Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Niels Henrik David Bohr
(
7 Oktober
1885
-
18 November
1962
) merupakan seorang ahli fizik yang berasal dari
Denmark
dan pernah meraih
hadiah Nobel dalam Fizik
pada tahun 1922.
Pada tahun 1913, beliau telah menerapkan konsep
mekanik kuantum
untuk model atom yang telah dikembangkan oleh Rutherford, yang menggambarkan bahawa
atom
tersusun dari teras atom (nukleus) yang dikelilingi oleh orbit elektron.
Perang Dunia Kedua dan Projek Manhattan
[
sunting
|
sunting sumber
]
Ketika
Perang Dunia Kedua
meletus, banyak cendekiawan di Jerman melarikan diri akibat keturunan mereka (banyak yang
berbangsa Yahudi
) mahupun kerana fahaman politik mereka yang tidak disenangi rejim
Nazi
. Pada September 1943, Bohr dan abangnya Harald mendapat tahu mereka berkemungkinan ditahan rejim itu disebabkan darah kacukan Yahudi mereka. Para pemberontak DEnmark membantu Bohr dan isterinya melarikan diri ke
Sweden
pada 29 September.
Pada hari berikutnya, Bohr memujuk
Raja Gustaf V
agar memberikan
suaka
kepada pelarian masyrakat tersebut. Radio kerajaan Sweden membuat pengumuman kepada 2 October 1943 menyatakan persediaan mereka menyambut para pelarian itu.
Sebanyak 7,000 warga Denmark bangsa Yahudi meklarikan diri ke negara jiran itu.
Sebaik sahaja
Lord Cherwell
mendengar khabar Bohr di Sweden, beliau mengutus sepucuk telegram menjemput Bohr ke Britain. Bohr tiba di Scotland pada 6 Oktober dalam sebuah pesawat
British Overseas Airways Corporation
(kini
British Ariways
) yang mampu melepasi ruang udara Norway tanpa dikesan pihak Nazi di sana.
Ketibaan Bohr di sana disambut baik
James Chadwick
dan Sir
John Anderson
, namun keberadaan Bohr dirahsiakan atas sebab keselamatan. Tidak lama selepas itu, Chadwick membuat persediaan untuk Niels dan anaknya Aage membuat lawatan ke Amerika Syarikat.
Bohr tiba di
Washington, D.C.
pada 8 Disember 1943 untuk bertemu dengan pengarah
Projek Manhattan
, Jeneral Brigadier
Leslie R. Groves, Jr.
Beliau turut menghadiri
Makmal Negara Los Alamos
di
New Mexico
, di mana senjata nuklear sedang dibangunkan tentera Amerika.
Projek Manhattan ini didorong dengan bantuan United Kingdom dan Kanada sebagai suatu strategi menentang serangan pihak-pihak Paksi yang tersebar di pelusuk dunia ketika perang dunia ini berlangsung, Bohr sendiri menyedari bahawa pembangunan senjata baru ini boleh merubah hubungan antarabangsa.
Pada 1910, Bohr bertemu dengan Margrethe Nørlund, kakak kepada
Niels Erik Nørlund
.
Mereka berkahwin dalam suatu upacara sivil di dewan bandar
Slagelse
pada 1 Ogos 1912.
Bohr and Margrethe dikurniakan enam anak.
Anak sulung mereka Christian meninggal akibat suatu kemalangan bot pada 1934,
Harald yang kedua meninggal setelah menghidap meningitis.
Aage Bohr
yang ketiga menjadi seorang ahli fizik yang berjaya, malah turut dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fizik sepertimana ayahnya pada tahun 1975.
Beliau mengadaptasikan
struktur nuklear yang dibangunkan
Ernest Rutherford
dengan teori kuantum
Max Planck
lalu menghasilkan model atomnya sendiri.
[15]
- Aaserud, Finn (February 2002).
"Release of documents relating to 1941 Bohr-Heisenberg meeting"
. Niels Bohr Archive. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 21 October 2012
. Dicapai pada
2 March
2013
.
- Blaedel, Niels (1988).
Harmony and Unity: The Life of Niels Bohr
. Madison, Wisconsin: Science Tech.
ISBN
978-0-910239-14-1
.
OCLC
17411890
.
- Feilden, Tom (3 February 2010).
"The Gunfighter's Dilemma"
.
news.bbc.co.uk
. Dicapai pada
2 March
2013
.
Bohr's researches on reaction times.
- Moore, Ruth (1966).
Niels Bohr: The Man, His Science, and the World They Changed
. New York: Knopf.
ISBN
978-0-262-63101-3
.
OCLC
712016
.
- Ottaviani, Jim
;
Purvis, Leland
(2004).
Suspended In Language: Niels Bohr's Life, Discoveries, and the Century He Shaped
. Ann Arbor, Michigan: G.T. Labs.
ISBN
978-0-9660106-5-7
.
OCLC
55739245
.
- Frayn, Michael
(2000).
Copenhagen
. New York: Anchor Books.
ISBN
978-0-413-72490-8
.
OCLC
44467534
.
- Segre, Gino
(2007).
Faust in Copenhagen: A Struggle for the Soul of Physics
. New York: Viking.
ISBN
978-0-670-03858-9
.
OCLC
76416691
.
- Vilhjalmsson, Vilhjalmur Orn; Bludnikow, Bent (2006).
"Rescue, Expulsion, and Collaboration: Denmark's Difficulties with its World War II Past"
.
Jewish Political Studies Review
.
18
: 3?4.
ISSN
0792-335X
. Dicapai pada
29 Jun
2011
.
|
---|
1901?1925
| | |
---|
1926?1950
| |
---|
1951?1975
| |
---|
1976?2000
| |
---|
2001?kini
| |
---|
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Kamus biografi
| |
---|
Pangkalan data saintifik
| |
---|
Lain-lain
| |
---|