Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Kiri
(
Jerman
:
Die Linke
) ialah sebuah parti politik
Jerman
yang dibentuk pada 16 Jun 2007 melalui penggabungan
Parti Kiri/PDS
, bekas parti pemerintah
Jerman Timur
,
Parti Perpaduan Sosialis Jerman
(SED), dan
Buruh dan Keadilan Sosial - Pemilih Alternatif
(WASG). Pemimpin-pemimpinnya ialah
Janine Wissler
dan
Susanne Hennig-Wellsow
. Parti ini menganggap dirinya sebagai parti
paling kiri
berbanding parti-parti lain yang diwakili di
Bundestag
.
Sehingga bulan Aprik 2008, parti ini memiliki keahlian berjumlah 73,455 orang menurut penerbitan dalaman, menjadikannya parti politik keempat terbesar di Jerman dari segi keanggotaan. Ia diwakili di Bundestag oleh 54 orang ahli daripada 614 keseluruhan, sekaligus membentuk
fraktion
keempat terbesar di Parlimen Jerman. Kubu kuat mereka terletak di bekas negeri-negeri Jerman Timur. Di peringkat antarabangsa, Parti Kiri ialah anggota
Parti Sayap Kiri Eropah
dan juga merupakan parti terbesar di dalam kumpulan
Parti Kiri Eropah Bersatu-Parti Kiri Hijau Nordic
di dalam
Parlimen Eropah
.