한국   대만   중국   일본 
Nuruddin al-Bitruji - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Nuruddin al-Bitruji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nur ad-Din al-Bitruji
Kelahiran kurun ke-12
Meninggal dunia c. 1204
Latar belakang akademik
Pengaruh Ibn Bajah , Ibn Tufail
Karya akademik
Era Zaman Kegemilangan Islam
Minat lain Astronomi
Idea terkenal Sistem bukan Ptolemy yang petama; Sebab fizikal pergerakan cakerawala

Nur ad-Din al-Bitruji (juga dieja Nur al-Din Ibn Ishaq Al-Betrugi dan Abu Ishak ibn al-Bitrogi ; ejaan lain adalah al Bidrudschi ) (dikenali di Barat dengan nama Latin Alpetragius ) (meninggal dunia sekitar 1204) ialah seorang ahli falak dan qadi dari al-Andalus . [1] Di sebalik pengetahuan beliau yang terbatas tentang Almagest Ptolemy , al-Bi?r?j? adalah ahli falak yang pertama selepas Ptolemy yang mempersembahkan sistem astonomi bukan Ptolemy sebagai alternatif bagi model Ptolemy. Aspek asli lain sistemnya adalah bahawa beliau mencadangkan sebab fizikal pergerakan cakerawala. [1]

Kawah Alpetragius di bulan dinamakan sempena beliau.

Hayat [ sunting | sunting sumber ]

Hampir tiada satu pun yang diketahui tentang hayatnya, melainkan nisbah namanya yang mungkin berasal dari Los Pedroches (al-Bi?rawsh), satu kawasan berhampiran Cordoba . [1] Beliau adalah anak murid Ibn Tufail dan sezaman dengan Ibnu Rusyd .

Model planet [ sunting | sunting sumber ]

Al-Bitruji mencadangkan teori tentang pergerakan planet yang dalamnya dia berharap untuk mengelak epikitar dan eksentrik , [2] dan menggambarkan fenomena yang khusus bagi bintang yang bergerak, melalui putaran sebati sfera homosentrik. Ini adalah ubah suaian sistem pergerakan planet yang dicadangkan para pendahulunya, Ibn Bajjah dan Ibn Tufail . Beliau tidak berjaya menggantikan model planet Ptolemy , dengan ramalan nombor kedudukan planet dalam tatarajahnya kurang tepat berbanding model Ptolemy, [3] disebabkan kesukaran pemetaan model epikitar Ptolemy ke atas sfera bulatan sepusat Aristotle .

Ada pihak yang menyarankan bedasarkan terjemahan dalam bahasa Latin bahawa sistem beliau adalah kemaskini dan formulasi semula sistem Eudoxus dari Cnidus yang digabungkan dengan pergerakan bintang tetap yang dikembangkan al-Zarq?l? . Bagaimana pun, tidak diketahui samada ahli kosmologi al-Andalus itu mempunyai capaian atau pengetahuan mengenai karya-karya Eudoxus. [1]

Salah satu aspek asli sistem al-Bi?r?j? adalah cadangan beliau mengenai sebab fizikal pergerakan cakerawala. Beliau menggabungkan idea " impetus " (pertama kali dicadangkan John Philoponus ) dan konsep shawq ("desire"), oleh Ab? al?Barak?t al?Baghd?d? , untuk menjelaskan bagaimana tenaga dipindahkan dari penggerak pertama yang ditempatkan di dalam sfera ke-9 kepada sfera-sfera lain, yang menjelaskan kelajuan bolehubah dan pergerakan berbeza sfera-sfera lain. Beliau menyalahi idea Aristotle bahawa terdapat dinamik jenis tertentu bagi setiap alam, yang menggunakan sebagai ganti dinamik yang sama kepada subqamari dan alam cakerawala. [1]

Karya [ sunting | sunting sumber ]

Al-Bitruji menulis Kit?b al-Hay?ah (The book of theoretical astronomy/cosmology, bahasa Arab , ???? ?????? ), yang memaparkan kritikan terhadap Almagest Ptolemy dari sudut pandangan fizikal. Ia cukup dikenali di Eropah antara kurun ke-13 dan ke-16, dan dianggap sebagai alternatif sah bagi Almagest Ptolemy dalam lingkungan-lingkungan skolastisisme . [1]

Karya ini diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Michael Scot pada 1217 dengan judul De motibus celorum [4] (pertama kali dicetak di Vienna pada 1531). Terjemahan dalam bahasa Ibrani dilakukan Moses ibn Tibbon pada 1259. [1]

Terdapat juga karya tanpa nama tentang air pasang (Escorial MS 1636, bertarikh 1192) yang mengandungi bahan yang kelihatannya dipinjam daripada al-Bitruji. [1]

Catatan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ a b c d e f g h Samso 2007 .
  2. ^ Bernard R. Goldstein (March 1972). "Theory and Observation in Medieval Astronomy", Isis 63 (1), p. 39-47 [41].
  3. ^ Ptolemaic Astronomy, Islamic Planetary Theory, and Copernicus's Debt to the Maragha School , Science and Its Times , Thomson Gale .(inaccessible document)
  4. ^ Pederson, Olaf. (1978) Science in the Middle Ages. ed. by David Lindberg. Chicago: Chicago University Press. p. 321

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  • Samso, Julio (2007). "Bi?r?j?: N?r al?D?n Ab? Is??q [Ab? Ja?far] Ibr?h?m ibn Y?suf al?Bi?r?j?" . Dalam Thomas Hockey; dll. (penyunting). The Biographical Encyclopedia of Astronomers . New York: Springer. m/s. 133?4. ISBN   978-0-387-31022-0 . CS1 maint: ref=harv ( link ) ( PDF version )
  • Samso, Julio (1970?80). "Al-Bitruji Al-Ishbili, Abu Ishaq" . Dictionary of Scientific Biography . New York: Charles Scribner's Sons. ISBN   0-684-10114-9 .

Bacaan lanjut [ sunting | sunting sumber ]

  • Helaine Selin , Encyclopaedia of the history of science, technology, and medicine in non western cultures , p. 160

Templat:Islamic astronomy