New England
ialah satu kawasan di
Amerika Syarikat
yang terletak di barat laut negara itu, bersempadan dengan
Lautan Atlantik
,
Kanada
dan
Negeri New York
. Kawasan ini terdiri daripada negeri moden
Maine
,
New Hampshire
,
Vermont
,
Massachusetts
,
Rhode Island
, and
Connecticut
.
Salah satu penempatan awal Inggeris di
Dunia Baru
, Pilgrim Inggeris dari Eropah pertama kali menetap di New England pada tahun 1620, di koloni
Plymouth
. Pada akhir kurun ke-18, koloni-koloni di New England menjadi koloni
British Amerika Utara
pertama menunjukkan semangat untuk bebas daripada
Empayar British
, walaupun mereka kemudian menentang Perang 1812 di antara Amerika Syarikat dan Britain.
New England menghasilkan karya kesusasteraan dan falsafah pertama dan tempat asal bermulanya pendidikan awam percuma. Pada kurun ke-19, kawasan ini memainkan peranan penting dalam pergerakan menghapuskan
perhambaan di Amerika Syarikat
. Ia adalah kawasan pertama di Amerika Syarikat yang berubah dengan
Revolusi Perindustrian
.
Walaupun sebuah kawasan terkecil dan tidak dirahmati dengan tanah ladang yang luas atau cuaca sederhana, New England memainkan peranan dominan dalam pembangunan Amerika. Dari abad ke-17 sehingga abad ke-19, New England adalah pusat kebudayaan dan ekonomi negara.
Peneroka
awal New England dari
Eropah
adalah
Protestan
konservatif yang datang untuk mencari
kebebasan beragama
. Mereka memberikan wilayah ini sistem politik yang unik iaitu mesyuarat pekan (mesyuarat yang dianjur oleh pihak gereja) di mana penduduk berkumpul untuk membincangkan hal semasa.
Penduduk New England mendapati sukar untuk bertani tidak seperti di penduduk di
Selatan
yang mempunyai tanah subur yang luas. Menjelang tahun 1750, ramai peneroka bertukar kepada pekerjaan lain. Tulang belakang wilayah ini ialah pembinaan kapal, perikanan dan perdagangan. Di dalam urusan perniagaan, penduduk New England dikenali mereka yang bekerja keras, bijak berniaga, cermat dan pintar. Sifat-sifat ini berguna ketika revolusi industri melanda Amerika pada setengah pertama abad ke-19. Di Massachusetts, Connecticut dan Rhode Island, sebagai contoh, kilang baru muncul untuk membuat barangan seperti pakaian, senapang dan jam.