Nama keluarga
merupakan sambungan kepada
nama
seseorang. menunjukkan hubungan pemilik nama dengan
keluarga
atau
leluhur
asalnya.seorang berasal. Nama keluarga boleh diwarisi sama ada secara kelahiran, perkahwinan ataupun pengasuhan lazim dari lapisan
datuk
ke
bapa
ke anak.
[1]
Tidak semua
budaya
dan masyarakat seluruh dunia lazim mengguna pakai nama keluarga ini. Suku-suku
Jawa
dan
Melayu
,
orang Iceland
langsung tiada nama keluarga lalu nama orang dalam kalangan mereka adakala berhubung dengan bapa kandung.
Jika seseorang itu berkahwin dengan orang lain, seseorang itu (seperti
Aishwarya Rai
) akan menambah nama keluarga orang lain (seperti Aishwarya Rai Bachchan).
Terdapat pelbagai cara nama keluarga itu wujud terbentuk di mana ia bergantung kepada pengenalan seseorang kepada ciri pembeza antara orang lain yang barangkali sama nama pertama:
- tempat tinggal
-
Yamashita
山下 "bawah gunung",
Nakamura
中村, "kampung tengah",
Churchill
("bukit gereja"),
Kingston
(dari
king's town
"bandar raja")
- pekerjaan
-
Smith
/
Schmidt
"tukang",
Carpenter
"tukang kayu",
Schumacher
/
Shoemaker
"tukang kasut",
Taylor
/
Schneider
"tukang jahit"
- hubungan dengan orang tua
:
Johnson
(dari
John's son
, "anak John"),
Anderson
(dari
Andrew's son
, "anak Andrew"),
Fitzgerald
(
fitz
serapan
bahasa Perancis Lama
filz
"anak" lalu "anak Gerald"),
O'Brien
(daripada
Ua Briain
"keturunan Brian" dalam
bahasa Gael
)
Nama keluarga India mungkin selalunya menunjukkan kampung, profesion dan/atau kasta dan selalu disebut bersama dengan nama peribadi/pertama. Walau bagaimanapun, nama keluarga keturunan tidak universal. Dalam keluarga berbahasa Telugu di selatan India, nama keluarga diletakkan sebelum nama peribadi / pertama dan dalam kebanyakan kes ia hanya ditunjukkan sebagai awalan (contohnya 'S.' untuk Suryapeth).
Secara rasmi, orang India Malaysia menggunakan sistem penamaan patronim yang menggabungkan nama India tradisional mereka dengan beberapa perkataan Melayu.tetapi yang lain menggunakan nama Tamil, Telugu, Malayalam atau Sanskrit.[9] Nama seorang lelaki akan terdiri daripada nama peribadinya diikuti dengan frasa Melayu anak lelaki, yang bermaksud 'anak lelaki', dan kemudian nama bapanya. Nama seorang wanita akan terdiri daripada nama peribadinya diikuti dengan frasa Melayu anak perempuan, yang bermaksud 'anak perempuan', dan kemudian nama bapanya.
Mengikuti amalan tradisional dari India Selatan, nama bapa kadangkala disingkatkan kepada huruf awal dan diletakkan sebelum nama peribadi. Oleh itu, seorang lelaki bernama Anbuselvan yang bapanya dipanggil Ramanan mungkin dipanggil Anbuselvan anak lelaki Ramanan (formal), Anbuselvan a/l Ramanan (seperti pada kad pengenalan kerajaannya), Anbuselvan Ramanan atau R. Anbuselvan. Manakala, anak perempuannya Mathuram akan dipanggil Mathuram anak perempuan Anbuselvan (formal), Mathuram a/p Anbuselvan (seperti pada kad pengenalan kerajaannya), Mathuram Anbuselvan atau A. Mathuram. Walaupun tidak direkodkan secara rasmi, seorang wanita India boleh menggunakan nama peribadi suaminya dan bukannya nama bapanya selepas berkahwin.
Nama keluarga Cina selalu berada di depan (seperti Huang), secara penuh ialah
Huang Ming Zhi
. Turutan ini turut mempengaruhi nama-nama dalam kalangan masyarakat
Korea
dan
Jepun
hasil pertukaran budaya dengan tamadun sana selama berkurun-kurun..
Di
Rusia
serta negara-negara baik dipengaruhi politik (seperti
Komanwel Negara-Negara Merdeka
melalui
Kesatuan Soviet
) atau budaya (seperti
Bulgaria
), nama keluarga berimbuhan -yeva, -yev, -ov, -ova, -ev dan -eva. Seseorang itu menukar nama keluarga sendiri dengan nama yang dia telah berkahwin (contoh seperti
Mehriban Aliyeva
yang menukar nama Pashayeva ke Aliyeva.)
- ^
W. Hutagalung,___
Adat Taringot Tu Ruhut-ruhut ni Pardongan Saripeon di Halak Batak
, Jakarta: N.V Pusaka. hal, 17.