Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ainu
Segolongan orang Ainu, foto 1904.
|
|
Jepun
Rusia
|
|
Bahasa Ainu
merupakan bahasa tradisional. Menurut kajian
Alexander Vovin
, pada tahun 1996 cuma 15 penutur fasih yang wujud, dan penutur asli terakhir loghat Sakhalin meninggal dunia pada tahun 1994. Kebanyakan orang Ainu hari ini menjadikan
bahasa Jepun
atau
bahasa Rusia
sebagai bahasa ibunda. *
Gordon, Raymond G., Jr. (ed.) (2005).
Ethnologue: Languages of the World, Fifteenth edition
. Dallas: SIL International.
ISBN 1-55671-159-X
.
CS1 maint: multiple names: authors list (
link
) CS1 maint: extra text: authors list (
link
)
|
|
Animisme
,
Ortodoks Rusia
,
Buddha
|
Orang
Ainu
(
アイヌ
)
IPA:
[?ainu]
(juga dipanggil
Ezo
dalam catatan bersejarah) merupakan sekelompok etnik
pribumi
di
Hokkaid?
,
Kepulauan Kuril
, dan
Sakhalin
. Kini mungkin terdapat lebih 150,000 orang Ainu; bagaimanapun perangkaan tepat tidak diketahui kerana ramai orang Ainu enggan mendedahkan keturunan mereka gara-gara
isu perkauman di Jepun
. Juga ramai orang Ainu yang masih ada yang tidak sedar akan keturunan mereka, kerana orang-orang tua mereka merahsiakan keturunan mereka agar melindungi anak-anak dan cucu-cucu dari menghadapi masalah sosial.
Nama "Ainu" bersempena perkataan
aynu
, yang bermaksud "manusia" (khususnya apabila dibandingkan dengan
kamuy
iaitu dewa-dewi) dalam loghat Hokkaid?
bahasa Ainu
;
Emishi
,
Ezo
atau
Yezo
(
蝦夷
) merupakan nama
bahasa Jepun
bagi kaum ini yang dipercayai berasal dari bentuk lama untuk perkataan Aimu Sakhalin moden yang berbunyi
enciw
atau
enju
, juga bermaksud "manusia". Istilah
Utari
(
ウタリ
)
("rakan") kini lebih disukai sesetengah anggota minoriti ini.