4 liter sejam atau 10?14 liter sejam (10?15 g/min·m²), kanak-kanak sebelum mencapai akil baligh pula jauh kurang penghasilan peluhnya.
[4]
[5]
[6]
Penyejatan
peluh daripada permukaan kulit memberi kesan penyejukan disebabkan
penyejukan sejat
. Oleh itu, lebih banyak peluh akan dihasilkan dalam persekitaran yang ber
suhu
panas atau otot-otot seseorang menghasilkan haba akibat penggunaan tenaga. Haiwan yang mempunyai kelenjar peluh yang sedikit, misalnya
anjing
, berfungsi dengan cara yang sama dengan mencungap di mana air yang terkandung dalam rongga mulut dan
farinksnya
yang lembap akan tersejat.
Peluh terdiri banyak daripada
air
. Kandungan berjumlah surih
zat galian
,
asid laktik
and
urea
didapti dalam larutan peluh ini dalam ketumpatan yang berbeda-beda iaitu
natrium
(
0.9 gram/liter
),
kalium
(
0.2 g/l
),
kalsium
(
0.015 g/l
) dan
magnesium
(
0.0013 g/l
).
[7]
- Membuang
racun
daripada dalam tubuh.
[8]
- Membantu menyejukkan tubuh saat kepanasan.
- Membakar kalori.
[8]
- Mengurangkan
stres
.
[8]
- Melancarkan peredaran
darah
.
[8]
- Mencantikkan kulit.
[8]
- ^
"perspirasi"
.
Kamus Dewan
(ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^
Mosher HH (1933).
"Simultaneous Study of Constituents of Urine and Perspiration"
(PDF)
.
The Journal of Biological Chemistry
.
99
(3): 781?790.
- ^
Hanukoglu I, Boggula VR, Vaknine H, Sharma S, Kleyman T, Hanukoglu A (January 2017). "Expression of epithelial sodium channel (ENaC) and CFTR in the human epidermis and epidermal appendages".
Histochemistry and Cell Biology
.
147
(6): 733?748.
doi
:
10.1007/s00418-016-1535-3
.
PMID
28130590
.
- ^
Jessen, C. (2000).
Temperature Regulation in Humans and Other Mammals
. Berlin: Springer.
ISBN
3-540-41234-4
.
- ^
Mack, G. W.; Nadel, E. R. (1996). "Body fluid balance during heat stress in humans". Dalam Fregly, M. J.; Blatteis, C. M. (penyunting).
Handbook of Physiology. Section 4: Environmental Physiology
. New York: Oxford University Press. m/s. 187?214.
ISBN
0-19-507492-0
.
- ^
Sawka, M. L.; Wenger, C. B.; Pandolf, K. B. (1996). "Thermoregulatory responses to acute exercise-heat stress and heat acclimation". Dalam Fregly, M. J.; Blatteis, C. M. (penyunting).
Handbook of Physiology. Section 4: Environmental Physiology
. New York: Oxford University Press.
ISBN
0-19-507492-0
.
- ^
Montain, S. J.; Cheuvront, S. N.; Lukaski, H. C. (2007). "Sweat mineral-element responses during 7 h of exercise-heat stress".
International journal of sport nutrition and exercise metabolism
.
17
(6): 574?582.
PMID
18156662
.
- ^
a
b
c
d
e
Manfaat keringat Bagi Kesehatan