Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
OH-58 Kiowa
adalah helikopter yang dikeluarkan oleh bell Helicopters untuk kegunaan peninjauan, pengawasan dan pengutipan maklumat risik. Dalam bulan
Oktober
1961
, tentera darat Amerika meminta cadangan daripada syarikat pembuat helikopter untuk pembekalan helikopter pengawasan ringan (LOH) daripada Belll Helicopter dan 12 pengeluar lain. Bell mengemukakan rekaan Bell 206. 5 buah prototaip dibina untuk penilaian Tentera. Juru terbang penilai membuat aduan kekurangan kuasa enjin pesawat Bell ini dan ia tersingkir daripada pemilihan. Akhirnya, rekaan Hughes dipilih dan memasuki perkhidmatan sebagai
OH-56 Cayuse
.
Bell memasarkan model
Bell 206
Jetranger di pasaran awam dan mendapat jualan laris, khususnya daripada stesen televisyen dan pasukan polis. Dalam tahun
1967
, tentera Amerika sekali lagi meminta pembidaan daripada pengeluar helikopter untuk pembekalan helikopter LOH kerana Hughes tidak dapat memenuhi kontrak pembekalan helikopter
OH-56 Cayuse
. Kali ini
Bell
menang pembidaan dan modelnya diterima masuk perkhidmatan tentera dan diberikan penamaan OH-58 Kiowa.
Helikopter ini dihantar ke Vietnam pada musim gugur 1969 dan ditugaskan dalam pasukan Kavalri Udara, pasukan helikopter penyerang dan pasukan artileri medan. Selain itu, Kiowa juga digunakan untuk misi MedEvac. Kiowa juga digandingkan dengan
AH-1G Cobra
dalam “Pink Team”. Helikopter
OH-58 Kiowa
boleh dipasangkan sistem senjata M27 dengan mesingan
M134
7.62mm di sebelah kiri pesawat.
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
- Nota
- ^
D.Donald (1997).
The Complete Encyclopedia of World Aircraft
.
- ^
The last new build aircraft were delivered to the U.S. Army in 1989. The subsequent arming of the AHIP and the System Safety Enhancement Program (SSEP) caused aircraft to be steadily refitted until 1999.
- Bibliografi
- Holley, Charles, and Mike Sloniker. Primer of the Helicopter War. Grapevine, Tex: Nissi Publ, 1997.
ISBN 0944372112
Senarai berkaitan dengan penerbangan
|
---|
Umum
| |
---|
Ketenteraan
| |
---|
Kemalangan/Kejadian
| |
---|
Rekod
| |
---|
|