Pastor Rafael Maldonado Motta
(lahir pada 10 Mac 1985 di Maracay,
Venezuela
[1]
) ialah seorang pemandu
Formula Satu
, yang kini memandu untuk pasukan
Wiliams
. Sebelum membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu pada tahun 2011, beliau memenangi kejuaraan GP2 pada tahun sebelumnya. Beliau menjadi pemandu Venezuela yang pertama untuk memenangi sebuah perlumbaan Grand Prix Formula Satu selepas Maldonado memenangi
Grand Prix Sepanyol
pada tahun
2012
selepas bermula dari
petak pertama
.
Maldonado berlumba dalam
Formula Renault 3.5 Series
bersama
Draco Racing
pada tahun 2006. Beliau mendapat tempat ketiga dalam kejuaraan tersebut, dengan memenangi lima perlumbaan dan mendapat lima petak pertama.
[2]
[3]
Maldonado adalah salah satu calon untuk menjadi pemandu untuk pasukan
Campos Meta
pada tahun
2010
. Ketua pasukan Campos,
Adrian Campos
berkata bahawa rakan pasukan
Bruno Senna
mungkin ialah
Pedro de la Rosa
,
Vitaly Petrov
atau Maldonado,
[4]
Tetapi masalah kewangan dalam pasukan dan perubahan pemilikan mengubah keadaan tersebut, dan
Karun Chandhok
disahkan sebagai rakan sepasukan Senna.
[5]
Terdapat laporan yang mengatakan bahawa Maldonado hampir untuk menandatangani perjanjian untuk menjadi pemandu ujian dan simpanan untuk
Stefan Grand Prix
, yang cuba untuk bersaing pada musim 2010 berikutan pengunduran
US F1 Team
.
[6]
Stefan kemudiannya telah dihalang daripada bertanding pada musim 2010.
[7]
Menjelang akhir musim 2010, Maldonado telah dikaitkan dengan pasukan
Williams
untuk musim 2011, dan dijangka untuk menggantikan
Nico Hulkenberg
dan menjadi rakan sepasukan baru
Rubens Barrichello
. Maldonado mengambil bahagian dalam ujian pemandu muda di
Litar Yas Marina
di
Abu Dhabi
, dengan memandu untuk Williams dan
Hispania Racing
(pasukan Campos yang dinamakan semula). Pada 15 November, Williams mengesahkan bahawa Hulkenberg telah digugurkan daripada barisan pemandu musim 2011, dan Maldonado telah disahkan sebagai penganti Hulkenberg pada 1 Disember.
[8]
Maldonado juga membawa penajaan daripada kerajaan Venezuela (melalui syarikat minyak milik negara Venezuela; PDVSA) kepada pasukan.
[9]
Maldonado bersara daripada perlumbaan pertamanya di
Grand Prix Australia
disebabkan masalah
transmisi
. Di
Grand Prix Malaysia
, beliau gagal untuk memasuki Q2 dan bersara daripada perlumbaan. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan pertamanya di
Grand Prix China
selepas mendapat tempat ke-18. Di
Grand Prix Sepanyol
, beliau memasuki Q3 buat kali pertama, dan akhirnya melayakkan diri di tempat kesembilan untuk perlumbaan tersebut. Beliau memasuki Q3 sekali lagi di
Monaco
, dan melayakkan diri di tempat kelapan, dan ketika berada di tempat kelima dengan baki lima pusingan, beliau berlanggar dengan
Lewis Hamilton
dan menyebabkan Maldonado bersara. Beliau kemudiannya bersara di
Kanada
. Pada pusingan kelayakan di
Grand Prix Belgium
, Maldonado telah terlibat dalam sebuah insiden bersama Lewis Hamilton selepas Hamilton dihimpit oleh Maldonado apabila kedua-dua mereka sedang menetapkan masa pusingan kelayakan mereka. Maldonado menerima penalti lima-petak kedudukan manakala Hamilton diberikan teguran. Tetapi dalam perlumbaan tersebut, beliau mendapat mata kejuaraan pertamanya dalam Formula Satu dengan mendapat tempat kesepuluh. Namun begitu, Maldonado gagal mengutip sebarang mata lagi untuk sepanjang musim ini, dan gagal memasuki Q3 untuk sepanjang musim. Kekecewaan Maldonado berterusan sehingga ke
Grand Prix Abu Dhabi
, di mana beliau mendapat tempat ke-17 pada pusingan kelayakan dan bermula dari tempat ke-23 (selepas menerima penalti sepuluh petak kedudukan kerana menggunakan enjin kesembilannya pada musim ini), menerima penalti pandu dalam pit, dan kemudiannya diberikan penalti masa 30 saat selepas perlumbaan. Maldonado menerima kedua-dua penalti tersebut kerana mengabaikan bendera biru.
Maldonado menamatkan musim di tangga ke-18 dalam Kejuaraan Pemandu Dunia dan pada 1 Disember 2011, ia telah disahkan bahawa beliau akan dikekalkan oleh Williams bagi
musim 2012
.
[10]
Maldonado memulakan musim 2012 bersama rakan sepasukan barunya dari Amerika Selatan,
Bruno Senna
, bersama pasukan Williams. Beliau memulakan musim ini dengan baik, dengan mendapat tempat kelapan pada pusingan kelayakan di
Australia
. Pada perlumbaan tersebut, Maldonado beraksi dengan baik sehinggalah beliau mengalami kemalangan pada pusingan akhir, ketika berjuang dengan
Fernando Alonso
untuk tempat kelima. Di
Grand Prix Malaysia
, Maldonado bersara sekali lagi ketika berada dalam kedudukan untuk mendapat mata. Beliau mendapat mata pertamanya pada musim ini selepas mendapat tempat kelapan di
China
. Di
Bahrain
, beliau bersara sekali lagi selepas mendapat tempat ke-17 pada pusingan kelayakan. Di
Sepanyol
, Maldonado mendapat tempat kedua pada pusingan kelayakan, di belakang Lewis Hamilton. Maldonado kemudiannya diberikan petak pertamanya yang sulung dalam kerjayanya selepas Hamilton telah dikecualikan daripada keputusan kelayakan tersebut kerana tidak mempunyai bahan api yang secukupnya di dalam keretanya.
[11]
Maldonado dipintas di selekoh pertama oleh
Fernando Alonso
, tetapi kembali mendahului perlumbaan tersebut selepas perhentian pit kedua. Maldonado mengekalkan kedudukannya selepas melengkapkan perhentian pit ketiganya, dan akhirnya memenangi perlumbaan tersebut di hadapan Alonso dan
Kimi Raikkonen
. Maldonado menjadi pemandu Venezuela yang pertama untuk mendapat podium dalam Formula Satu.
[12]
Semasa sambutan selepas perlumbaan, sebuah kebakaran tercetus di dalam pit Williams, dan Maldonado telah dilihat membawa sepupunya ke tempat yang selamat.
[13]
Di
Monaco
, Maldonado menerima penalti sepuluh-petak kedudukan selepas menyebabkan sebuah insiden yang boleh dielakkan dengan
Sergio Perez
pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat, dan menerima penalti tambahan lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gear, dan memulakan perlumbaan di tempat terakhir.
[14]
Beliau bersara pada awal perlumbaan selepas merempuh pemandu
HRT
,
Pedro de la Rosa
. Pada akhir sesi Q2 di
Kanada
, Maldonado melanggar dinding
Walls of Champions
, dan terpaksa memulakan perlumbaan di tempat ke-17. Beliau menerima penalti lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gear, bermakna beliau memulakan perlumbaan di tempat ke-22. Maldonado akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.
Di
Eropah
, Maldonado memulakan perlumbaan di tempat ketiga, tetapi jatuh ke tempat kelima selepas permulaan dan kesepuluh selepas memasuki pit di bawah keadaan kereta keselamatan pada pertengahan perlumbaan. Maldonado kemudiannya memintas beberapa pemandu termasuk pemandu
Red Bull
,
Mark Webber
dan berada di tempat keempat pada peringkat akhir perlumbaan. Pada pusingan ke-56 (pusingan kedua terakhir), Maldonado bertarung dengan pemandu McLaren, Lewis Hamilton, untuk tempat ketiga. Bagaimanapun Hamilton dan Maldonado berlanggar dan Hamilton terpaksa bersara selepas melanggar dinding tayar, manakala Maldonado meneruskan perlumbaan tanpa sayap depan keretanya dan menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh. Maldonado menyalahkan Hamilton atas kejadian tersebut,
[15]
namun steward perlumbaan memberikan penalti masa 20 saat kepada Maldonado, dan menyebabkan beliau jatuh ke tempat ke-12.
[16]
Maldonado memulakan perlumbaan di tempat ketujuh di
Grand Prix British
dan berada di tempat keenam sebelum memasuki pit untuk menukar tayar pada pusingan kesebelas. Maldonado kemudiannya terlibat dalam sebuah kemalangan dengan Sergio Perez. Perez bersara, namun Maldonado meneruskan perlumbaan dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-16. Dalam temu bual televisyen, Perez mengatakan bahawa Maldonado ialah seorang yang amat berbahaya dan mendakwa beliau telah menghancurkan perlumbaan orang lain. Perez juga meminta steward untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap Maldonado.
[17]
Maldonado berkata bahawa perlanggaran tersebut adalah sebuah insiden perlumbaan.
[18]
Steward mengukum Maldonado dengan menegurnya dan mengenakan denda sebanyak
€
10,000.
[19]
Di
Jerman
, Maldonado memulakan perlumbaan di tempat keenam dalam keadaan hujan lebat, namun gagal mengekalkan prestasinya yang baik itu selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-15. Di
Hungary
, Maldonado mendapat tempat kelapan pada pusingan kelayakan, tetapi memulakan perlumbaan dengan teruk dan jatuh ke tempat ke-12 selepas pusingan pertama dan ke-13 selepas menukar tayar. Maldonado juga menerima penalti pandu dalam pit selepas "menyebabkan perlanggaran yang boleh dielakkan" ketika cuba memintas pemandu
Force India
,
Paul di Resta
untuk tempat ke-12. Beliau akhirya menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.
Di
Grand Prix Belgium
, Maldonado menerima tiga penalti lagi. Walaupun mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan, beliau diturunkan tiga petak kedudukan kerana menghalang
Nico Hulkenberg
pada sesi kelayakan bahagian pertama.
[20]
Beliau kemudiannya melompat permulaan perlumbaan, dan menyebabkan perlanggaran yang boleh dielakkan dengan pemandu
Marussia
,
Timo Glock
. Ini menyebabkan Maldonado menerima dua penalti berasingan, oleh itu beliau diturunkan sebanyak sepuluh-petak kedudukan di
Monza
.
[21]
Maldonado memulakan perlumbaan di tempat ke-22 dan menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas, hanya 0.5 saat di belakang Senna, yang mendapat tempat kesepuluh. Di
Singapura
, beliau memulakan perlumbaan di tempat kedua, di belakang Lewis Hamilton. Namun begitu, Maldonado bersara pada pusingan ke-37 selepas mengalami kegagalan hidraulik. Di
Jepun
, Maldonado mendapat tempat ke-14 pada pusingan kelayakan dan menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.
Di
Grand Prix Korea
, Maldonado mendapat tempat ke-14, selepas memulakan perlumbaan di tempat ke-15. Beliau sekali lagi berjaya untuk memasuki Q3 di
India
, tetapi telah melakukan satu kesilapan pada pusingan kelayakan tersebut yang menyebabkan beliau memulakan perlumbaan di tempat kesembilan.
[22]
Maldonado menamatkan perlumbaan ini di tempat ke-16 selepas tayar keretanya pancit selepas memintas pemandu
Sauber
,
Kamui Kobayashi
.
[23]
Maldonado mendapat tempat keempat pada pusingan kelayakan di
Abu Dhabi
, dan kemudiannya dinaikkan ke tempat ketiga selepas Vettel telah dikecualikan daripada pusingan kelayakan kerana tidak mempunyai bahan api yang mencukupi di dalam keretanya.
[24]
Beliau berjaya mengekalkan tempat ketiganya pada permulaan dan mengekalkan prestasi yang baik dalam perlumbaan tersebut. Namun unit KERS keretanya gagal, dan tanpa KERS, keretanya tidak dapat mengekalkan prestasi yang baik itu dan akhirnya Maldonado menamatkan perlumbaan di tempat kelima.
[25]
Maldonado mendapat tempat kesembilan di
Grand Prix Amerika Syarikat
, dan kemudiannya bersara pada perlumbaan terakhir musim ini di
Brazil
, setelah menerima penalti sepuluh petak kedudukan pada pusingan kelayakan.
Pada 28 November 2012, Maldonado dikekalkan oleh pasukan Williams bagi
musim 2013
, dan menjadi rakan sepasukan
Valtteri Bottas
.
[26]
Pada permulaan musim ini, Maldonado mengatakan bahawa casis FW35 adalah satu langkah ke belakang, di mana pasukan berada pada tahun
2011
.
[27]
Beliau gagal untuk melepasi Q1 pada perlumbaan pertama di
Grand Prix Australia
, dan mendapat tempat ke-17 pada pusingan kelayakan tersebut.
[28]
Rakan sepasukan baru, Bottas, memulakan perlumbaan satu petak di hadapan Maldonado. Maldonado terbabas keluar dari litar selepas pusingan ke-24 dan bersara.
[29]
Di perlumbaan seterusnya di
Malaysia
, Maldonado memasuki Q2 tetapi keadaan litar yang basah menyebabkan beliau gagal untuk menetapkan masa pusingan dan memulakan perlumbaan di tempat ke-16. Ketika Maldonado berada di tempat ke-15, masalah KERS menyebabkan beliau bersara sekali lagi.
[30]
Di
Grand Prix Kanada
, Maldonado dan
Max Chilton
berlanggar dan menyebabkan perlumbaan tersebut dihentikan buat sementara waktu. Maldonado tidak mengalami sebarang kecederaan.
Musim
|
Siri
|
Pasukan
|
Perlumbaan
|
Kemenangan
|
Petak pertama
|
P/Terpantas
|
Podium
|
Mata
|
Kedudukan
|
2003
|
Formula Renault 2.0 Italy
|
Cram Competition
|
12
|
0
|
1
|
1
|
3
|
118
|
Ke-7
|
Formula Renault 2000 Masters season
|
8
|
0
|
0
|
0
|
0
|
0
|
Ke-28
|
Formula Renault 2.0 Germany
|
2
|
0
|
0
|
0
|
0
|
3
|
Ke-43
|
Formula Renault 2.0 Italy Winter Cup
|
?
|
?
|
?
|
?
|
?
|
?
|
Pertama
|
2004
|
Formula Renault 2.0 Italy
|
17
|
8
|
6
|
11
|
12
|
326
|
Pertama
|
Formula Renault 2000 Eurocup
|
15
|
2
|
0
|
1
|
3
|
134
|
Ke-8
|
Formula Renault V6 Eurocup
|
2
|
0
|
0
|
0
|
0
|
12
|
Ke-21
|
Formula Satu
|
Minardi
|
Pemandu ujian
|
2005
|
World Series by Renault
|
DAMS
|
8
|
0
|
0
|
0
|
0
|
4
|
Ke-25
|
Italian Formula 3000
|
Sighinolfi Auto Racing
|
4
|
1
|
1
|
1
|
1
|
14
|
Ke-9
|
2006
|
World Series by Renault
|
Draco Racing
|
17
|
3
|
5
|
6
|
5
|
103
|
Ke-3
|
2007
|
GP2 Series
|
Trident Racing
|
13
|
1
|
1
|
0
|
2
|
25
|
Ke-11
|
Euroseries 3000
|
G-Tec
|
2
|
1
|
1
|
1
|
1
|
12
|
Ke-10
|
Formula 3000 Italy
|
2
|
1
|
1
|
1
|
1
|
12
|
Ke-8
|
2008
|
GP2 Series
|
Piquet Sports
|
20
|
1
|
2
|
3
|
6
|
60
|
Ke-5
|
International GT Open - GTS
|
Scuderia Latorre
|
2
|
0
|
0
|
0
|
1
|
8
|
Ke-22
|
Euroseries 3000
|
GP Racing
|
1
|
1
|
0
|
1
|
1
|
11
|
Ke-12
|
International GT Open
|
Scuderia Latorre
|
?
|
?
|
?
|
?
|
?
|
18
|
Ke-32
|
2008?09
|
GP2 Asia Series
|
ART Grand Prix
|
5
|
0
|
0
|
0
|
1
|
7
|
Ke-15
|
2009
|
Euroseries 3000
|
Teamcraft Motorsport
|
2
|
1
|
0
|
0
|
1
|
10
|
Ke-10
|
GP2 Series
|
ART Grand Prix
|
20
|
2
|
0
|
0
|
2
|
36
|
Ke-6
|
2010
|
GP2 Series
|
Rapax Team
|
20
|
6
|
0
|
5
|
8
|
87
|
Pertama
|
2011
|
Formula Satu
|
AT&T Williams
|
19
|
0
|
0
|
0
|
0
|
1
|
Ke-18
|
2012
|
Formula Satu
|
Williams F1
|
20
|
1
|
1
|
0
|
1
|
45
|
Ke-15
|
2013
|
Formula Satu
|
Williams F1
|
12
|
0
|
0
|
0
|
0
|
1*
|
Ke-16*
|
* Musim sedang dijalankan.
(
kunci
)
Tebal
- Petak pertama
Condong
- P.Terpantas
(
kunci
)
Tebal
- Petak pertama
Condong
- P.Terpantas
(
kunci
)
Tebal
- Petak pertama
Condong
- P.Terpantas
†
Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.
Maldonado ialah seorang tokoh politik yang lantang, dan ia jarang berlaku dalam dunia sukan permotoran. Beliau menganggap dirinya sebagai seorang
sosialis
, dan merupakan kawan kepada mendiang presiden Venezuela,
Hugo Chavez
.
[31]
Beliau merupakan salah seorang pengawal kehormatan pada upacara pengebumian Chavez.
Maldonado berkahwin dengan wartawan Venezuela, Gabriela Tarkanyi, pada 15 Disember 2012, di Canaima,
Venezuela
.
- ^
"Pastor Maldonado Biografia"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-01-18
. Dicapai pada
19 Januari
2012
.
- ^
2006 WSR Participations
Diambil pada Februari 1, 2007.
- ^
WSR 2006 Drivers' Championship
Diambil pada Februari 1, 2007.
- ^
Benson, Andrew (2010-01-12).
"Campos insists his Formula 1 team will make 2010 grid"
.
news.bbc.co.uk
.
BBC Sport
. Dicapai pada
30 Mac
2013
.
- ^
Noble, Jonathan (2010-03-04).
"Chandhok announced as HRT driver"
.
autosport.com
. Haymarket Publications
. Dicapai pada
30 Mac
2013
.
- ^
Rencken, Dieter (2010-02-27).
"Villeneuve set for Stefan seat fitting"
.
autosport.com
. Haymarket Publications
. Dicapai pada
30 Mac
2013
.
- ^
Benson, Andrew (2010-03-11).
"New team Stefan GP have Formula 1 entry rejected"
.
news.bbc.co.uk
.
BBC Sport
. Dicapai pada
30 Mac
2013
.
- ^
Benson, Andrew (2010-11-15).
"Williams mengekalkan Rubens Barrichello namun menggugurkan Nico Hulkenberg"
.
news.bbc.co.uk
.
BBC Sport
. Dicapai pada
2010-12-17
.
- ^
"Maldonado mendapat sokongan negara"
.
crash.net
. Crash Media Group. 2010-12-09
. Dicapai pada
2010-12-17
.
- ^
"Pastor Maldonado disahkan bagi musim 2012 manakala Valtteri Bottas menjadi pemandu ujian"
.
WilliamsF1
. 1 Deisember 2011. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2011-12-03
. Dicapai pada
1 Disember
2011
.
- ^
"Lewis Hamilton loses Spanish pole because of rules on fuel"
.
BBC Sport
.
BBC
. 12 Mei 2012
. Dicapai pada
30 Mac
2013
.
- ^
Benson, Andrew (13 Mei 2012).
"Williams's Pastor Maldonado takes landmark Spanish Grand Prix win"
.
BBC Sport
.
BBC
. Dicapai pada
29 Mac
2013
.
- ^
"Investigation launched into Williams garage fire as Spanish Grand Prix win for Pastor Maldonado turns sour"
.
The Daily Telegraph
. Telegraph Media Group. 14 Mei 2012
. Dicapai pada
29 Mac
2013
.
- ^
"Pastor Maldonado"
.
BBC Sport
. Dicapai pada
2012-06-10
.
- ^
"Maldonado blames Hamilton for crash during the European Grand Prix"
. autosport.com. 24 Jun 2012
. Dicapai pada
29 Mac
2013
.
- ^
Elizalde, Pablo (24 Jun 2012).
"Pastor Maldonado penalised for collision with Lewis Hamilton in European Grand Prix"
.
autosport.com
.
Haymarket Publications
. Dicapai pada
29 Mac
2013
.
- ^
Noble, Jonathan (2012-07-08).
"Angry Perez tells FIA to act on Maldonado after British Grand Prix accident"
.
autosport.com
. Haymarket Publications
. Dicapai pada
29 Mac
2013
.
- ^
Elizalde, Pablo (2012-07-08).
"Pastor Maldonado plays down British Grand Prix collision with Sergio Perez"
.
autosport.com
. Haymarket Publications
. Dicapai pada
29 Mac
2013
.
- ^
Noble, Jonathan (2012-07-08).
"Maldonado fined, reprimanded for Perez incident during the British GP"
.
autosport.com
.
Haymarket Publications
. Dicapai pada
29 Mac
2013
.
- ^
"Maldonado handed three-place grid penalty for impeding"
.
formula1.com
.
Kumpulan Formula Satu
. 1 September 2012
. Dicapai pada
30 Mac
2013
.
- ^
"Monza grid penalties for Maldonado"
.
formula1.com
.
Kumpulan Formula Satu
. 2012-09-02
. Dicapai pada
30 Mac
2013
.
- ^
"Indian GP Qualifying"
.
WilliamsF1
. 27 Oktober 2012. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-10-30
. Dicapai pada
30 Mac
2013
.
- ^
"Indian GP Race"
.
WilliamsF1
. 28 Oktober 2012. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-10-30
. Dicapai pada
30 Mac
2013
.
- ^
"Vettel excluded from qualifying"
.
FIA
. 3 November 2012
. Dicapai pada
30 Mac
2013
.
- ^
"Abu Dhabi Race"
.
WilliamsF1
. 4 November 2012. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-11-06
. Dicapai pada
30 Mac
2013
.
- ^
Elizalde, Pablo (2012-11-28).
"Williams mengesahkan Valtteri Bottas dan Pastor Maldonado bagi musim 2013"
.
autosport.com
. Haymarket Publications
. Dicapai pada
2012-11-28
.
- ^
"New Williams 'undriveable' - Maldonado"
.
ESPN
. 29 Mac 2013
. Dicapai pada
24 Mac
2013
.
- ^
"Qualifying in Australia postponed until Sunday"
. 29 Mac 2013
. Dicapai pada
24 Mac
2013
.
- ^
Barretto, Lawrence (29 Mac 2013).
"Australian Grand Prix as it happened"
.
BBC Sport
. Dicapai pada
24 Mac
2013
.
- ^
Collantine, Keith.
"Vote for your Malaysian GP driver of the weekend"
.
F1 Fanatic
. Dicapai pada
25 Mac
2013
.
- ^
Ore, Diego (2010-12-17).
"Venezuela F1 driver flies flag for socialist Chavez"
.
ca.reuters.com
. Reuters
. Dicapai pada
30 Mac
2013
.
Kedudukan sukan
|
Didahului oleh
Toni Vilander
|
Juara Italian Formula Renault 2.0
Winter Series
2003
|
Diikuti oleh:
Mikhail Aleshin
|
Didahului oleh
Franck Perera
|
Juara Italian Formula Renault
2004
|
Diikuti oleh:
Kamui Kobayashi
|
Didahului oleh
Nico Hulkenberg
|
Juara GP2 Series
2010
|
Diikuti oleh:
Romain Grosjean
|