한국   대만   중국   일본 
Milan ?kriniar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Milan ?kriniar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milan ?kriniar
Maklumat peribadi
Tarikh lahir ( 1995-02-11 ) 11 Februari 1995 (umur  29)
Tempat lahir ?iar nad Hronom , Slovakia
Ketinggian 1.87 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Paris Saint-Germain
Nombor 37
Kerjaya remaja
2007?2012 [1] ?ilina
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln ( Gol )
2012?2016 ?ilina 77 (12)
2013 ViOn Zlate Moravce (pinjam) 7 (0)
2016?2017 Sampdoria 38 (0)
2017?2023 Inter Milan 193 (10)
2023? Paris Saint-Germain 4 (0)
Pasukan kebangsaan
2011 Slovakia B17 3 (0)
2012?2013 Slovakia B18 5 (0)
2013?2014 Slovakia B19 3 (0)
2012?2017 Slovakia B21 19 (3)
2016? Slovakia 60 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:27, 14 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:11, 20 Jun 2023 (UTC)

Milan ?kriniar ( sebutan Slovak:  [?milan ??k?i???a?] ; lahir 11 Februari 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Slovakia yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Ligue 1 , Paris Saint-Germain dan pasukan kebangsaan Slovakia . Pada tahun 2016, beliau telah dinobatkan sebagai pemain bola sepak bawah-21 Slovakia terbaik dengan meraih Anugerah Peter Dubovsky .

Kerjaya kelab [ sunting | sunting sumber ]

M?K ?ilina [ sunting | sunting sumber ]

?kriniar sedang beraksi untuk kelab ?ilina

?kriniar memulakan kariernya bersama kelab remaja FK ?iar nad Hronom sebelum menyertai kelab M?K ?ilina di peringkat remaja semasa berusia 12 tahun. Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan Liga Super Slovakia untuk skuad senior pada 27 Mac 2012 ketika berusia 17 tahun dan 49 hari menentang pasukan ViOn Zlate Moravce . Pada 23 November 2012, beliau menjaringkan gol sulungnya dalam aksi Corgo? Liga ketika menentang ViOn yang berkesudahan M?K ?ilina menang 4?1. [2]

Pada Februari 2013, beliau telah dipinjam ke kelab ViOn Zlate Moravce untuk menimba banyak pengalaman bersama pasukan besar.

Sampdoria [ sunting | sunting sumber ]

Pada 29 Januari 2016, Sampdoria telah mengumumkan pembelian Milan ?kriniar dan beliau telah menandatangani kontrak selama empat tahun setengah. [3] Beliau melakukan penampilan sulungnya ketika pasukannya menumpaskan Lazio 2?1 pada lewat bulan April. [4] Ketika musim seterusnya, ?kriniar memainkan peranan penting dalam menjayakan perancangan Marco Giampaolo dengan menjadi pemain pertahanan termuda yang telah tampil beraksi dalam sekurang-kurangnya 35 perlawanan di Serie A.

Inter Milan [ sunting | sunting sumber ]

Pada 7 Julai 2017, ?kriniar melakukan perpindahan ke kelab Serie A , Inter Milan semasa jendela perpindahan dengan menandatangani kontrak selama lima tahun. [5] Inter dilaporkan telah membayar jumlah sebanyak €20 juta termasuk untuk penyerang Gianluca Caprari . [6] Perpindahan tersebut telah menandakan ?kriniar merupakan pemain Slovakia termahal sepanjang zaman. [7] Beliau telah dipersembahkan empat hari kemudian dan menyarung jersi bernombor 37. ?kriniar melakukan penampilan sulungnya untuk Inter dalam perlawanan pembukaan Serie A menentang Fiorentina yang menyaksikan Inter meraih kemenangan 3?0 di San Siro . [8] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie A pada 16 September ketika menentang Crotone sekali gus memberikan kelebihan kepada Inter untuk mengekalkan rekod kemenangan berturut-turut. [9] Beliau menjaringkan gol keduanya pada perlawanan liga yang ke-10 dalam aksi menentang kelab lamanya, Sampdoria pada 24 Oktober yang berkesudahan Inter menang 3?2. [10] ?kriniar telah dilihat sebagai salah satu pemain terbaik Inter dalam kempen musim itu. [11] [12] Secara keseluruhannya, ?kriniar mengakhiri kempen 2017?18 dengan beraksi dalam setiap perlawanan Inter di Serie A serta berjaya membantu Inter menghuni tangga keempat sekali gus menempah tiket ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah setelah enam tahun tidak menonjol. [13]

Kerjaya antarabangsa [ sunting | sunting sumber ]

?kriniar melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Slovakia dalam perlawanan persahabatan menentang Georgia pada 27 Mei 2016. [14] Pada akhir tahun 2016, beliau telah beraksi dalam beberapa perlawanan antarabangsa dan menjadi tonggak penting dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di mana beliau sering diletakkan di posisi pemain tengah bertahan.

Setelah persaraan Jan ?urica pada November 2017, ?kriniar telah mengisi ruang bagi posisi bek tengah untuk bergandingan dengan Martin ?krtel dalam pasukan Slovakia meskipun usia jauhnya lebih muda berbanding dengan pemain-pemain yang lebih berpengalaman seperti Peter Pekarik dan Toma? Hubo?an ).

Statistik kerjaya [ sunting | sunting sumber ]

Kelab [ sunting | sunting sumber ]

Sehingga 26 Mei 2019 . [15]
Kelab Musim Liga Piala Eropah [nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Slovakia ?ilina 2011?12 2 0 1 0 0 0 3 0
2012?13 10 1 3 0 0 0 13 1
2013?14 15 1 1 0 1 0 17 1
2014?15 32 6 3 2 0 0 35 8
2015?16 18 4 1 1 8 0 27 5
Jumlah 77 12 9 3 9 0 95 15
Slovakia ViOn Zlate Moravce 2012?13 7 0 0 0 ? 7 0
Itali Sampdoria 2015?16 3 0 0 0 ? 3 0
2016?17 35 0 0 0 35 0
Jumlah 38 0 0 0 ? 38 0
Itali Inter Milan 2017?18 38 4 2 0 ? 40 4
2018?19 35 0 2 0 9 0 46 0
2019?20 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 73 4 4 0 9 0 86 4
Jumlah kerjaya 195 16 13 3 18 0 226 19

Antarabangsa [ sunting | sunting sumber ]

Sehingga 11 Jun 2019 . [16]
Pasukan kebangsaan Slovakia
Tahun Kmncln Gol
2016 7 0
2017 7 0
2018 9 0
2019 3 0
Jumlah 26 0

Pencapaian [ sunting | sunting sumber ]

Kelab [ sunting | sunting sumber ]

?ilina

Individu [ sunting | sunting sumber ]

Catatan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Milan ?kriniar: Je na nas ako sa chopime ?ance Diarkibkan 2013-05-11 di Wayback Machine 14.02.2012, talenty-info.sk
  2. ^ ?ILINA VS. ZLATE MORAVCE 4 - 1 23.11.2012, soccerway.com
  3. ^ Sampdoria je dole?itym krokom v mojej kariere, hovori ?kriniar 30.01.2016, sport.sme.sk
  4. ^ "Sampdoria vs. Lazio 2 ? 1" . Soccerway. 24 April 2016 . Dicapai pada 24 April 2016 .
  5. ^ "SKRINIAR JOINS INTER" . Inter Milan. 7 July 2017 . Dicapai pada 7 July 2017 .
  6. ^ Joe Wright (7 July 2017). "Inter complete €20m signing of Sampdoria star Skriniar" . Goal.com . Dicapai pada 7 July 2017 .
  7. ^ Rhod Cannon (14 February 2018). "Inter Milan's Milan Skriniar reveals 'breathtaking' January offer amid Manchester United interest" . International Business Times . Dicapai pada 14 February 2018 .
  8. ^ "INTER 3-0 FIORENTINA" . Inter Milan. 20 August 2017 . Dicapai pada 20 August 2017 .
  9. ^ Brian Homewood (16 September 2017). "Crotone 0-2 Inter Milan: Ivan Perisic and Milan Skriniar score late goals to maintain perfect start in Serie A" . Daily Mail . Dicapai pada 16 September 2017 .
  10. ^ "THE NERAZZURRI MARCH ON: INTER 3-2 SAMPDORIA" . Inter Milan. 24 October 2017 . Dicapai pada 24 October 2017 .
  11. ^ Adam Digby (23 December 2017). "Is Milan Skriniar Ready for One of Europe's Elite Clubs?" . Bleacher Report . Dicapai pada 23 December 2017 .
  12. ^ "Slovak footballer ?kriniar named one of the best players of the season" . Spectator. 3 January 2018 . Dicapai pada 3 January 2018 .
  13. ^ "Stunning Inter Comeback Breaks Lazio Hearts and Seals Champions League Qualification" . Sports Illustrated. 20 May 2018 . Dicapai pada 23 May 2018 .
  14. ^ "Slovakia vs. Georgia 3 ? 1" . Soccerway. 27 May 2016 . Dicapai pada 27 May 2016 .
  15. ^ "Slovakia - M. ?kriniar - Profile with news, career statistics and history" . Soccerway . Dicapai pada 12 March 2018 .
  16. ^ (Inggeris) Profil Milan ?kriniar di National-Football-Teams.com
  17. ^ "The official Under-21 Team of the Tournament" . UEFA.com (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]