Morfina
ialah sejenis
drug
analgesik
narkotik
yang dijumpai di dalam
candu
. Tidak seperti kebanyakan
opioid
, morfina bertindak secara langsung ke atas
sistem saraf pusat
, terutama di
sinapsis
nukleus arkuat
, untuk melegakan kesakitan.
Kesan sampingan
daripada pengambilan morfina termasuk gangguan keupayaan mental,
euforia
, kelalian, keadaan tidak bermaya, dan penglihatan kurang jelas. Drug ini juga mengurangkan selera makan, menghalang refleks
batuk
, dan menyebabkan
sembelit
.
Morfina selalunya mempunyai kesan menagihkan yang jauh kuat berbanding bahan-bahan yang lain, dengan toleran, dependens fizikal dan
dependens psikologi
cepat terbina. Pesakit-pesakit yang dirawat dengan morfina sering merungut tentang
insomnia
dan mimpi buruk.
Morfina ditemui dalam pelbagai penyediaan drug. Drug ini boleh diberikan melalui suntikan-suntikan
subkutaneus
,
intravena
, atau
epidura
. Ketika disuntik, khususnya melalui intravena, morfina mengakibatkan pengecutan
otot
yang amat kuasa dan oleh itu, menyebabkan aliran darah yang tiba-tiba amat kuat. Angkatan tentera kekadang diberikan morfina yang diisi dalam penyuntik automatik.
Morfina yang diambil melalui mulut berbentuk
eliksir
, larutan pekat, serbuk (untuk penyebatian), atau tablet. Drug ini jarang diberikan dalam bentuk
supositori
. Disebabkan bioketersediaan mulut yang kurang baik, potensi morfina mulut adalah hanya satu perenam hingga satu pertiga berbanding potensi morfina
parenteral
. Morfina boleh didapati dalam bentuk
kapsul pelepasan lambat
untuk rawatan kronik, serta perumusan pelepasan segera.
Morfina digunakan secara sah untuk perkara-perkara berikut:
- sebagai analgesik di dalam
hospital
untuk:
- untuk melegakkan sakit kronik:
- sebagai tambahan untuk
anestesia
am
- untuk anestesia epidura
- untuk penjagaan paliatif, iaitu untuk melegakan sakit tanpa mengubati punca penyakitnya)
- sebagai
antitusif
untuk batuk yang teruk
- sebagai
antidiarea
untuk keadaan-keadaan yang kronik (misalnya,
cirit-birit
yang dikaitkan dengan
AIDS
- untuk melegakan sesak nafas bagi pesakit-pesakit yang menghidapi kegagalan pernafasan.
Morfina diasingkan buat pertama kali pada tahun
1804
oleh
Friedrich Wilhelm Adam Serturner
, seorang ahli
farmasi
Jerman
yang menamakan drug ini sebagai
morphium
bersempena
Morpheus
,
dewa
mimpi
dalam
mitologi Yunani
. Namun, narkotik ini tidak digunakan secara meluas sehinggalah
jarum hipodermik
dicipta pada
1853
. Ketika itu, morfina digunakan untuk melegakan kesakitan dan secara ironik, digunakan untuk "mengubati" ketagihan
candu
dan
alkohol
. Penggunaan drug ini secara meluas semasa
Perang Saudara Amerika
mengakibatkan 400,000 orang menghidapi
penyakit tentera
(iaitu ketagihan), walaupun sesetengah orang menafikan hakikat ini.
Heroin
(diasetilmorphin) dihasilkan daripada morfina pada tahun
1874
. Sebagaimana dengan drug yang lain, pemilikannya tanpa
preskripsi
merupakan satu
jenayah
di
Amerika Syarikat
di bawah
Akta Cukai Narkotik Harrison 1914
, dan di
United Kingdom
di bawah
Akta Penyalahgunaan Dadah 1917
. Selain itu, penyalahgunaan dadah ini juga diharamkan di
Malaysia
di bawah
Akta Dadah Berbahaya 1952
(Pindaan 1998).
Morfina merupakan analgesik narkotik yang paling disalahgunakan di dunia sehingga heroin disintesiskan dan dipergunakan. Sehingga hari ini, morfina masih merupakan narkotik preskripsi yang amat dicari-carikan oleh penagih-penagih ketika heroin sukar didapati.
Dalam sebuah kajian rawak uji buta ganda dua dengan pindah silang di sebuah klinik pesakit luar yang terletak di
Bern
,
Switzerland
, morfina terbukti mempunyai kesan-kesan sampingan yang lebih teruk berbanding heroin pada dos analgesik yang sama.
Kemurungan pernafasan
,
miosis
,
sedasi
, rasa gatal, dan euforia adalah lebih ketara.
- Untuk daftar pautan luar yang lengkap, sila lihat
sumber kimia
.