Pegawai Kadet Kanan
atau
midshipman
adalah
pangkat
pegawai paling rendah, dalam
Royal Navy
,
Tentera Laut Amerika Syarikat
,
Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) dan kebanyakan tentera laut
Komanwel
yang lain. Negara komanwel yang menggunakan pangkat ini termasuklah
Kanada
(Kadet Laut),
Australia
,
Bangladesh
,
Namibia
,
New Zealand
,
Afrika Selatan
,
India
,
Pakistan
,
Singapura
,
Sri Lanka
, dan
Kenya
. Didalam TLDM pangkat Pegawai Kadet Kanan setaraf dengan
Pegawai Rendah Kanan
dalam
Tentera Darat Malaysia
(TDM) dan Pegawai Rendah Kanan dalam
Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM).
Pada abad ke-17, pegawai kadet kanan adalah
penarafan
bagi kelasi berpengalaman, dan perkataan itu berasal dari kawasan atas kapal,
amidships
(
peminggang kapal
), juga dimana penarafan asal bekerja atas kapal, atau dimana dia
beradu
. Bermula abad ke-18, calon pegawai bertauliah telah dinilai sebagai midshipman, dan penarafan kelasi perlahan-lahan mula lenyap. Menjelang
era Napoleon
(1793?1815), midshipman adalah seorang pegawai perantis yang pernah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun sebagai sukarelawan, pelayan pegawai atau kelasi mahir, dan setaraf dengan pangkat
Laskar Kanan
zaman sekarang. Selepas berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun sebagai midshipman atau
master mate
, dia layak mengambil peperiksaan bagi pangkat
Leftenan
. Kenaikkan pangkat ke leftenan tidak secara automatik, dan ramai midshipmen mengambil tempat sebagai master mate untuk kenaikkan gaji dan tanggungjawab atas kapal. Midshipmen di Tentera Laut Amerika Syarikat dilatih dan dilayan sama dengan midshipmen dalam Royal Navy, walaupun tidak seperti rakan sepangkatnya dalam Royal Navy, midshipman merupakan pangkat
Pegawai Waran
sehingga tahun 1912.
Semasa abad ke-19, perubahan latihan pegawai dalam Royal Navy dan Tentera Laut AS membawa kepada pertukaran perantisan atas kapal dengan sekolah formal di
maktab tentera laut
. Midshipman mula menjadi pegawai kadet di maktab tentera laut. Para pelatih kini menghabiskan masa sekitar 4 tahun di maktab dan 2 tahun di laut sebelum kenaikkan pangkat ke pegawai bertauliah. Antara pertengahan abad ke-19 dan pertengahan abad ke-20, masa di laut berkurangan dari 1 tahun apabila usia kemasukan meningkat dari 12 hingga 18 tahun.
Pangkat yang setara dengan midshipman wujud di kebanyakan tentera laut yang lain. Menggunakan midshipman AS atau midshipman UK sebagai asas perbandingan, pangkat setara adalah kadet laut latihan menjadi pegawai rendah bertauliah. Menggunakan midshipman UK sebagai perbandingan, pangkat ini akan menjadi pegawai bertauliah paling rendah dalam struktur pangkat, dan setaraf dengan
Ensain
AS dari segi peranan dan tanggungjawab. Dalam kebanyakan
Bahasa-bahasa Romawi
, terjemahan literal istilah tempatan bagi "midshipman" ke bahasa Inggeris ialah "Navy Guard" (Pengawal Tentera Laut), termasuk bahasa Perancis
garde marine
, bahasa Sepanyol
guardia marina
,
bahasa Portugis
guarda-marinha
, dan
bahasa Itali
guardiamarina
. Hari ini, semua pangkat tersebut dipanggil kadet tentera laut, tetapi mengikut sejarah mereka dipilih oleh raja, dan dilatih sepenuhnya di darat sebagai askar.
- Blake, Nicholas; Lawrence, Richard (2005),
The Illustrated Companion to Nelson's Navy
, Stackpole Books,
ISBN
0-8117-3275-4
,
OCLC
70659490
- Cheema, Pervaiz Iqbal (2003),
The Armed Forces of Pakistan
, New York University Press,
ISBN
0-8147-1633-4
,
OCLC
49959459
- Davies, E. L.; Grove, E. J. (1980),
The Royal Naval College Dartmouth: Seventy-five years in Pictures
, Portsmouth: Gieves & Hawkes Limited,
ISBN
0-85997-462-6
- Davies, J.D. (1991),
Gentlemen and Tarpaulins : The Officers and Men of the Restoration Navy
, Oxford: Clarendon Press,
ISBN
0-19-820263-6
- Hamersly, Lewis (1881),
A Naval Encyclopædia
, Philadelphia: L. R. Hamersly & Co.,
OCLC
8514211
- Harding, Richard (1999),
Seapower and naval warfare, 1650?1830
, Annapolis, MD:
Naval Institute Press
,
ISBN
1-55750-888-7
,
OCLC
41106614
- King, Dean (2001),
A Sea of Words: Lexicon and Companion for Patrick O'Brian's Seafaring Tales
, Henry Holt,
ISBN
0-8050-6615-2
,
OCLC
59538604
- Lavery, Brian (1989),
Nelson's Navy: The Ships, Men and Organization
, Annapolis, MD: Naval Institute Press,
ISBN
0-87021-258-3
,
OCLC
20997619
- Lewis, Michael
(1939),
England's Sea-Officers
, London: George Allen & Unwin,
OCLC
1084558
- Lewis, Michael (1960),
A Social History of the Navy
, London: Ruskin House,
OCLC
2832855
- Miller, Nathan (1997),
The U.S. Navy: a history
(ed. 3rd), Annapolis, MD: Naval Institute Press,
ISBN
1-55750-595-0
,
OCLC
37211290
- Morris, James; Kearns, Patricia (1998),
Historical Dictionary of the United States Navy
, Lanham, MD: Scarecrow Press,
ISBN
0-8108-3406-5
,
OCLC
37903579
- Pack, S.W.C. (1966),
Britannia at Dartmouth
, London: Redman,
OCLC
957379
- Penn, Geoffrey (1957),
Snotty: The Story of the Midshipman
, London: Hollis & Carter,
OCLC
8317840
- Phillipson, David (1996),
Band of Brothers: Boy Seamen in the Royal Navy 1800 ? 1956
, Stroud: Sutton,
ISBN
0-7509-1976-0
,
OCLC
41959874
- Walker, C.F. (1938),
Young Gentlemen: The Story of Midshipmen from the XVIIth Century to the Present Day
, London: Longmans, Green,
OCLC
2936648
- Winton, John (1995), "Life And Education in a Technically Evolving Navy: 1815?1925", dalam J.R. Hill (penyunting),
Oxford Illustrated History of the Royal Navy
, Oxford:
Oxford University Press
,
ISBN
0-19-211675-4
,
OCLC
32237618