한국   대만   중국   일본 
Orang Sami - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Orang Sami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Sami
Samit (b. Sami utara)
Bendera mewakili bangsa Sami
Jumlah penduduk
aggrn lebih 80,000?100,000 orang [1]
Kawasan ramai penduduk
Sapmi 63,831?107,341 orang
  Norway 37,890?60,000 orang [a] [2] [3]
  Sweden 14,600?36,000 orang [3]
  Finland 9,350 orang [4]
  Rusia 1,991 orang [5]
  Amerika Syarikat 480 orang (darah asli)
945 (generasi pertama, ke-2) [6]
  Ukraine 136 orang [7]
Bahasa
bahasa-bahasa Sami ( Akkala , Inari , Kildin , Kemi , Lule , Utara , Pite , Skolt , Ter , Southern , Ume )
Bahasa Rusia , bahasa Norway , Bahasa Sweden , bahasa Finland
Agama
Agama Kristian (aliran Lutheranisme (termasuk Laestadianisme ), Ortodoks Timur )
Kepawangan Sami
Kumpulan etnik berkaitan
orang Finland , orang Estonia , orang Hungary dan bangsa-bangsa Finno-Ugri lain

Orang Sami (juga dieja Sami atau Saami ) adalah masyarakat asli peribumi menduduki kawasan merangkumi sebahagian besar utara negara-negara Norway , Sweden , Finland dan Semenanjung Kola dalam Wilayah Murmansk di Rusia diliputi garisan Artik diberi nama Sapmi . [8] Masyarakat ini tergolong dalam kelompok Finno-Ugri yang turut termasuk orang-orang Hungary dan Finland keturunan leluhur yang berasal dari lembah sungai Volga di barat Rusia. [9] Mereka menuturkan bahasa Sami yang mencabang dari keluarga bahasa Ural .

Masyarakat ini secara tradisinya menyara hidup melalui pelbagai sumber alam yang dapat diperolehi termasuk memancing, menangkap haiwan bulu serta penggembalaan bebiri dan rusa kutub ; sebanyak 2,800 orang Sami aktif terlibat dalam penggembalaan rusa secara hampir nomadik sepenuh masa di Norway, [10] malah mereka diberikan kebenaran menggembala haiwan ini di beberapa kawasan Nordik. [11]

Nota [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Kiraan tidak tepat kerana tiada takrifan yang dapat dipastikan menentukan keturunan di Norway.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Sami people (14 Disember 2015). "Sami in Sweden" . sweden.se .
  2. ^ "Focus on Sami in Norway" . Statistics Norway . Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2012.
  3. ^ a b Thomasson, Lars; Skold, Peter. "Samer" . Nationalencyklopedin (dalam bahasa Sweden) . Dicapai pada September 15, 2017 .
  4. ^ "Eduskunta ? Kirjallinen kysymys 20/2009" . Parliament of Finland . Diarkibkan daripada yang asal pada June 2, 2014.
  5. ^ "Russian census of 2002" . Russian Federal State Statistics Service .
  6. ^ "Table 1. First, Second, and Total Responses to the Ancestry Question by Detailed Ancestry Code: 2000" (XLS) . U.S. Census Bureau . 22 January 2007 . Dicapai pada 11 February 2016 .
  7. ^ "National composition of population, 2001 census" . State Statistics Service of Ukraine (dalam bahasa Ukraine).
  8. ^ Rapp, Ole Magnus; Stein, Catherine (8 Februari 2008). "Samis don't want to be 'Lapps ' " . Aftenposten . Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2011 . Dicapai pada 3 Oktober 2008 .
  9. ^ Lang, Valter (2020). Homo Fennicus ? Itamerensuomalaisten etnohistoria (dalam bahasa Finland). Helsinki: Suomalaisen kirjallisuuden seura. m/s. 104. ISBN   978-951-858-130-0 .
  10. ^ Solbakk, John T. "Reindeer husbandry ? an exclusive Sami livelihood in Norway" (PDF) . www.galdu.org . Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-27 . Dicapai pada 2007-08-10 .
  11. ^ Conrad, Jo Ann (Winter 2000). "Sami reindeer-herders today: Image or reality?" . Scandinavian Review . Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-18 . Dicapai pada 2008-09-25 – melalui BNET .