한국   대만   중국   일본 
Negeri Naungan Bohemia dan Moravia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Negeri Naungan Bohemia dan Moravia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negeri Naungan Bohemia dan Moravia
Protektorat Bohmen und Mahren
Protektorat ?echy a Morava
1939?1945
Bendera Bohemia dan Moravia
Jata Bohemia dan Moravia
Bendera Jata
Lagu kebangsaan Kde domov m?j?
"Where is my home?"
Negeri Naungan Bohemia dan Moravia pada tahun 1942.
Negeri Naungan Bohemia dan Moravia pada tahun 1942.
Status Negeri naungan berautonomi Jerman [1]
Ibu negara Prague
Bahasa yang umum digunakan Bahasa Czech , Bahasa Jerman
Penaung Reich  
? 1939?1943
Konstantin von Neurath
? 1941?1942
Reinhard Heydrich (pemangku)
? 1942?1943
Kurt Daluege (pemangku)
? 1943?1945
Wilhelm Frick
Presiden  
? 1939?1945
Emil Hacha
Perdana Menteri  
? 1939
Rudolf Beran (pemangku)
? 1939?1941
Alois Elia?
? 1942?1945
Jaroslav Krej?i
? 1945
Richard Bienert
Era Sejarah Perang Dunia II
15 Mac 1939
11 Mei 1945
Keluasan
1939 49,363 km 2 (19,059 bt 2 )
Populasi
? 1939
7380000
Mata wang Koruna Protektorat
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Kedua Czechoslovakia
Republik Ketiga Czechoslovakia
Sekarang sebahagian dari   Republik Czech

Negeri Naungan Bohemia dan Moravia (Jerman: Protektorat Bohmen und Mahren ; Czech : Protektorat ?echy a Morava ) adalah negeri naungan Jerman Nazi bermajoriti etnik Czech yang ditubuhkan selepas pendudukan Jerman ke atas Czechoslovakia dengan pengilhakkan wilayah Sudetenland dari Tanah Czech sebagai sebuah Reichsgau . Ekoran penubuhan Republik Slovakia merdeka pada 14 Mac 1939, dan pendudukan Jerman keatas saki baki negara Czech pada keesokkan harinya, protektorat (negeri naungan) telah ditubuhkan pada 16 Mac 1939 oleh satu pengisytiharan Adolf Hitler dari Istana Prague .

Kerajaan Jerman mewajarkan campur tangannya dengan mendakwa bahawa Czechoslovakia telah terjerumus kedalam huru hara kerana negara tersebut telah berpecah belah disebabkan sempadan etnik, dan dengan itu tentera Jerman sedang berusaha untuk memulihkan ketenteraman di rantau ini. [2] Czechoslovakia pada masa itu dibawah Presiden Emil Hacha telah mengejar dasar luar yang pro-Jerman; walau bagaimanapun, dalam perjumpaan dengan Fuhrer Adolf Hitler Jerman, Hacha tunduk kepada permintaan Jerman dan mengeluarkan deklarasi yang menyatakan bahawa berdasarkan peristiwa yang berlaku beliau menerima takdir rakyat Czech akan ditentukan oleh negara Jerman; Hitler menerima deklarasi Hacha dan mengumumkan bahawa Jerman akan memberikan rakyat Czech dengan sebuah protektorat berautonomi yang ditadbir oleh etnik Czech. [2] Hacha telah dilantik presiden protektorat pada hari yang sama.

Bohemia merupakan sebuah wilayah autonomi yang ditadbir Nazi dimana kerajaan Jerman menganggap ia sebahagian daripada Reich Jerman Raya . [1] Kewujudan negara tersebut berakhir dengan penyerahan kalah Jerman kepada Pihak Sekutu pada Mei 1945.

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ a b Lemkin, Raphael: Axis Rule in Occupied Europe , page 343. Harold Bold Verlag, 1944.
  2. ^ a b Crowhurst, Patrick. Hitler and Czechoslovakia in World War II: Domination and Retaliation. P96.

Sumber [ sunting | sunting sumber ]

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]

Templat:Czechoslovakia timeline Templat:Czechoslovakia in World War Two Templat:Nazi Gaue Templat:German administrative territories

Koordinat : 50°05′00″N 14°28′00″E  /  50.0833°N 14.4667°E  / 50.0833; 14.4667