Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nicolae Timofti
(l. 22 Disember 1948) ialah seorang ahli politik dan pakar undang-undang
Moldova
yang menjadi ketua Majlis Majistret Agung Moldova. Beliau dipilih sebagai
Presiden Moldova
oleh
parlimen
pada 16 Mac 2012.
[1]
Timofti tamat pengajian daripada
Universiti Negara Moldova
pada 1972 dan menghabiskan masa dua tahun dalam
Tentera Darat Soviet
sebelum memulakan kerjayanya sebagai hakim pada 1976. Pada 2005, Timofti dilantik ke Kamar Kehakiman Tinggi dan, pada 2011, beliau dinamakan pengerusi Majlis Majistret Agung.
[2]