Satu
minit
(pinjaman akar Latin
minutus
"kecilan") adalah satu
unit
bagi
masa
yang bersamaan dengan 1/60
jam
dan juga 60
saat
. (Sesetengah minit yang jarang-jarang berlaku mempunyai 59 atau 61 saat; lihat
saat lompat
.) Untuk tujuan-tujuan saintifik, minit adalah satu
unit
bagi
masa
yang adalah bersamaan dengan kira-kira 1/1600
hari
, atau 54
saat
(lebih tepat lagi, 53.9121 saat). Ia dikenali sebagai
minit semula jadi
untuk membezakannya daripada minit konvensional. Ia adalah bersamaan dengan 10
45
masa Planck
.
Pengungkapan
minit
mula diberikan dalam karya
Opus Majus
nukilan
Roger Bacon
yang membincangkan pembahagian masa antara dua fasa
bulan purnama
kepada "jam", "kecilan", "keduaan", "ketigaan" dan "keempatan" (
horae
,
minuta
,
secunda
,
tertia
,
quarta
) yang ditunjukkan pada takwim sezaman penulis;
[1]
ia sendirinya pelanjutan daripada ungkapan
pars minuta prima
pinjam terjemah
ungkapan πρ?τα ?ξηκοστ??
pr?t? hex?kosta
"enampuluhan pertama" digunakan orang
Yunani Purba
yang membahagikan satu bulatan kepada 60
pecahan
sama panjang untuk mengukur satu
lengkung
nya.
[2]
Dalam bidang
geometri
, seminit adalah satu
unit
bagi
sudut
, iaitu 1/60
darjah
. Ia kemudiannya juga dikenali sebagai satu
minit sudut
atau
minit lengkok
, dan boleh dibahagikan selanjutnya kepada 60
saat lengkok
.
Dalam bidang
astronomi
, minit adalah satu unit sudut dan masa, 1/60 sejam
jarak hamal
. Ia kemudiannya dikenali sebagai
minit jarak hamal
, dan seterusnya boleh terbahagi kepada 60 saat jarak hamal.
Simbol untuk satu minit masa (atau jarak hamal) adalah
min
.
Simbol untuk satu minit lengkok adalah satu
prima
(′). Misalnya, lima belas minit boleh ditulis sebagai 15′. Walau bagaimanapun, koma atas atau tanda petik tunggal ('), adalah lebih biasa digunakan.
Bumi
berputar mengelilingi
paksi
kutubnya
melalui lima belas minit lengkok dalam setiap minit masa. Satu minit lengkok
Khatulistiwa
Bumi adalah kira-kira satu
batu nautika
.
Sejam mengandungi 60 minit berkemungkinan disebabkan pengaruh daripada tamadun
Babylon
, yang menggunakan sistem pembilangan
asas 60
.
- ^
R Bacon (2000) [1928].
The Opus Majus of Roger Bacon
. BR Belle. University of Pennsylvania Press. table facing page 231.
ISBN
978-1855068568
.
- ^
Smith, David E. (1958).
History of Mathematics
.
II
. Dover Publications. m/s. 228?32.