Teori
pariti kuasa beli
(
bahasa Inggeris
:
purchasing power parity
) menggunakan
kadar pertukaran
keseimbangan dua mata wang jangka masa panjang untuk menyamakan
kuasa belinya
. Teori yang dibangunkan oleh
Gustav Cassel
pada tahun
1920
ini berasaskan
hukum satu harga
, iaitu teori bahawa dalam pasaran cekap yang ideal, barang-barang yang serupa wajar ada satu harga sahaja.
Kadar pertukaran
pariti kuasa beli menyamakan kuasa beli
mata wang
berlainan di negara asal masing-masing untuk "sebakul barang" yang diberi, digunakan selalunya untuk membandingkan
taraf hidup
antara negara, bukannya perbandingan
keluaran dalam negara kasar
per kapita pada kadar pertukaran pasaran. Kadar pertukaran pariti kuasa beli yang paling dikenali dan paling banyak digunakan ialah
dolar Geary-Khamis
, atau juga bergelar
dolar antarabangsa
.
Naik turun kadar pertukaran pariti kuasa beli ("
Kadar Pertukaran Sebenar
") merupakan kesan perubahan kadar pertukaran. Selain ketaktentuan ini, juga diperhatikan adanya penyimpangan kadar pertukaran pasaran dan pariti kuasa beli yang konsisten, contohnya harga (kadar pertukaran pasaran) barang-barang dan perkhidmatan bukan dagangan
biasanya lebih rendah
di mana pendapatan lebih rendah. (Satu
dolar Amerika Syarikat
yang ditukar dan dibelanjakan di
India
akan membeli lebih perkhidmatan gunting rambut berbanding satu dolar yang dibelanjakan di
Amerika Syarikat
). Pariti kuasa beli mengambil kira dan menyesuaikan diri untuk kos sara hidup lebih rendah seolah-olah semua pendapatan dibelanja dalam negeri. Dalam erti kata lain, pariti kuasa beli ialah jumlah bakul barang keperluan yang boleh dibeli di dalam negara berkenaan dengan wang yang dihasilkannya.
Adanya perbezaan ketara antara pariti kuasa beli dan kadar pertukaran pasaran.
[1]
Contohnya,
Penunjuk Pembangunan Dunia 2005
Bank Dunia
menganggarkan bahawa pada tahun 2003, satu
dolar Amerika Syarikat
bersamaan kira-kira 1.8
yuan China
mengikut pariti kuasa beli
[2]
Diarkibkan
2007-02-23 di
Wayback Machine
? jauh berbeza dari kadar pertukaran nominal yang menetapkan satu dolar kepada 7.6 yuan. Percanggahan ini besar implikasinya; contoh,
KDNK per kapita
di
Republik Rakyat China
bernilai kira-kira
AS$
1,800 sementara mengikut pariti kuasa beli pula nilainya kira-kira AS$7,204. Ini sering digunakan untuk menegaskan bahawa China ialah ekonomi kedua terbesar di dunia, namun perhitungan sebegini hanya sah di bawah teori pariti kuasa beli. Sebaliknya, KDNK nominal per kapita
Jepun
bernilai kira-kira AS$37,600, tetapi perangkaan pariti kuasa belinya cuma AS$30,615.
Pariti kuasa beli ialah
- £P ($/£)= $P
Ini menandakan bahawa kadar pertukaran yang menyamai nilai sedolar kuasa beli (kadar pertukaran pariti kuasa beli) ialah
- ($/£)= $P/£P
Jika kadar lani sebenar lebih, ini menandakan £ terlebih nilai berbanding $.
Jika kadar lani sebenar kurang, ini menandakan $ terlebih nilai berbanding £.
Contohnya, jika satu bakul penggunaan "wakilan" berharga $1,500 di A.S. dan £1,000 di UK, maka kadar pertukaran pariti kuasa beli menjadi $1.50/£. Jika kadar lani sebenar ialah $1.80/£ maka ini menandakan paun terlebih 20% nilainya, atau begitu juga dolar Amerika terkurang 16.7% nilainya.
Pariti kuasa beli selalu dipanggil
pariti kuasa beli
mutlak
untuk membezakannya dari teori
pariti kuasa beli
relatif
yang berkaitan, yang meramal hubungan antara kadar inflasi relatif dua negara dan perubahan dalam kadar pertukaran mata wangnya.
Pariti kuasa beli mengaitkan kadar inflasi (perubahan takat harga) di setiap negara kepada perubahan kadar pertukaran pasaran.
,
yang mana
ialah
kadar lani
(
spot rate
) dalam Mata Wang Asing/Mata Wang Tempatan dan
ialah takat harga dalam satu tempoh
t
(nilai asing bertanda bintang). Perhubungan ini adalah perlu tetapi tidak cukup untuk pariti kuasa beli mutlak.
Mengikut teori ini, perubahan dalam kadar pertukaran ditentukan oleh perubahan takat harga di kedua-dua negara. Contohnya, jika harga di
Amerika Syarikat
naik 3% manakala harga di
Kesatuan Eropah
naik 1% maka kuasa beli
dolar Amerika Syarikat
sepatutnya susut nilai sebanyak 2% berbanding kuasa beli
euro
(begitu juga
euro
akan naik nilai sebanyak 2%).
Penyamaan pariti kuasa beli dan hukum satu harga
[
sunting
|
sunting sumber
]
Hukum satu harga
menyatakan babawa harga-harga berlainan bagi satu barang dagangan cenderung menyamai jika tiadanya
tarif
,
halangan perdagangan
lain mahupun kadar
perkapalan
yang terlalu tinggi. Hukum satu harga juga boleh dinyatakan sebegini: "Dalam sebuah
pasaran cekap
, semua barang yang serupa mestilah satu harganya sahaja."
Hipotesis
pariti kuasa beli adalah perdagangan barang secara bebas akan menjajarkan kadar pertukaran dengan nilai pariti kuasa belinya. Bagaimanapun, analisa
ekonometrik
tidak setuju dengan hipotesis ini, sebaliknya memberi ramalan lebih bagus mengenai hubungan pariti kuasa beli/kadar pertukaran (
Indeks Harga Pengguna
atau CPI) berdasarkan KDNK relatif. Fahaman ekonomi neo-klasik merangkumi teori
kesan Balassa-Samuelson
yang menjelaskan penyelarasan model pariti kuasa beli yang memberi CPI kesamaan.