Rencana ini mengenai fenomena cahaya yang berlaku selalunya semasa hujan. Untuk saluran Astro, sila lihat
Astro Pelangi
.
Pelangi
(
Jawi
:
?????
) merupakan fenomena
optik
dan
meteorologi
yang terhasil berikutan
pemantulan
,
pembiasan
dan
penyerakan
spektrum
cahaya
yang terkena titisan
air
; ia lazim boleh diperhatikan (hampir) selanjar di
langit
apabila
matahari
bersinar semasa
hujan
turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan
warna
merah
di lengkung paling luar dan
ungu
di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah
merah
,
jingga
,
kuning
,
hijau
,
biru
,
nila
dan
ungu
.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara, maka pelangi selalu dapat dilihat selepas
hujan
. Ia berbentuk melengkung bulat mengikuti bentuk bulat/sfera titisan air di udara, namun separuh bahagian bawah pelangi ini biasanya terhalang daripada diperhatikan kerana "terlindung" oleh ufuk bumi.
[1]
Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.
"Pelangi" berasal dari perkataan
pelang
bermaksud "jalur" atau "berbelang"
[2]
:14
[3]
[4]
yang turut disebut
belang
;
[3]
[4]
kedua-dua perkataan
pelang
dan
belang
diturunkan dari akar Melayu-Polinesia Barat
*-laŋ
.
[5]
Terdapat banyak istilah lain digunakan dalam menggambarkan fenomena ini termasuk:
- benang raja
(Jawi:
??? ???
)
[6]
- bianglala
(Jawi:
????????
)
[7]
- ular danu
(Jawi:
???? ????
), dipakai di Kedah, Pulau Pinang, Riau dan Johor.
[8]
[2]
[9]
- ganu
(Jawi:
????
) di
Menara
[10]
Cahaya matahari yang mengena titisan air
hujan
akan terpantul sebahagiannya dan terserap sebahagian lain; cahaya ini dibiaskan pada permukaan titisan seakan
prisma
dan terpantul dalam sebelum terpancar keluar, sebahagian pancaran ini terbias lagi di permukaan sebelum dipantulkan keluar dari titisan. Sudut yang dipantulkan cahaya terbias ini diperhatikan antara 0° hingga 42° yang paling kuat.
[11]
Pelangi dilihat melengkung kerana sudut pemerhatian cahaya yang dibiaskan dari
ufuk
tempat berdiri: pelangi yang dipancar dalam suatu turutan
kon
di hujungnya suatu bulatan pada sudut 40?42° di mana separuh pelangi ini diserap di ufuk pada kaki pemerhati; bulatan pelangi boleh diperhatikan jika berada di ketinggian tertentu jauh dari permukaan bumi, misalnya jika dilihat semasa duduk di atas kapal terbang.
[12]
[13]
Jarak atau besar kecilnya bergantung kepada
indeks biasan
air yang menyerak cahaya disinari;
air
laut
mempunyai indeks biasan lebih tinggi menyebabkan pelangi yang terhasil lebih kecil.
[14]
Adakalanya, akan ada suatu pelangi tambahan yang dapat dilihat disebutkan iaitu "pelangi sekelamin" (atau "pelangi sekunder") adakala akan terbentuk dengan urutan warna yang terbalik serta agak lebih redup sekitar 10° di luar pelangi utama.
[15]
Ada cerita yang dikisahkan dalam
kepawangan
orang Melayu
bahawa pelangi kononnya merupakan pedang milik seekor Ular Sakatimuna yang membelit Bumi lalu
Malaikat Jibrail
diperintahkan
Allah
untuk melawan ular tersebut, ular ini akhirnya ditumpaskan dan "
pedang-nya itu menjadi plangi...
".
[2]
:3, 582
Masyarakat
Perak
di
Semenanjung Melayu
percaya bahawa pelangi merupakan laluan membawa semangat roh orang yang sudah meninggal dunia ke Bumi untuk meminum air (
pelangi minum
).
[2]
:14-15
Terdapat
pantang larang
yang wujud dalam masyarakat Melayu kononnya bahawa anak-anak yang menunjuk ke arah pelangi akan terpotong atau "kudung" jari menunjuk ini.
[16]
Namun, pelangi boleh dilihat sebagai petanda keberadaan tertentu: masyarakat Melayu
pulau Bintan
percaya pelangi memandakan kayanya rezeki di laut mahupun turunnya
bidadari
kayangan untuk mandi di mata air,
[17]
masyarakat Perak pula percaya bahawa penampakan suatu kilasan pelangi di sebelah barat ufuk (
tunggul-tunggul membangun
atau ringkasnya
tunggul
) di sebelah barat ufuk menandakan kematian seorang raja.
[2]
:15
Pelangi dikatakan dalam
mitologi Hindu
merupakan
busur
dewa
Indera
yang dipersenjatakan untuk menembak
panahan
petir
;
[18]
ia turut tercermin pada nama fenomena ini dalam bahasa-bahasa tertentu termasuk
bahasa Sanskrit
(
???????????
Indradhanus
)
[19]
dan
bahasa Malayalam
(
???????????
indradhanus?
).
Kitab Kejadian
dipegang
orang Kristian
menceritakan bahawa
nabi Nuh
melihat
dari bahteranya
suatu pelangi yang muncul di langit sebagai petanda dari Tuhan menandakan berakhirnya banjir besar yang diturunkan menimpa kawasannya.
[20]
-
Pelangi
-
Pelangi
-
Pelangi penuh boleh dilihat dari kapal terbang
-
Pelangi penuh yang dilihat dari daratan.
-
Pelangi penuh yang dilihat dari daratan.
-
Pelangi penuh yang dilihat dari daratan.
- ^
Masters, Jeff (14 April 2005).
"The 360-degree Rainbow"
.
Weather Underground
. The Weather Company. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 29 Jan 2015.
- ^
a
b
c
d
e
f
Skeat, Walter William (1900).
"Chapter 1: Nature"
.
Malay Magic
. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 1?15, 582.
- ^
a
b
Bandingkan "
belang
" & "
pelang
" di
Wilkinson, Richard James (1901).
A Malay-English dictionary
. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 110, 466?467.
Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam
domain awam
.
- ^
a
b
Kamus Dewan
(ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^
Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010).
"*-laŋ₂ striped"
.
Austronesian Comparative Dictionary
. Dicapai pada
26 Julai
2021
.
- ^
"benang raja"
.
Kamus Dewan
(ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^
"bianglala"
.
Kamus Dewan
(ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^
"ular danu"
.
Kamus Dewan
(ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^
Wilkinson, Richard James (1901).
"ular"
.
A Malay-English dictionary
. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 59.
Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam
domain awam
.
- ^
Lihat pada lajur dialek berkenaan terlampir dalam
Phaiboon Duangchan (2006). "Glossary of Aslian languages, the northern Aslian languages of Southern Thailand".
Mon-Khmer Studies
. Mahidol University.
36
: 220.
- ^
"About Rainbows"
. Eo.ucar.edu.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 18 Ogos 2013
. Dicapai pada
18 Ogos
2013
.
- ^
"Why are rainbows curved as semicircles?"
.
Ask the van
. The Board of Trustees at the University of Illinois. 7 November 2014.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2 Oktober 2015
. Dicapai pada
13 April
2015
.
- ^
"How to see a whole circle rainbow ? EarthSky.org"
.
earthsky.org
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 4 Oktober 2013.
- ^
Cowley, Les.
"Sea Water Rainbow"
.
Atmospheric Optics
. Dicapai pada
7 Jun
2007
.
- ^
"What is a double rainbow?"
. Meteorological Office United Kingdom. 2021.
- ^
Ani Haji Omar (Januari 2014).
"Pantang Larang dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis dari Perspektif Teori SPB4K"
.
Melayu
. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
7
(1): 76-97.
ISSN
2682-8049
.
- ^
Tessa Dwi Leoni; Wahyu Indrayatti (Disember 2018).
"Folklor Kepercayaan Rakyat Masyarakat Melayu di Kabupaten Bintan"
.
Kiprah
. Universitas Maritim Raja Ali Haji.
1
(2): 8-16.
ISSN
2580-6947
.
- ^
"Rainbows in Mythology"
, National Geographic.
- ^
Alain Danielou (1991).
The Myths and Gods of India: The Classic Work on Hindu Polytheism from the Princeton Bollingen Series
. Inner Traditions. m/s. 110?111.
ISBN
978-0-89281-354-4
.
- ^
Lee Jr., Raymond L. and Fraser, Alistair B.,
The Rainbow Bridge: Rainbows in Art, Myth, and Science
, Preface, p. viii, Penn State Press, 2001,
ISBN
9780271019772