Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
On Dal
atau
Ondal
(온달, 溫達, ?-590), yang biasa disebut oleh
orang Korea
sebagai "On Dal Si Dungi" (
babo ondal
), ialah seorang jeneral
Goguryeo
, salah satu
Tiga Kerajaan Korea
. Menurut legenda, beliau mempunyai pinggang yang bengkok dan wajahnya jelek, tetapi memiliki hati yang baik. Keluarganya yang sangat miskin menyebabkannya selalu meminta-minta kepada ibunya. Walaupun berfikiran sederhana, beliau bangkit dari kelas orang kebanyakan lalu menjadi jeneral yang luar biasa dan berani. Beliau kemudian berkahwin dengan Puteri Pyeonggang, puteri kepada Raja
Pyeongwon
dari Goguryeo, suatu kisah yang dianggap sebagai luar biasa bagi seorang lelaki kelas rendah untuk mengahwini seorang wanita diraja. Setelah itu, beliau terus menjadi jeneral berkhidmat untuk tanah airnya.
[1]
Beliau meninggal pada tahun 590 di
Kubu Achasanseong
semasa pertempuran melawan tentera
Silla
.