Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meriam serbuan
atau
meriam gempur
(assault gun) ialah sejenis kenderaan
artileri gerak sendiri
[1]
yang menggunakan selaras
meriam sokongan infantri
yang dipasang. pada casis motoris, biasanya sebuah
kenderaan tempur berperisai
.
[2]
Meriam serbuan direka untuk menyediakan
sokongan tembakan terus
untuk serangan
infantri
, terutama terhadap infantri lain atau kedudukan
berkubu
.
[3]
Istilah ini adalah terjemahan harfiah dari perkataan Jerman
Sturmgeschutz
, yang digunakan untuk meriam gempur pertama buatan khas, iaitu
StuG III
, pada tahun 1940.
[3]
Menurut sejarah, konsep meriam serbuan sangat mirip dengan
kereta kebal infantri
, kerana kedua-dua kenderaan tempur ditugaskan mengiringi formasi infantri kedalam peperangan.
[4]
Namun, semasa Perang Dunia II meriam serbuan lebih mudah alih daripada kereta kebal dan boleh digunakan sebagai tembakan artileri langsung dan tidak langsung.
[4]
Walaupun ia boleh menghampiri kuasa tembakan kereta kebal, meriam serbuan kebanyakannya menembak peluru
letupan berkuasa tinggi
pada velositi rendah, yang amat sesuai untuk peranan mereka menghancurkan tempat kuat seperti lokasi perkubuan dan bangunan.
[4]
Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kereta kebal atau
pemusnah kereta kebal
yang berdedikasi.
[4]
Walaubagaimanapun, sewaktu konflik berlangsung, percambahan kereta kebal meningkat di medan perang memaksa banyak unit-unit meriam serbuan untuk bertempur bagi pihak infantri, dan menyebabkan tentera darat menjadi lebih bergantung pada reka bentuk serbaguna yang mengabungkan peranan tradisional yang berasingan meriam serbuan dan pemusnah kereta kebal.
[5]
Meriam serbuan Jerman dan Soviet yang diperkenalkan semasa Perang Dunia II biasanya membawa senjata utama mereka didalam perumah
kubu kekubah
(
casemate
) dan bukannya jenis
turet meriam
.
[6]
Walaupun ini membataskan
jarak tembakan
dan keluasan persenjataan, ia juga mempunyai kelebihan mengurangkan bayangan dan mempermudah proses pembuatan.
[6]
Pihak Amerika tidak pernah membangunkan meriam serbuan buatan khas semasa perang, namun ia membuat pengubahsuaian kenderaan tempur berperisai asal untuk tugas itu, termasuklah
kereta kebal M4 Sherman
dan
M5 Stuart
dan pengangkut anggota berperisai
separa trek M3
.
[7]
Konsep meriam serbuan sebahagian besarnya ditinggalkan semasa era pasca perang yang lebih memihak kepada kereta kebal atau pemusnah kereta kebal serbaguna diserapkan ke formasi infantri yang juga mampu menyediakan bantuan tembakan terus sebagaimana yang diperlukan. Di
Amerika Syarikat
dan kebanyakan negara Barat, meriam serbuan itu tidak lagi diiktiraf sebagai jenis unik, dengan contoh-contoh individu diklasifikasikan samada sebagai howitzer gerak sendiri atau kereta kebal.
[8]
Pihak Soviet meneruskan pembiayaan pembangunan meriam serbuan baru sehingga tahun 1967, walaupun beberapa reka bentuk pasca perangnya telah diterima pakai dalam jumlah yang besar.
[9]
Di negara Soviet dan lain-lain tentera Eropah Timur, meriam serbuan tradisional telah digantikan sepenuhnya oleh pemusnah kereta kebal seperti
SU-100
yang mampu menyokong samada infantri atau armor.
[8]
- ^
Bull, Stephen.
Encyclopedia of Military Technology and Innovation
(ed. 2004). Greenwood Publishing Group. m/s. 229.
ISBN
978-1573565578
.
- ^
Bradford, James.
International Encyclopedia of Military History
(ed. 2006). Routledge Books. m/s. 123?124.
ISBN
978-0415936613
.
- ^
a
b
Blennemann, Dirk (2003).
Hitler's Army: The Evolution And Structure Of German Forces 1933-1945
. Boston: Da Capo Press. m/s. 66?63.
ISBN
978-0306812606
.
- ^
a
b
c
d
Gudmundsson, Bruce (2004).
On Armor
. Westport, Connecticut: Prager Books. m/s. 114?126.
ISBN
978-0812216202
.
- ^
Tucker-Jones, Anthony (2016).
German Assault Guns and Tank Destroyers 1940 - 1945: Rare Photographs from Wartime Archives
. Barnsley, South Yorkshire: Pen & Sword Books, Ltd. m/s. 114.
ISBN
978-1473845992
.
- ^
a
b
Levine, Mark (2000).
D-Day to Berlin: The Northwest Europe Campaign, 1944-45
. Mechanicsburg: Stackpole Books. m/s. 21?22.
ISBN
978-0811733861
.
- ^
Gabel, Christopher; Estes, Kenneth (August 1999). Hoffman, George; Starry, Donn (penyunting).
Camp Colt to Desert Storm: The History of U.S. Armored Forces
. Lexington, Kentucky: University Press of Kentucky. m/s. 149?156, 479?481.
ISBN
978-0813121307
.
- ^
a
b
Underhill, Garrett (November?December 1972). "The Story Of Soviet Armor: Assault Guns And Self-Propelled Artillery".
Armor magazine
. Fort Knox, Kentucky: US Army Armor Center: 28?38.
- ^
Warford, James (July?September 2016). "Armored Vehicle Development Behind The Curtain: The Secret Life Of The Soviet SU-122-54 Assault Gun".
Armor magazine
. Fort Knox, Kentucky: US Army Armor Center: 12?14.