Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ngarai
(atau
kanyon
) atau
gaung
ialah
jurang
dalam di antara
cenuram
kerap diukir daripada pandang darat oleh sungai.
Sungai
mempunyai kecenderungan semula jadi untuk mencapai satu aras tinggi dasar, yang merupakan aras tinggi sama dengan jasad air yang ke dalamnya akhirnya sungai akan menyalir. Ini membentuk ngarai.
[1]
Kebanyakan ngarai terbentuk oleh proses
penghakisan
lama dari satu aras
penara
.
Cenuram
terbentuk kerana stratum batu lebih keras yang
tahan
terhadap penghakisan dan luluhawa kekal terdedah di dinding lembah.
Ngarai jauh lebih kerap di kawasan gersang daripada di kawasan basah kerana luluhawa fizikal mempunyai kesan lebih setempat di kawasan gersang. Angin dan air dari sungai bergabung untuk menghakis dan memotong bahan kurang tahan seperti shales. Pembekuan dan pengembangan expansion air juga bantu membentuk ngarai. Air meniris ke dalam rekahan di antara batu dan membeku, menolak batu terpisah dan akhirnya menyebabkan ketulan besar untuk memecahkan dinding ngarai, dalam satu proses dikenali sebagai pembajian ibun.
[2]
Dinding ngarai kerap terbentuk daripada
batu pasir
atau
granit
tahan.
Ngarai submarin
terbentuk di dalam air, secara amnya di muara sungai.
Kadang-kadang sungai besar mengalir melalui ngarai sebagai hasil julangan geologi beransur. Ini dipanggil
sungai mendalam
, kerana tidak boleh mudah mengubah laluannya.
Sungai Colorado
di
Amerika Syarikat Barat Daya
dan
Sungai Snake
di
Amerika Syarikat Barat Laut
ialah dua contoh
julangan tektonik
.
Ngarai kerap membentuk di kawasan
batu kapur
. Batu kapur boleh larut sehingga takat tertentu, maka sistem
gua
terbentuk di dalam batu. Apabila sistem gua ini runtuh, sebuah ngarai ditinggalkan, seperti di
Mendip Hills
di
Somerset
dan
Yorkshire Dales
di
Yorkshire
, England.
Ngarai mungkin juga merujuk rengkahan di antara dua puncak gunung seperti yang di banjaran seperti
Banjaran Rocky
,
Alp
,
Himalaya
atau
Andes
. Biasanya sungai atau saliran dan pengkahisan mengukir belahan demikian di antara gunung. Contoh ngarai jenis gunung ialah
Ngarai Provo
di Utah atau
Taman Negara Yosemite
di
Sierra Nevada
di California. Ngarai di antara gunung atau gaung yang hanya mempunyai bukaan di satu bahagian dipanggil
ngarai peti
.
Ngarai slot
ialah ngarai sangat sempit, kerap dengan dinding licin.
Media berkenaan
Canyon
di Wikimedia Commons