한국   대만   중국   일본 
Melaka Maju Jaya - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Melaka Maju Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Melaka Maju Jaya
Jata Negeri Melaka.

Lagu Negeri   Melaka
Lirik Jawatankuasa Negeri
Muzik Saiful Bahri dan Alias Arshad
Diguna pakai 1974
Sampel audio
Melaka Maju Jaya

Melaka Maju Jaya [1] ( Jawi : ??? ???? ??? ) merupakan lagu negeri Melaka , Malaysia . [2] Ia diperkenalkan dan dimainkan buat kali pertama pada 31 Ogos 1974 bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Melaka masa itu. Sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, Melaka selalu menggunakan versi ringkas lagu kebangsaan, Negaraku, di majlis dan upacara rasmi negeri. Muziknya digubah oleh Saiful Bahri dari Filem Negara dan Encik Alias Arshad dari Polis Diraja Malaysia, manakala liriknya pula digubah oleh sebuah Jawatankuasa yang dipimpin Setiausaha Negeri ketika itu Datuk Haji Abu Mansor bin Haji Hassan. [3] [4] Pada 16 Ogos 1994, kerajaan negeri Melaka meluluskan pengubahsuaian lirik dan rentak lagu negeri ini di sebuah mesyuarat Exconya untuk dimainkan pada 31 Ogos tahun itu. [5]

Lirik [ sunting | sunting sumber ]

Versi Terkini [ sunting | sunting sumber ]

Melaka Maju Jaya [1]
Bahasa Melayu [6] [7] Tulisan Jawi

Melaka, negeri bersejarah, [6] [7]

Tempat tumpah darah kita, [6] [7]

Dijunjung dengan sepenuh jiwa, [6] [7]

Untuk maju dan jaya! [6] [7]

Rakyat Melaka sudah bersatu padu, [6] [7]

Berikrar taat setia, [6] [7]

Jujur berkhidmat setiap masa, [6] [7]

Melaka, maju jaya! [6] [7]

????? ???? ????????
???? ????? ???? ????
??????? ??? ????? ?????
?????? ???? ??? ???!
???? ???? ???? ?????? ?????
??????? ???? ?????
????? ?????? ????? ????
????? ???? ???!

Versi lama [ sunting | sunting sumber ]

Melaka Maju Jaya [1]
Bahasa Melayu [6] [7] Tulisan Jawi

Melaka, negeri Melaka, [6] [7]

Tempat tumpah darah kita, [6] [7]

Dijunjung dengan sepenuh jiwa, [6] [7]

Untuk maju dan jaya! [6] [7]

Rakyat jelata sudah bersatu padu, [6] [7]

Berikrar taat setia, [6] [7]

Jujur berkhidmat setiap masa, [6] [7]

Melaka, maju jaya! [6] [7]

???? ???? ????
???? ????? ???? ????
??????? ??? ????? ?????
?????? ???? ??? ???!
???? ???? ???? ?????? ????
??????? ???? ?????
????? ?????? ????? ????
????? ???? ???!

Lihat Juga [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ a b c Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF) . pascal-yes.com.my . Dicapai pada 16 Januari 2023 . (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ "Lagu Negeri - Bahasa Melayu" .
  3. ^ Ashari, Amirul Haswendy (2018-09-06). " ' Dah berpuluh tahun menunggu ' " . HM Online . Dicapai pada 2020-05-08 .
  4. ^ "Malacca to have its own state anthem" .
  5. ^ "Changes to State Songs approved" .
  6. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Melaka - Melaka Maju Jaya" . lyricstranslate.com . Dicapai pada 16 Januari 2023 . (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  7. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r Oh Lirik. "Lagu Negeri Melaka - Melaka Maju Jaya" . ohlirik.com . Dicapai pada 16 Januari 2023 . (dalam bahasa Bahasa Melayu)

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]