Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negara satu parti
/
ekaparti
atau
sistem satu parti
ialah sejenis
pemerintahan
dibentuk hanya satu
parti politik
sahaja yang dibenarkan sambil tiada parti lain dapat mencalonkan ahli-ahlinya untuk
pilihan raya
, lazimnya dikuatkuasakan melalui fasal perlembagaan digubal untuk negara tersebut.
[1]
Adakalanya, istilah
negara satu parti
de facto
digunakan untuk mentakrifkan
sistem parti dominan
di mana undang-undang atau amalan setempat melarang parti pembangkang daripada memperoleh kuasa. Sesetengah negara satu parti hanya melarang parti
pembangkang
sambil membenarkan kewujudan parti sekutu bawahan sebagai sebahahgian kerajaan campuran yang berkekalan, seperti
barisan popular
. Dalam sesetengah negara, parti dominan yang memerintah negara .sahaja. Sebagai contoh, di Kesatuan Soviet,
Parti
bermaksud Parti Komunis Kesatuan Soviet; begitu juga di bekas Republik Rakyat Poland di mana
Parti
di sana merujuk kepada Parti Buruh Bersatu Poland.
Sesetengah negara satu parti membenarkan pihak bukan ahli parti untuk merebut kerusi perundangan, seperti pergerakan
Tangwai
di
Taiwan
pada 1970-an dan 1980-an.
Kebanyakan negara satu parti dilahirkan daripada fahaman
Leninisme
dan
sosialisme
, tetapi ada juga yang timbul daripada daripada
fasisme
dan
nasionalisme
, atau sebaik sahaja merdeka dari
penjajahan
. Sistem satu parti selalunya timbul dari proses penyahjajahan kerana satu parti memegang peranan yang teramat dominan dalam perjuangan pembebasan atau kemerdekaan.
Senarai berikut menyatakan negara-negara yang diperlembagakan sebagai negara satu parti (tepat pada tahun 2009) dan nama parti pemerintah tunggal: