Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Papan litar tercetak
(bahasa Inggeris:
printed circuit board
, PCB) ialah suatu komponen penting dalam dunia elektronik hari ini.
PCB
berfungsi untuk menyambung dan menyokong
komponen elektronik
secara elektrik. Komponen elektronik dipasang padanya mengikut reka bentuk yang telah dihasilkan oleh pereka bentuk papan litar tercetak. Sambungan kuprum yang direkabentuk akan menyambungkan kesemua komponen elektronik bagi menghasilkan satu sistem elektronik, dipanggil pemasangan papan litar tercetak (PCBA).
Papan litar asas mengandungi dua lapisan utama iaitu lapisan penebat
dielektrik
dan lapisan
pengalir
.
Biasanya bahan penebat yang digunakan ialah gentian kaca yang lebih dikenali dengan kod FR4.
Manakala bahan pengalir utama ialah kuprum.